Fast Food,

Marrybrown Memperkenalkan Menu Baharu K-Crunch Berinpirasikan Citarasa Korea

Ahad, Oktober 16, 2022 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Anyeong Haseyo tiba lak Maha cakap Korea ini dah kenapakan hehehe yang tu jer pun yang Maha tahu. Tapi pengaruh kepada Korea di Malaysia ini sangat daysat yer bukan sahaja dalam dunia hiburan dan muzik malah sehingga kepada pemakaian. Kini telah menular pengaruh Korea ini dalam makanan di Malaysia. 



Kalau korang tak percaya boleh pergi ke mana-mana cawangan Marrybrown mereka dah mula menyediakan menu K-Crunch Marrybrown. Hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis. Restoran Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia tu. Kini sudah ada lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara. Wow tahniah kepada Marrybrown.



Sebab itu kini mereka berani membuat perubahan setiap masa pada menu mereka untuk memenuhi kehendak jutaan peminat makanannya seluruh Malaysia. Bermulanya Oktober ini, Marrybrown menyajikan menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. Korang boleh menikmati menu K-Crunch Marrybrown yang berkualiti sambil berimaginasi dalam suasana di Korea yang mengujakan.

K-Crunch Chicken Combo harga bermula dari RM20.90 


Korang yang suka makanan Korea kini boleh merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi Maha yang dah makan ayam ni memang rangup di luar walaupun disaluti sos pedas tu dan lembut di dalam. Tapi awas kalau dah makan sambil pegang ayam dengan tangan jangan nak gatal-gatal sapu mata ke atau mana-mana bahagian sensetif nanti tak pasal-pasal meraung. Sebab sosnya boleh tahan pedas juga.

K-Crunch Chicken Burger Combo harga bermula dari RM16.90


Korang yang suka burger pula boleh order K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90. Burger ini menggunakan roti arang sebab tu warna hitam dan juga daging yang lebut berjus serta ada sos Korea. Ini tak berapa nak pedas sangat boleh tahan lah.

Kimchi Rice Bowl Combo harga bermula dari RM13.10


Pada yang suka Korea punya nasi boleh order Kimchi Rice Bowl Combo yang harga bermula dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis juga ada potongan telur rebus dan juga taburan seaweed sangat lazat nak lagi bertambah-tambah.

K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage harga bermula dari RM7.90


Juga ada kudapan khas yang datang dalam ala-cart untuk korang nikmati di Marrybrown iaitu K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage dengan harga bermula dari RM7.90. Juga yang lain pun boleh dapat dalam bentuk ala-cart untuk K-Crunch Chicken burger dengan harga bermula dari RM12.90, juga 2-pc K-Crunch Chicken dengan harga bermula dari RM15.50 serta Kimchi Rice Bowl bermula dari harga RM10.80 dan air minuman K-Fizz tadi ala-cart dengan harga bermula dari RM4.90.

K-Crunch Box Meal harga bermula dari RM26.50


Jika korang mahu menikmati kesemua menu dalam satu set boleh order K-Crunch Box Meal ia pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan 1 biji K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Maha suka yang ni kerana boleh dapat semua tapi yang nasi tu kena tambah ala-cart lah. Ini pun dah cukup kenyang sangat bagi Maha makan sambil jilat jari sebab nak habiskan rasa sos Korea tu tak nak membazir hehehe.



Sebab itu lah, Maha suka datang makan kat Marrybrown kerana mereka sentiasa bawa kelainan untuk memuaskan keperluan makanan rakyat Malaysia macam Maha ni. Korang boleh datang bawa keluar dan juga rakan-rakan makan sini ok. Mungkin boleh cabar diri siapa yang tahan pedas kerana bagi Maha sos Korea tu agar pedas juga boleh berpeluh dahi dibuatnya. Korang nak tahu macam mana kena cuba sendiri di semua cawangan Marrybrown di Malaysia ok. Selamat menjamu selera semua.

Sebarang promosi dan juga menu baharu Marrybrown boleh follow laman sosial meraka:







1 ulasan:

  1. menu baru marrybrown! dulu-dulu suka dtg sebab makanan die sedap2. Boleh laaa try n review nnt

    BalasPadam