BBCC,
Pembukaan Rasmi Food Empire Food Court Dalam Malaysia Grand Bazaar (MGB) Di Bukit Bintang City Centre
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang yang suka jalan dan beli belah di Lalapot atau juga Malaysia Grand Bazaar (MGB) di Bukit Binrang City Centre (BBCC) kini boleh nikmati makanan yang enak-enak. Kenapa? Ini kerana sekarang kat MGB telah dibuka Food Empire Food Court di dalamnya.
Pertama kali Maha masuk dan singgah di MGB ini. Kalau yang tak pasti apa itu MBG ia merupakan bazar besar pertama seumpamanya di tengah pesat Bukit Bintang untuk menjadi destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi. Ia bagaikan pusat sehenti yang membolehkan pengunjung merasai persembahan makanan, kraftangan dan kebudayaan terbaik dari semua negeri di bawah satu bumbung.
Ok kita balik semula pada pembukaan food court rasmi di MGB ini. Kalau korang datang masuk pintu utama MBG ada sebelah kiri tengok atas sikit dah nampak Food Empire tu naik escalator terus sampai depan pintu Food Empire. Kat sini mengumpulkan 14 gerai makanan pelbagai jenis maknan dari pelbagai rasa seluruh Malaysia dan luar negara.
Masa Maha masuk tengok kawasan sangat cantik dengan adanya dekorasi daripada kraf seni Malaysia seperti lakaran songkit, batik, wayang kulit, dan macam-macam lagi pada dindingnya. Kalau datang dengan kawan-kawan atau keluarga nak makan sini sangat selesa kerana ada segala kemudahan bilik air, singki basuh tangan yang bersih dan suasana yang nyaman untuk makan. Daripada makanan bakar, nasi campur, nasi ayam, sup dan mee, serta juga makanan dari barat dan timur tengah pun ada kat sini. Jom Maha tunjukkan apa menu yang sempat Maha cuba hari tu semasa makan kat Food Empire yang baharu buka ini.
Maha paling suka adalah mereka punya Bihun Sup di Gerai Selera Kita. Kat sini ia menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan sup seperti Bihun Sup, Mee Sup, Kuey Teow Sup dan juga pelbagai jenis sup seperti Sup Ayam, Sup Daging, Sup Kambing, Sup Berbola dan banyak lagi. Makan time panas-panas sup mereka sedap pulak tu letak sos kicap memang terangkat.
Lepas tu Maha order pula makanan kegemaran Maha kalau pergi mana-mana mesti cari Nasi Ayam. Ini Maha order kat Gerai Nasi Ayam Hainan. Pelbagai pilihan nasi ayam ada yang Roasted Chicken, Stim Chicken, BBQ Chicken, Crispy Fried Chicken dan banyak lagi. Hari tu Maha order Nasi Ayam BBQ Chicken. Kalau tak makan nasi boleh order meraka ada juga Wan Tan Mee kat sini.
Orang Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis makanan kat sini juga Maha order hari tu di Gerai Yong Tau Foo. Korang boleh tengok ada pelbagai pilihan bahan-bahan yang korang nak campurkan dalam Yong Tau Foo. Kalau Maha suka makan yang Meet Ball, Fish cat, kulit tauhu goreng, batang ketam dan Maha mesti masukkan sayuran dalamnya untuk lebih khasiat. Kat sini ada macam jenis sayur yang hijau dan cendawan pun ada. Semua dihidang panas bagi mengekalkan rasa sedap sup Yong Tau Foonya.
Tadi Maha kata kat sini bukan sahaja makanan tempatan Malaysia ada juga makanan barat. Kat Gerai Western Fusion ni korang boleh dapat pelbagai masakan barat yang memenuhi selera orang Malaysia seperti Chicken Chop, Fish & Chips, Sosej Jumbo, Bebola Daging Spaghetti dan banyak lagi. Hari tu Maha order lah Pizza dan juga Ayam Goreng mereka nak cuba makan yang lain sikit.
Satu lagi gerai makanan yang dibawa dari Timur Tengah untuk mempelbagaikan hidangan kat Food Empire ini adalah Gerai Dubai namanya. Gerai ni ada menjual pelbagai pencuci mulut dari negara arab lah. Makanan viral dan popular pun ada kat sini seperti Kunafa. Juga kalau nak yang berat kar sini ada juga seperti Nasi Mandi, Nasi Biryani ayam dan kambing serta Baklava. Maha order mereka punya pencuci mulut yang penuh dengan kekacang dan juga sos manis dituang di atasnya layan sedap.
Gerai lain yang ada kat sini pun banyak macam Gerai Stulang Grill yang menyediakan hidangan bakar-bakar makanan laut segar. Boleh pilih macam-macam ada dari Udang, Sotong, Ketam, Ikan pelbagai jenis, semua boleh dibakar dengan ‘sambal’ yang melengkapi aroma daun pisang yang pastinya memikat selera. Kalau korang perasan nama Stulang tu diambil daripada kedai ikan bakar yang popular di Jalan Stulang Laut Johor baharu.
Kalau nak cari yang betul-betul masakan Malaysia boleh order kat Gerai Wow Resipi Padu. Kat sini boleh dapat menu popular mereka seperti Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam goreng, sambal sotong, kari ayam, chicken chop, ikan popcorn, udang dan lain-lain. Kalau ada makanan Malaysia mesti ada masakan Thai kat Food Court. Sini pun ada nama Gerai Thai Fusion yang menghidangkan pelbagai makanan panas Thailand sepeti Nasi Goreng Nanas, Nasi Goreng Pattaya, Ladna Yee Mee, Nasi Ayam Paprik dan banyak lagi.
Kalau nak yang masak panas dalam claypot atau hotplate dengan dicurah sos diatasnya korang boleh order kat Gerai Hotplate. Sini ada macam-macam seperti Yee Mee, Kuey Teow, Mee Kuning, Meehoon atau nasi dengan ayam, daging lembu, ayam kimchi, ketam, sotong gulung dan banyak lagi. Satu lagi gerai yang mesti ada kat mana-mana food court adalah ayam penyet. Kat Food Empire ini pun ada Gerai Ayam Penyet D'kota. Cuma masa Maha datang ia masih belum beroperasi lagi yang menyediakan hidangan Nasi Ayam Penyet dengan sambal yang menyengat.
Pada yang suka nasi campur kat Gerai Nasi Campur Suria ada lebih kurang 40 jenis lauk pauk yang buat korang rambang mata nak pilih lauk mana satu. Kalau Maha punya style makan akt kedai nasi campur akan ambil sikit-sikit tapi banyak pilihan nak rasa semua hehehe. Gerai yang wajib semua orang akan cari bila makan kat food court apa dia. Mestilah Gerai Hot & Cold Dessert & Beverage iaitu gerai minuman. Selain itu juga mereka ada pelbagai pencuci mulut lokal yang sedap seperti ABC, Cendol, Lei Chee Kang, Kelapa Laut dan banyak lagi.
Food Empire ini buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi jangan risau kalau datang time cuti umum ia pun masih beroperasi juga demi nak memberikan makanan yang lazat-lazat dan enak-enak kepada warga kota. Jadi lepas ni kalau datang jalan-jalan atau OOTD kat area Lalapot atau MGB boleh singgah makan kat sini tak perlu nak keluar jauh-jauh dah. Harga makanan pun berpatutan dengan rasa dan kuantitinya, bak kata pepatah Sedap Sehingga Menilat Jari.
Kalau nak ketahui update terkini dan juga promosi yang mereka buat di Food Empire in MGB at BBCC ini boleh ke laman sosial media mereka.
pavi dekat bukit jalil dah try makan kat food empire ni, nanti nak try kat bukit bintang plak
BalasPadamBest kan makan2 kat sini! Banyak sgt choices and tempat pun sgt bersih! Cantik and Instagrammable too!
BalasPadamFuh. Banyak choices makanan kat sini. Rawlins nak try out la kelak. Maha nak teman Rawlins makan kat sini tak?
BalasPadamPerghh meriah beno yaa, tengok video siap ada kompang bagai yaa.. tapi best laa tengok medan selera dia, banyak pilihan dan bersih...
BalasPadamWahh, finally ada pun food court. Kemain eh food court dia dah macam pasar malam ada banyak pilihan.
BalasPadamcongrats to Malaysia Grand Bazaar (MGB) ! Now can enjoy good food there yay
BalasPadamWah!! Pilihan menu yang sangat menarik yea.. Bukan biasa2 yea menu2 kat sini.. Nanti nak bawa anak2 singgah makan di sini jugala..
BalasPadamKalau Food Empire ni sebagai food court dekat mana-mana shopping mall memang best. Sebab mereka ni dari Smart Legacy Sdn Bhd yang kepakaran dia adalah Food Court Operator Specialist. Mereka ada SOP ketat untuk industri penyediaan makanan tau. Sedap, Halal dan Kebersihan paling utama.
BalasPadamBest! thanks for sharing this food court. Now i know where to makan when i m there
BalasPadamMacam-macam pilihan ada di food court. Hari tu dixon pi try nasi lemak goreng dan sotong XXL goreng. Sedap weiii!
BalasPadam