Beyoutiful Kampar,

Tarikan Terbaharu Ilham Seni @ Kampar Memaparkan Lukisan Mural Seluruh Kampar

Isnin, Oktober 17, 2022 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam beberapa hari lepas Maha ada kongsikan tempat menarik untuk dikunjungi yang boleh lakukan aktiviti lasak dengan alam semulajadi dan juga tempat yang bersejarah di daerah Kampar Perak. Kali ini posting Maha adalah berkaitan juga dengan Kampar sebuah daerah yang kini mula orang kenali.



Sebab ada satu lagi daya tarikan terbaharu yang membuatkan korang akan datang ke daerah ini untuk OOTD bergambar dan juga meninggalkan kenang-kenangan indah. Itu lah dia Ilham Seni @ Kampar. Apa itu Ilham Seni dan bagaimana rupanya. Hehehehe jom Maha kongsikan sikit pengalaman Maha berada di sana pada dua minggu lepas. 




Ilham Seni @ Kampar adalah lukisan mural yang menghiasi dinding bangunan lama di bahagian belakang blok bangunan lama Jalan Gopeng Kampar. Kalau selalu orang takut nak lalu lorong belakang ini kerana gelap dan juga menjadi kawasan penuh dengan sampah dan juga haiwan yang bahaya. Tapi kini tidak lagi di sesetengah lorong belakang Pekan Kampar ini. 




Mural-mural kat sini berinspirasikan tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan juga industri. Ia mengambil masa lebih lapan minggu untuk disiapkan oleh barisan pelukis tempatan melalui kerjasama Persatuan Pelukis Perak. Tarikh mula ia dilukis adalah pada 21 Disember 2020 dan siap pada 16 Februari 2021.




Ilham Seni @ Kampar ini telah dirasmikan pembukaannya kepada umum pada 26 Oktober 2022 oleh YB Dato' Nolee Ashilin Binti Dato' Mohamed Radzi iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Ia diadakan pada majlis Pelancaran Logo Pelancongan Kampar dan Majlis Perasmian Ilham Seni @ Kampar. Maha ada di situ pada majlis perasmian tersebut sangat meriah dan penuh sejarah tersendiri bagi warga Kampar.




Dekat Ilham Seni tu ada lebih daripada 20 mural gambar yang menceritakan kisah dan keindahan di sekitar Perak umumnya dan juga Kampar amnya. Di antara mural yang menarik ada disitu seperti Berakit Di Jeram Sungai Kampar yang mana Maha dan kawan-kawan buat sehari sebelum majlis ni. Juga ada lukisan Ladang Teh Gaharu, Gambar Kapal Korek yang menjadi identiti di Perak sebagai pengeluar biji timah paling maju pada satu masa dahulu.






Juga ada lukisan Gua Tempurung yang Maha sempat pergi dan rasai masuk kedalamnya, lukisan Bunga Refflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang dijumpai di kawasan Ulu Geruntum dan Ulu Geroh Gopeng. Lukisan kerja-kerja Mendulang, dan juga Paip Besar Gopeng yang menjadi tempat sejarah di sini. Banyak lagi gambar lukisan menarik dan seakan ia hidup dan menceritakan kepada sesiapan yang datang.





Kalau korang nak datang untuk ketahui tempat menarik yang ada sekitar Kampar ini boleh melalui lorong Ilham Seni dan lepas tu boleh terus melawat tempat-tempat yang ada ni. Rupanya Kampar banyak yang menarik dan bersejarah di sini. Lukisan mural ini dianggarkan sepanjang 250m. Boleh gambar-gambar bawa keluarga berekriasi di sini.





Kalau korang rasa nak tahu lebih lagi apa yang menariknya Kampar boleh layari laman Istagram https://www.instagram.com/beyoutiful_kampar dan juga laman sesawang Majlis Daerah Kampar https://www.mdkampar.gov.my.










5 ulasan:

  1. Meriahnya mural kat Kampar. I harap kat kampung I pun ada yang buat mural, baru meriah nak OOTD kan

    BalasPadam
  2. Wahhh bangga lah kampung Ruby dah ada mural! Boleh la kesana bila waktu petang-petang. Korang best datang masa pelancaran. Takde ramai orang. Elok je bersih. Harap tiada isu kebersihan dan vandalisme. Barulah syok bergambar.

    BalasPadam
  3. I was at the Kampar Mural too in my earlier Perak trip, really all nicely painted. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Dah lama tak ke Kampar.. Banyaknya lukisan mural yang cantik2 dan penuh keunikan sendiri.. Port yang cantik dan sesuai untuk OOTD

    BalasPadam
  5. Wah best nyer, now Kampar pun dah ada street for mural so next time i can singgah for photos

    BalasPadam