Chef Dato' Fazley Yaakob,
Tony Roma's Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Menu Akhir Tahun Bersama Duta Jenama Chef Dato' Fazley Yaakob
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama juga Maha tak menikmati makanan hidangan kayangan dari Tony Roma’s. Memang teruslah Maha tidak membuang masa untuk terima jemputan. Pulak tu katanya kali ini sempena dengan meraikan ulang tahun ke-50 dan melancarkan menu akhir tahun bersama duta jenama baharu mereka.
Tony Roma's menjemput semua pecinta makanan mereka untuk meraikan setiap detik manis bersama yang tersayang dengan tawaran hidangan tulang rusuk istimewa, stik lembut dan makanan laut yang lazat. Restoran mesra keluarga ini berhasrat untuk menjadikan saat-saat istimewa, tidak kira besar atau kecil inilah "Masa untuk Tony Roma's". Tempat yang sempurna untuk menikmati pengalaman menjamu selera yang asli, dalam meraikan detik manis bersama.
Sambutan Ulang Tahu Ke 50
Tahun ini adalah penting buat Tony Roma's sempena ulang tahunnya yang ke-50. Pada 20 Januari 1972, bapa pengasas syarikat ini, Tony Roma membuka restoran utamanya di Miami Utara, Florida. Restoran itu dengan pantas menjadi salah satu restoran paling popular di Miami dengan pengikutnya tersendiri dalam pasaran.
Di Malaysia, Tony Roma’s telah membuka pintunya buat pertama kali pada tahun 2006 di Sunway Pyramid. Sejak itu, ia telah berjaya menawan hati pengunjung Malaysia dengan tawaran yang lazat dan pengalaman menjamu selera yang menakjubkan. Kini, terdapat sembilan cawangan Tony Roma’s di seluruh negara.
Menu Akhir Tahun Tony Roma's
Kita pun dah tinggal beberapa bulan lagi untuk sampai hujung tahun dan mengakhiri tahun 2022 yang penuh cabaran ini. Tony Roma's menawarkan lebih banyak pilihan hidangan yang menyelerakan, mereka telah melancarkan menu istimewa akhir tahun yang lazat lagi menggiurkan. Menu perayaan ini dipilih oleh Duta Jenama dan Chef Selebritinya, Dato’ Fazley Yaakob, dan dengan kerjasama Coca-Cola. Ia dihasilkan dari tulang rusuk terkenal Tony Roma’s sehinggalah minuman unik menyegarkan, menu akhir tahun ini akan menghidangkan rasa tersendiri ke meja santapan buat semua seisi keluarga dan kawan-kawan.
Menu akhir tahun Tony Roma’s membawa kelainan yang berbeza dengan menggandingkan minuman cola dengan tulang rusuknya yang pedas dan berperisa. Menu pertama diperkenalkan adalah Cola Sauce Australian Beef Ribs. Bagi Maha ia adalah daging pada tulang rusuk daging lembu paling lembut yang diperap dan direneh dalam cola untuk rasa yang bukan sahaja manis namun juga berperisa daging. Ini dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan iaitu Brokoli dan Jagung. Ia juga dilengkapi dengan minuman ringan yang boleh diisi semula secara percuma.
Cola Sauce Australian Beef Ribs - RM RM93.90 |
Sementara itu, menu kedua Oven Prepared Ribs menawarkan sedikit kelainan daripada tulang rusuk Tony Roma’s yang terkenal. Bagi Maha yang ini kepingan rusuk daging lembu yang enak dilayur dengan mentega herba istimewa Tony Roma’s dan kemudian dimasak perlahan di dalam ketuhar sehingga daging cukup lembut sehingga boleh tertanggal dari tulang! Ia juga disediakan dengan hidangan sampingan Jagung dan Brokoli yang dipanggang. Mungkin hidangan ini agak sedikit kering kalau ada sauce istimewa mungkin sedap kot bagi Maha lah. Hidangan lazat ini boleh didapati dari 21 November 2022 hingga 2 Januari 2023.
Oven Prepared Ribs - RM259.90 |
Chef Dato' Fazley Yaakob mempamerkan kreativiti masakannya dengan membawa kelainan unik kepada hidangan pembuka selera Onion Loaf yang terkenal di seluruh dunia. Menu akhir tahun Onion Loaf with Cola Dip menampilkan bawang Sepanyol, digolek dalam tepung roti dan digoreng, dihidangkan dengan sos yang diadun dengan sos mayo BBQ yang digandingkan cola untuk rasa yang tersendiri. Semestinya, wajib cuba untuk sesuatu yang berbeza!
Onion Loaf with Cola Dip - RM23.00 |
Bagi melangkapi menu akhir tahun ini ada juga minuman istimewa iaitu Coca-Cola Float menjadi minuman hebat untuk menemani keenakan rasa ini. Ia minuman bergas yang dihidangkan dengan secedok ais krim vanilla. Manakala Frosted Coca-Cola yang dihidangkan dalam gelas mug sejuk beku akan mengimbangi segala kenikmatan perisa, dalam setiap tegukan yang menyegarkan.
Coca-Cola Float - RM11.90 |
Frosted Coca-Cola - RM11.90 |
Memeriahkan lagi pilihan hidangan yang digemari ramai di Tony Roma’s, menu akhir tahun ini akan tersedia di semua cawangan Tony Roma’s dari 1 November 2022 hingga 2 Januari 2023, memberikan pelanggan lebih tarikan untuk datang berkunjung dan menikmati makanan yang lazat, sekaligus meraikan detik yang indah bersama yang tersayang.
Tony Roma’s Pavilion KL juga telah disahkan Halal oleh JAKIM pada tahun ini. Cawangan lain kini berada dalam perancangan untuk menerima pensijilan halal secara berperingkat.
Jom kita raikan saat-saat manis di mana-mana restoran Tony Roma’s untuk mencuba menu akhir tahun baharu yang bakal mencuri hati anda! Penghantaran makanan juga disediakan di GrabFood, Foodpanda dan ShopeeFood, serta boleh dibungkus untuk dibawa pulang tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, layari www.tonyromas.com.my.
0 Pandangan: