Eskayvie,

Bagaimana 5 Nutrisi Utama Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Sekaligus Mengatasi Masalah Stres

Khamis, November 03, 2022 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang ada masalah tidur tak? Selalu susah nak tidur dan juga tidur yang tidak cukup. Fakta yang Maha jumpa sewaktu buat pencarian di Google, seorang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur manakala remaja memerlukan lapan hingga 10 jam waktu tidur setiap malam. Ohhh lama juga waktu tidur yang diperlukan, ya?



Satu lagi hasil kajian mendapati, 35% rakyat Malaysia menghadapi masalah tidur sebanyak sekali ataupun dua kali seminggu, sementara 20% lagi menghadapi masalah tidur sebanyak tiga atau empat kali seminggu. Wow ramai juga yer yang hadapi masalah ini termasuk Maha sendiri. Kena bertindak sekarang supaya masalah ini tak boleh biar lama. Ini kerana daripada masalah kurang tidur akan timbul lagi masalah lain seperti peningkatan berat badan. Alamakkk!!



Sebab itu Maha sekarang mencari satu solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah tidur. Cari punya cari Alhamdulillah jumpa dengan satu produk baru daripada Eskayvie. Produk yang diberi nama Eskayvie Mindtropic dapat membantu masalah tidur sekaligus mengurangkan stres dan kemurungan.

APA ITU ESKAYVIE MINDTROPIC?

 


Maha buat pencarian di internet dan dapat info yang jelas tentang produk ni. Ia mengandungi lima bahan utama yang terdiri daripada bahan semulajadi iaitu: 

1) PHOSPHATIDYLSERINE



Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda. Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ini boleh REVERSE keadaan otak menjadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima. 

2) ASHWAGANDHA KSM-66
 


Bahan daripada Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. Khasiatnya terletak daripada akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

3) BACOPA MONNIERI



Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira. Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

4) MAGNESIUM



Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti radang bagi melindungi otak.

Ia menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak bagi melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

5) SELENIUM



Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya. Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Seorang yang pakar dan juga bertauliah disebalik kepada kejayaan merumuskan fomulasi terbaik ini semestinya merupakan orang yang dilengkapi ilmu pengetahuan. Siapa tidak kenal akan Dr Syid Ayob. Lebih 30 tahun beliau bergiat aktif dalam dunia perubatan moden membuatkan beliau begitu pasti dan yakin akan produk Eskayvie Mindtopic. Doktor juga turut terlibat secara terus dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk semua produk berkualiti Eskayvie.



Maha jadi bertambah yakin untuk mengambil produk ini bila lihat bahan yang digunakan adalah 100% bahan semula jadi, tanpa perasa dan pewarna tiruan, tanpa gula tambahan, rasa tropika yang enak dan juga menerima pengiktirafan kilang oleh European Quality Award. Itu sebab penting untuk kita selidik dan kaji sesuatu produk makanan tambahan ini. 

MAKLUM BALAS PENGGUNA ESKAYVIE MINDTROPIC


Juga dikuatkan lagi dengan banyak maklum balas pengguna yang menggunakan produk ini dan terbukti memberikan kesan yang bagus dan baik. Korang boleh baca dan tonton video maklum balas daripada pengguna Eskayvie Mindtropic ini.

Maklum balas Pengguna 1
Masalah utama beliau ialah sering mengalami panik dan juga gelabah tidak tentu pasal. Tapi selepas amalkan produk ini masalah ini makin berkurangan dan beliau lebih rilek menghadapi orang ramai.



 
Maklum balas Pengguna 2
Ini pula pengguna yang mengalami masalah cepat lupa dan juga susah nak tidur. Beliau baru sahaja mengambil Eskayvie Mindtropic beberapa minggu tetapi dah nampak kesan. Segala masalah yang dihadapi beliau semakin improve.



 
Maklum balas Pengguna 3
Pengguna ini juga ada masalah tidur sehingga menghadapi masalah ketika bangun pagi yang membuat emosi seseorang mudah berubah dan tidak terkawal. Selepas amalkan produk ni, kini beliau rasa lebih cergas dan ceria apabila bangun pagi.




Maklum balas Pengguna 4
Kes sama juga, masalah tidur yang tidak cukup dan sering terganggu seperti tidur-tidur ayam sahaja dan kesan tak baiknya, apabila bangun pagi akan rasa stres. Setelah amalkan produk ini beliau dapat ‘Deep Sleep’. Apabila bangun pagi, minda rasa lapang dan juga aura positif sentiasa datang.




Maklum balas Pengguna 5
Pengguna ni juga ada masalah susah nak tidur. Selepas amalkan produk Eskayvie Mindtropic ini lebih mudah tidur dan juga dapat ‘Deep Sleep’ lebih lama. 




Video Testimoni Puan Siti Zubaidah, 39 tahun. 

Puan ini sering menghadapi masalah tidak cukup tidur dan asyik nak marah je. Ia sangat berkait rapat dengan emosi kita dan secara tidak langsung ia juga mengganggu emosi orang sekeliling kita. Itu yang selalu sering masam muka dalam rumah tangga. Tetapi selepas amalkan produk Eskeyvie Mindtropic katanya kini hidup beliau menjadi lebih bertenaga, positif dan emosi beliau semakin stabil.

Klik sini untuk tonton video penuh: https://youtu.be/Ppa0rKQgvPI 

Video Testimoni Puan Seriwati Ismail, 52 tahun 

Ini juga perkara yang sering berlaku di mana kita cepat marah walaupun ia hanya hal-hal kecil sahaja itu yang dihadapi oleh Puan Seriwati dalam video ini. Bangun pagi pun lesu dan juga emosi terganggu. Namun selepas mengamalkan produk ini beliau dah nampak impak yang positif pada dirinya. Terasa tidur jadi lebih berkualiti, bangun pagi tak rasa penat, rasa bersemangat nak mulakan hari. Emosi pun semakin stabil.

Klik sini untuk tonton video penuh: https://youtu.be/yDMQij1bkHs
 
Perkongsian Puan Wan Noor Saliha 

Puan Wan Noor Saliha sering diserang sakit kepala. Akibatnya beliau tidak dapat menguruskan tekanan di tempat kerja sehingga kualiti hidup dan kerjayanya terganggu. Alhamdulillah Sejak mengamalkan Mindtropic, beliau dapat tidur yang berkualiti, sakit kepalanya sudah sembuh dan kini sentiasa bersemangat untuk mulakan kerjayanya setiap hari.

Klik sini untuk tonton video penuh: https://youtu.be/DAfXY4VnPSQ 

Perkongsian En Fadly Shah, 47 tahun 

Beliau menghadapi masalah lupa sehingga sering lupa bilangan rakaat dalam solat. Ini dipanggil ‘Brain Fog’ iaitu kekeliruan, kealpaan, kekurangan tumpuan dan kejelasan mental dalam melakukan sesuatu kerja. Ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak bekerja, kurang tidur serta tekanan. Selepas mengamalkan Eskayvie Mindtropic, daya ingatan beliau semakin baik dan semakin.

Klik sini untuk tonton video penuh: https://youtu.be/9E59-Y0P704 

CARA PENGAMBILAN ESKAYVIE MINDTROPIC


Produk Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air. Hanya kunyah perlahan-lahan dan amalkan pemakanan untuk orang dewasa 18 tahun ke atas sebanyak satu tablet dua kali satu hari selepas makan. Manakala untuk kanak-kanak berumur 13 hingga 17 tahun boleh ambil 1 tablet 1 kali satu hari selepas sarapan. 



Produk ini diformulasikan oleh Dr Syid Ayob yang telah menghasilkan produk makanan tambahan kesihatan terlaris di Malaysia iaitu Eskayvie Diffenz. Eskayvie Mindtropic ini adalah satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang semakin dikenali ramai. Bukan kerana ia diambil oleh selebriti sahaja tapi manfaat Mindtropic yang sangat penting untuk memastikan kebaikannya dapat dinikmati oleh pengguna. Maha sendiri dah amalkan apabila dah tahu kelebihan Mindtropic. Sekarang Maha rasa lebih bertenaga, makin gembira dan ceria. Dulu Maha ada juga masalah sering lupa. Tapi sekarang Alhamdulillah sikit-sikit dah semakin pulih.



Jadi kalau korang rasa nak dapatkan produk Eskayvie Mindtropic ini untuk diri sendiri atau juga nak berikan kepada ibu bapa kita boleh dapatkan di laman sesawang yang tertera di bawah.

Laman web : www.eskayvie.com 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres








6 ulasan:

  1. Rawlins perlukan nie sebab sejenis akan gelabah bila ada presentation and takleh tidur nyenyak sebelum presentation. Pasni MM pun mesti makin power kan

    BalasPadam
  2. Ruby amalkan Eskayvie Mindtropic ni dua kali sehari. Sebab dia hisap-hisap tu. I rasa relax je. Tarik nafas dalam-dalam. Pastu mula kerja balik. Bagus produk ni.

    BalasPadam
  3. Ohh wowo.....this is really good to help those needed it for better health. Thanks for sharing your own experience. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Dulu pernah nampak this supplement untuk kids, and now untuk adult pula. Bagusnya, sebab bukan kids saja perlukan nutrient tambahan adult pun perlu juga.

    BalasPadam
  5. looks like such an incredible supplement!

    BalasPadam
  6. Bagus yer supplement ni. Nak cuba lah

    BalasPadam