AnCasa Hotel Kuala Lumpur,
Jalan Jalan Cari Makan 'Nasi Leyleh AnCasa' Memang Tangkap Leyylehhh!!
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah dengan pasal Nasi Kandar? Sangat popular dan juga menjadi kegemaran ramai orang. Sehingga ada kedai yang viral Nasi Kandar kat KL ni berbaris panjang ramai orang. Tapi pernah dengar pasal Nasi Leyleh AnCasa? Tak pernahkan. Korang mesti tertanya-tanya nasi apa tu.
Maha diberi peluang untuk mencuba sendiri Nasi Leyleh AnCasa di Hotel AnCasa Kuala Lumpur. Kalau nak sebut ia lebih kurang macam Nasi Kandar ada persamaan tapi kalau korang rasa betul-betul Nasi Leyleh AnCasa ini akan dapat rasa kelainannya. Ia dihidangkan dalam satu set nasi bersama dengan Kubis Goreng Kunyit, Bendi Rebus, Telur Rebus dan juga paling istimewa adalah Kuah Kari Leyleh istimewa.
Nasi Leyleh AnCasa Set Lauk Ayam Goreng Berempah |
Ini lah yang membezakan dengan Nasi Kandar. Kuah Kari Leyleh itu adalah kuah pekat, memikat korang boleh rasa masam, manis, masin dan lemak dalam satu kuah yang dioleh oleh chef profesional berpengalaman lebih kurang 30 tahun dalam kulinari. Kalau Nasi Leyleh ni korang nak makan banjir boleh atau nak isi kuah kari istimewa tu sikit-sikit pun boleh terpulang ikut selera korang.
Nasi Leyleh AnCasa Set Lauk Kari Sotong |
Nasi Leyleh AnCasa Set Lauk Daging Hitam |
Set Nasi Leyleh AnCasa ini datang dengan lauk yang boleh korang pilih daripada Set Lauk Ayam Goreng Berempah, Set Lauk Daging Hitam, Set Lauk Kari Sotong, Set Lauk Ikan Tenggiri Goreng Berempah dan juga Set Lauk Kambing Varuvel. Harga pula berpatutan dimana ia bermula daripada serendah RM16.00 untuk Set Lauk Ayam Goreng dan juga hingga RM22.00 untuk Set Lauk Kambing Varuvel. Kalau korang nak tambah satu lagi lauk macam contoh korang dah ambil Set Lauk Daging Hitam dan nak rasa Lauk Ayam Berempah korang perlu tambah RM5.00 sahaja dah dapat dua lauk.
Bersama Chef Eksekutif Chef Raja Kamaroszaman |
Korang boleh nikmati hidangan Nasi Leyleh AnCasa ini setiap hari bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Bertempat di Restoran CaSA RnB dalam Hotel AnCasa Kuala Lumpur kat sebelah dengan UTC Pudu tu. Kalau tak boleh nak datang boleh juga order online dan mereka akan hantar untuk pesanan minima RM60 untuk penghantaran percuma dalam lingkungan 5KM dari hotel.
Maha dah rasa Nasi Leyleh AnCasa ini memang sedap menjilat jari lah. Kari mereka juga dimasak tidak menggunakan santan untuk memastikan ia tahan lama. Juga kari mereka lebih masam baru rasa urhmm. Kalau makan dengan jari korang kena basuh betul-betul sebab bau kari tu kuat sangat. Datang lah kat sini untuk cuba hujung minggu bawa kawan atau keluarga untuk makan tengah hari. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.
Pertanyaan dan tempahan makanan boleh hubungi :
Tel : 03-2026 6060 ext 7703
Whatsapp : 011-31794121
Laman web : www.ancasahotel.com.my
0 Pandangan: