ArRahnuKita,
Kemeriahan Karnival Perasmiaan Cawangan Pertama ArRahnuKita Dari KOPETRO
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa tak kenal KOPETRO atau Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad yang telah ditubuhkan sejak tahun 1980 lagi. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelangcongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.
Kini telah kembangkan lagi ruang perniagaan mereka apabila pada tanggal 30 Oktober 2022 telah diadakan Karnival Perasmian Cawangan Pertama ArRahnuKita yang telah beroperasi di Medan Niaga Tasik Damai Sungai Besi. Akan datang ArRahnuKita akan membuka cawangan mereka di Shah Alam, Bangi dan Ampang. Meriah sangat karnival yang diadakan ini kerana lebih dari 200 orang tetamu yang datang termasuk tertamu kehormat dan juga orang ramai yang berada disekitarnya.
Pada majlis perasmian itu telah diadakan juga pelbagai aktiviti menarik seperti ujian dan cucian emas secara percuma dan jualan promosi produk-produk keluaran KOPETRO. Kalau yang tak tahu Maha pernah promosi produk makanan daripada KOPETRO iaitu di bawah jenama LengQuas. Selain itu juga produk minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan ada promo pada hari tersebut.
Paling dinantikan semua tetamu adalah makanan percuma yang dihidangkan kepada semua tetamu yang hadir. Macam-macam makanan memang kenyang perut dibuatnya. Ada Mee Goreng, Kueh Teow Goreng, Jagung Bakar, Aiskrim, Corn Dog, Apam Balik dan minuman yang segar-segar dan sejuk. Karnival diadakan seharian dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang.
Lebih seronok lagi apabila 100 pengunjung pertama yang hadir menerima beg saguhati dan 20 penggadai pada hari tersebut turut terima hadiah dengan barang eksklusif dari ArRahnuKita. Maha sendiri yang hadir dengan kawan-kawan semua kenyang perut dan dapat juga hadiah-hadiah istimewa tu. Memang meriah giler lah karnival ini.
Digandakan lagi kemeriahan selain daripada perasmian cawangan pertama ArRahnuKita ini juga adalah sambutan ke-42 tahun yang turut disambut pada tarikh yang sama. Turut diadakan acara pemotongan kek bagi meraikan ulang tahun KOPETRO. Dengan kejayaan dalam semua bidang perniagaan sehingga sekarang memang membanggakan bagi semua lebih 15,000 anggotanya.
Pada karnival itu juga istimewa buat Anggota KOPETRO yang ingin mendapatkan pembiayaan kewangan, ArRahnuKita menawarkan had pembiayaan harian sehingga 80% atau sehingga RM50,000 (mana-mana yang lebih rendah). Juga ada pembiayaan terkumpul sehingga RM150,000. Juga tidak lupa kepada perniaga dan broker emas mahupun kedai emas yang memerlukan kewangan tunai secara segera ArRahnuKita menyediakan pembiayaan terkumpul sehingga RM350,000.
Turut sama hadir sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan baharu yang diusahakan KOPETRO adalah wakil-wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Kalau nak ketahui kadar emas dan promosi terkini daripada ArRahnuKita boleh layari laman media sosial di Facebook dan Instagram mereka.
Tel : 03-90559839
Facebook : https://www.facebook.com/ArRahnukita
Instagram : https://www.instagram.com/arrahnukita/
Eh. Dekat nak sama umur dengan kita dah dia. Tahniah KOPETRO dan teruskan memberi kemudahan kepada ahli dan awam.
BalasPadamwahh besarnya kek hehe tahniah kopetro atas pembukaan cawangan baru, moga terus sukses
BalasPadamWow congrats on the new branch opening, hopefully there will be more to come.
BalasPadamtahniah kopetro... ata pelancaran perniagaan terbaru.. moga sukses menjadi pusta pajakan islam terbaik negara
BalasPadamOhh wow.... congratulations 👏🏻 & it's absolutely a happening event to be at, more success coming by. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamreally exciting to see such a huge and happening launch of another store in our country. i have personally never traded gold before but i now i know where i can go if i require such services. looks professional and legit too! :)
BalasPadamWahhhh ini satu servis yang bagus untuk memudahkan mereka pajak gadai patuh syariah. Harap banyak cawangan dibuka nanti.
BalasPadam