Dato' Seri Anuar bin Ibrahim,

Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Kali Ke 10 Di Rasmikan Oleh YAB Dato' Seri Anuar Bin Ibrahim

Sabtu, Disember 24, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahniah kepada penjaja dan peniaga kecil tak kira di mana anda berada dan berniaga anda menjadi perhatian kerajaan. Penganjuran dan pengiktirafan Hari Pejaja dan Peniaga Kecil (HPPK) setip tahun adalah bukti bahawa kerajaan menghargai dan mengiktiraf korang sebagai salah satu ejen penjana ekonomi negara.



Tidak kiralah anda peniaga pisang goreng atau juga burger tepi jalan anda adalah antara golongan yang sebenarnya pengerak kepada ekonomi dan kemajuan negara secara tidak langsung. Tahun ini adalah tahun ke10 penganjuran HPPK peringkat Kebangsaaan. Kalau korang tahu tanggal 18 November setiap tahun diistiharkan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil. Cuma tahun ini diadakan pada 22 Disember lalu kerana berdekatan dengan Pilihan Raya Umum baru-baru ini.




Tahun ini diadakan Konvesyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan bertempat PICC Putrajaya secara besar-besaran. Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Lagi bermakna dan begitu dekat pejaja dan peniaga kecil ni dengan kerajaan, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sendiri turut hadir dan merasmikan dan menyempurkan majlis konvesyen pada hari tersebut.




Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya sendiri mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).



Sebelum itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapannya menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara. Beliau juga mengumumkan bahawa HPPK2023 tahun depan akan diadakan di negeri Sabah.





Dalam majlis itu juga diadakan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil. Anugerah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP. 



Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.






Pengisian program menarik telah disediakan sepanjang konvensyen, antaranya seperti:-
Rakan Strategik
- Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
Klinik Usahawan HPPK 2022
- Sesi konsultansi agensi keusahawanan
Gerak Usahawan Nasional
- Pameran dan jualan produk usahawan
Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil
- Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil)
Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP & Bicara Usahawan Berjaya
- Kisah kejayaan perserta program KUSKOP





Konvensyen HPPK2022 disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor. Turut hadir sama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.




0 Pandangan: