Hotel,

Singgah Pengerang Hotel Butik Yang Kemas Dan Selesa Buat Pengembara Perniagaan

Jumaat, Disember 16, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih lagi kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 yang bakal sampai kemuncak pada 18 Disember 2022. Perlawanan akhir yang membawa pertembungan dua gergasi bola sepak dunia iaitu Agentina dan Perancis. Sebelum ni Maha ada kongsikan kemeriahan menonton bola di Parti Bola Kaw di Singgah Pengerang. Kalau korang nak datang sana masih ada masa lagi.



Cuma kali ni Maha nak tunjuk kepada korang tentang Singgah Pengerang ni. Apa yang menarik butik hotel ini? Jom kita masuk. Maha sampai kat Singgah Pengerang dengan menaiki bas yang dibawa juga oleh KOPETRO Travel & Tours. Kalau korang yang nak pergi mana-mana destinasi luar atau dalam negara boleh melalui KOPETRO Travel & Tours ni mereka ada perkhidmatan seperti pakej percutian dalam dan luar negara, pakej menunaikan Umrah dan juga ada service logistik. Siap ada tour guide yang berpengalaman disediakan sepanjang perjalanan tu semua cerita sejarah dia tahu.




Itu pasal pengangkutan kami ni pula pasal Singgah Pengerang yang terletak di negeri selatan tanah air iaitu Johor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pengerang ini mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam sebab termasuk sekali persinggahan utuk makan dan solat. Kawasan Pengerang ini baharu lagi memang akan melalui kawasan pertanian sahaja. Tapi ia dijangkakan akan maju dalam beberapa tahun akan datang dengan adanya pusat PETRONAS terbesar di sini. 



Sebab itu adanya juga Singgah Pengerang di sini untuk tujuan bagi mereka yang datang mengembara untuk tujuan kerja atau business. Butik hotel ni bagi Maha yang pertama kali sampai memang selesa, bersih dan juga kemas. Layan daripada staff mereka juga mesra dan hotel masih baru. Kalau tanya rate harga hotel sini bermula dari RM150 untuk semalam.







Kemudahan yang ada dalam bilik hotel pun sangat banyak. Kat dalam bilik mereka sediakan kemudahan seperti peti sejuk mini, televisyen LCD, internet berkelajuan tinggi, kelengkapan peralatan peribadi seperti sabun mandi, syampu. Juga ada mini pantri yang menyediakan cerek elektrik untuk masak air panas, bahan bancuh kopi atau teh, bahan teh dan kopi 3in1, serta mineral water. Bagi yang beragama Islam jangan bimbang hotel ni sediakan arah kiblat dan juga sejadah khas untuk solat dalam bilik.





Keindahan pada bilik yang terdapat di hotel ini adalah mural kepada lukisan pelbagai tempat yang menjadi sejarah dan tempat pelancongan di Johor. Hari tu Maha dapat bilik Standard Room ada dua katil single dan juga mural belakang tu adalah Bagunan Keretapi Johor Baharu 1909. Juga ada bilik dihias dengan mural Istana Besar Johor 1866, mural Istana Bukit Serene 1933, juga bahagian lorong laluan dihias dengan mural Sungai Segget 1920, serta JB Bus Station 1960






Itu yang menjadi identiti kepada hotel ini selain daripada warna yang warna-warni menaikkan mood seseorang. Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.






Hotel ni tiga tingkat sahaja tak tinggi dimana bawah ada bahagian lobby hotel dan juga Singgah Cafe yang menyediakan makanan untuk sarapan pagi serta juga pelbagai makanan lain untuk tempahan. Walaupun tiga tingkat ada lift untuk naik ke setiap bilik serta tangga keselamatan. Bilik kat sini ada tiga jenis iaitu Standard Room seperti yang Maha duduk, kemudian ada bilik Superior Room, bilik Deluxe Room with Balcony dan Deluxe Room without Balcony. Satu lagi istimewa kat Singgah Pengerang ini mereka sediakan bilik khas untuk orang kelainan upaya atau OKU. Bilik tu sangat luas dan selesa untuk mereka yang berkerusi roda serta dalam bilik air lengkap kemudahan untuk golongan ini. 



Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, boleh layari:
Laman web : www.singgah.com.my 
Email : rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my 
Tel : 607-824 6011








2 ulasan:

  1. Bagus juga hotel ni, tempat pun nampak kemas, selesa, dan bersih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat cantil dan menarik hotel pun ok lah cuma masih baru nak membangun kawasan sekitarnya...

      Padam