Dookki,
Dookki Buka Cawangan Baharu Di MyTown Shopping Centre Bagi Memenuhi Kehendak Makanan Korea Rakyat Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahun ni meriah yer pembukaan banyak restoran dari Korea kat Malaysia. Walaupun dalam ramalan ekonomi yang bakal agar sukar tahun 2023 ini tetapi dekat mall besar meriah pembukaan banyak restoran cawangan dari luar negara di Malaysia. Seperti satu ni juga ia adalah restoran makanan Korea yang telah bertapak di Malaysia sekian lama juga dan kini buka cawangan baharu di MyTown Shopping Centre.
Restoran yang Maha maksudkan ini adalah Dookki. Baru-baru ini diadakah majis makan-makan dan meraikan pembukaan cawangan keenam di aras dua MyTown Shopping Centre. Dookki ni memang datang dari Korea dan begitu popular juga di Malaysia. Kalau korang tahu Maksud Dookki tu apa? Dookki membawa maksud 'Dua Hidangan'. Ini kerana kat sini korang bayar satu harga tapi dapat dua jenis makan. Konsep macam ni cukup terkenal kat Korea sana tu.
Masa Maha datang majlis pembukaan hari tu memang korang hanya bayar satu harga sahaja boleh dapat yang bufet Topokki dan juga menu kedua Fried Rice Korean Style. Harga untuk seorang dewasa hanya RM39.80 nett manakala kanak-kanak RM19.80 nett sahaja. Korang boleh makan berapa banyak nak tambah kerana ia bufet style. Tapi ingat jangan membazir kerana setiap makanan yang membazir akan dikira dan dikenakan bayaran denda RM20. Juga korang diberi masa 1jam setengah untuk makan kat situ bagi satu sesi.
Dulu kat Korea Topokki ini adalah makanan tradisional dan juga digelar makanan jalanan. Tapi pembaharuan dan juga perubahan gaya penyediaannya menjadikan 'Rice Cake' cukup digemari semua orang. Memang selalu dimakan oleh orang Korea dalam macam steamboat style direstoran mewah ni. Korang boleh pilih pelbagai jenis lauk untuk masak dalam sos yang sedap. Korang boleh pilih pelbagai jenis sos seperti ada Cream Sauce, Rose Sauce, Creamjung Sauce, Dookki Sauce, Toppoki Sauce, Flame Sauce, Jajang Sauce dan juga Gunjung Sauce.
Maha hari tu ambil yang kurang pedas sebab takut pedas nanti tak habislak nak makan. Jadi sosnya sangat sedap ada rasa pedas sikit dan manis-manis sikit. Kat sini korang boleh buat sendiri dan ambil sendiri semua bahan atau juga boleh minta bantuan kepada kakitangan mereka yang sangat mesra dan membatu.
Istimewa untuk Bufet Topokki tu korang boleh tambah Double Cheese Ring yang ada kat tepi kuali tu. Tu kena tambah hargalah lain iaitu RM18.80 nett satu ring cheese tu. Boleh makan untuk dua orang lagi sedap. Juga korang boleh tambah dengan Snow Cheese atau cheese yang telah diparut dan itu pun harga lain kena tambah RM9.80 nett.
Pertama sekali korang makan Topokki bufet style tu sampai puas dan jangan kenyang sangat kerana nanti lepas dah rasa puas tu korang boleh pula buat Nasi Goreng style Korea. Bahan pun korang ambil sendiri yang terdiri daripada Nasi Putih, Seaweed dan juga macam tauhu goreng. Ia akan dicampur dalam kuah Topokki tadi dan digaul goreng sampai sekata. Lepas tu makan lah panas-panas memang sedap. Tu sebab Maha syor korang jangan makan kenyang-kenyang nanti tak dapat nak cuba nasi goreng tu. Kalau tak nak buat nasi goreng tu pun tak apa tiada masalah. Makanlah Topokki tu sampai korang kenyang.
Minuman kat sini best korang boleh tambah bila-bila masa sahaja. Tapi kalau makan bufet style ni Maha nasihat jangan banyak sangat minum air nanti cepat kenyang. Selain tu juga ada 'side dish' lain yang korang boleh ambil juga seperti Korea Fish Cake, Korea Fried Chicken, Rice ball, Japchae dan Emouk. Ni meraka sediakan selalu akan tambah sedap semua ni sebagai pelengkapan kepada Topikki yang korang makan tu lah.
Jadi korang rasa macam mana berbaloi tak kalau nak makan kat sini dengan harga dan juga menu makanan yang ada. Bagi Maha sangat berbaloi dan sedap puas hati. Nak rasa makanan Korea boleh datang sini cawangan baharu kat MyTown. Ia buka setiap hari dari jam 11pagi hingga 10.00malam. Maha dah cuba korang bila lagi. Nanti dah datang makan sini dan tinggal komen kat sini ok nak tahu juga macam mana pendapat korang. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Nak tahu sebarang promosi dan juga kempen terbaru dari Dookki boleh ke laman sosial mereka:
adoi kena g rasa la dokki ni sbb x pnh try lg ni! haha stress la acc xle sign in huhu - SIZZLING SUZAI
BalasPadamKena rasa kena bawa aku sekali ok jangan makan dengan dia jer wakakakaka..
Padam