Chines Cuisine,

Lokasi Baharu Dendeng Bakar Cafe Chinese Muslim Food Lebih Segar, Besar Dan Selesa Di Prima Suajana Kajang

Ahad, Januari 22, 2023 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsikan kepada korang tentang makanan chinese muslim yang dijamin Halal dihasilkan sendiri oleh pemiliknya. Sebelum ni beliau membuka kedai makan di N9 Foodcourt  Sg Ramal Kajang. Itu waktu ekonomi baru sahaja pulih selepas pendemik. Kemudian beliau berpindah pula di kawasan baru yang lebih selesa iaitu di Legasi Kampung Baru



Atas mencari kepuasan dan keselesaan semua bukan sahaja peminat makanan chinese muslim beliau malah juga pemilik kedai lain. Beliau pindah lagi dan kali ini memiliki sendiri kedai beliau yang lebih luas besar dan selesa. Ini lah kedai yang Maha maksudkan tu iaitu Dendeng Bakar Cafe yang terletak di Prima Saujana Kajang. Ia adalah pemilik kepada seorang kawan Maha juga iaitu Tuan Feeq yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam dunia peniagaan tetap teguh mengusahakan makanan chinese muslim.



Beliau kat kafe baru ini sangat baru dalam 3 bulan sahaja beroperasi dan masih banyak lagi perubahan dan penambah baikkan yang sedang dilakukan. Malah masih belum ada lagi singboard yang sebenar yang perlu melalui kelulusan PBT. Tak apa itu semua letak tepi paling penting perniagaan dijalan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Maha sendiri datang baru-baru ini nak bagi support kepada peniagaan beliau yang makin maju dan berkembang sekarang ini.

Sweet Potato Ball

Boiled Dumpling

Mana tidaknya sebelum buat marketing dalam sosial media sahaja melalui Instagram dan TikTok kini dah mula masuk TV3. Baru-baru ini beliau diundang oleh penerbit Malaysia Hari Ini (MHI) untuk mempamerkan dan memperkenal makanan chinese muslim yang di bawa lain daripada lain. Daging Dendeng Bakar ini adalah keunikan yang dibawakan. Ia adalah sejenis makanan daging bakar nipis dan sangat sedap susah nak ceritakan bagaimana kesedapannya. Korang nak tahu kena datang sendiri kat restoran ini atau boleh beli secara dalam talian di TikTok.

Daging Dendeng Bakar

Dendeng with Jasmine Rice

Soy Souce Chicken Mushroom with Jasmine Rice

Dry Chili Pan Mee


Selain itu juga ada lagi banyak makanan lain yang dihasilkan untuk memberikan kepelbagaian kepada peminat makanan cina halal ini. Masa Maha datang dengan kawan-kawan lain banyak yang dihidangkan dan semua sedap seperti :-

1) Sweet Potato Ball
2) Boiled Dumpling
3) Buttermilk Chicken
4) Ginseng Chicken Soup
5) Soy Souce Chicken Mushroom
6) Spicy Chicken Noodle
7) Dendeng with Jasmine Rice
8) Guilingao 
9) Aiyu Jelly

Itu baru makanan minuman pun ada yang pelik-pelik sebabkan orang cina suka minum tea yang ada herba dan rempah-rempah ni jadi Maha kurang sikit. Tapi nak jus atau Teh dan Kopi ada jer kat restoran ini. Bak kata orang puasa hati makan sini dan Maha dapat respond dari peminat lain yang pernah datang sini pun best and puas hati dengan makanan yang ada sedap kena dengan rasa.

Spicy Chicken Noodle

Ginseng Chicken Soup with Jasmine Rice

Buttermilk Chicken with Jasmine Rice


Kalau korang nak beli makanan yang ada kat sini secara dalam talian ia ada sediakan service penghantaran untuk lokasi 50km dari kawasan restoran yang terletak di Prima Saujana Kajang. Juga ada yang dalam pek bungkus-bungkus seperti Dry Chilli Pan Mee Daging atau Ayam, Dendeng Bakar Daging atau Ayam pun ada. Itu boleh beli kat kedai TikTok Dendeng Bakar Cafe atau kat Shopee. Pastikan kedai rasmi mereka sahaja baru beli ok.

Aiyu Jelly



Apa pun Maha ucapkan selamat maju jaya dan makin berkembang kepada Feeq and team yang tidak putus asa dan terus semangat bawa makanan yang mejadi pilihan orang ramai nak cari yang Halal. Cabara demi cabaran itu biasa dalam peniagaan. 



Lupa nak bagi tahu waktu operasi restoran merkea iaitu :-
Isnin : Cuti
Selasa - Khamis : 10pg-10mlm
Jumaat : 10pg - 1tgh & 3ptg-11mlm
Sabtu : 10pg-11mlm
Ahad : 10pg-9mlm

Kalau nak tahu pasal promosi dan juga jualan istimewa boleh ke laman sosial Dendeng Bakar Cafe :







2 ulasan:

  1. Daging Dendeng tu menariknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul itu yang menarik kat sini nak cari yang versi Halal tu susah hehehe kena cuba tau sedap giler...

      Padam