Halal,
Santan Segar Berkualiti Premium Adalah Santan Mawar Menjadi Pilihan Dalam Masakan Dan Minuman
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Penggunaan santan kotak atau santan pek sekarang ini sangat menjadi pilihan terutama bagi pengusaha makanan di restoran atau hotel-hotel. Ye lah nak dapatkan santan segar yang perah terus daripada biji kelapa agak sukar sekarang ni. Juga dengan harga yang makin tinggi ia juga akan meningkatkan kos. Kalau bagi ibu-ibu atau korang pengusaha gerai makan mana menjadi pilihan adakah santan kotak atau juga santa segar?.
Tapi sekarang ini tidak sukar lagi untuk dapatkan santan segar kerana ada satu produk santan yang diambil terus 101% premium daripada kelapa sebenar yang pastinya segar, asli dan berkrim. Produk santan yang Maha maksudkan adalah Santan Mawar. Sekarang ni dah boleh dapatkan dipasaran dengan pek dari 250ml, 500ml dan juga 1000ml. Santan Mawar ini adalah pati santan asli yang dipetik segar dari ladang tempatan.
Sebab itu santan ini kena terus digunakan bila sampai kerana ia adalah santan premium, segar dan tidak dicampur air. Santan ini juga bebas lemak trans, tiada bahan tambahan dan tiada pewarna. Ia juga bagus untuk diamalkan dalam diet yang sihat ini kerana doktor sendiri encourage kepada pesakit jantung, yang pernah kena stroke supaya minum terus sahaja Santan Mawar ni kerana lemak santan baik untuk jantung.
Kita tahu kalau dalam masakan tradisional Melayu memang banyak menggunakan santan jadi kalau gunakan Santan Mawar ini ia bagus dalam masakan dan juga minuman tak kira dalam masakan berlauk atau juga pencuci mulut semua boleh guna. Maha sendiri telah menggunakan produk santan ini dirumah untuk menghasilkan makanan seharian yang sihat dan baik.
Amalan minum santan segar dikatakan baik untuk kesihatan kerana kepelbagaian manfaatnya. Ini adalah kerana :
- Santan diperolehi dari kelapa yang dikenali sebagai superfood Santan segar tidak mempunyai kolesterol kerana ia adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan.
- Santan segar ini juga dapat meningkatkan sistem ketahanan badan kerana ia mengandungi asid laurik yang bersifat antiseptik. Ini akan membantu tubuh melawan bakteria, virus dan lain-lain.
- Santan segar dapat mencegah penyakit jantung kerana dipercayai dapat meningkatkan kandungan kolesterol HDL yang bersifat anti-radang dan melindungi saluran darah. Kajian juga menunjukkan bahawa santan berupaya untuk merendahkan kolesterol LDL, iaitu kolesterol jahat dalam tubuh. Santan juga mengandungi kalium yang diperlukan bagi mengekalkan degupan jantung di tahap normal. Ini dapat membantu dalam mengawal tahap tekanan darah.
- Santan segar kaya dengan magnesium yang bermanfaat untuk sistem saraf dan otot.
- Santan segar juga mengandungi zat besi yang tinggi, dipercayai dapat membantu mereka yang menghadapi masalah anemia.
Bukan sahaja sumber santan ini yang berkualiti tapi juga proses nak keluarkan dan pembungkusan santan ini juga dijaga rapi di mana ia diproses di kilang berlesen yang mematuhi tahap kebersihan dan standard piawaian keselamatan makanan. Ia juga menggunakan kualiti pembungkusan mesra pengguna bagi memasatikan santan ini sentiasa tahan lama. Maha yakin dan mengunakan untuk semua masakan lepas ini.
Harga Santan Mawar (segar) mengikut pek seperti di bawah:-
- RM16 untuk 1kg
- RM8 untuk 500gram
- RM4 untuk 250gram
Cara-cara membeli Santan Mawar adalah melalui Whatsapp sahaja sebab ia segar diambil setiap hari.
Whatsapp no : 017-209 7173
Nak tahu info lain boleh layari laman sosial mereka seperti di bawah:-
Instagram : https://instagram.com/npasiagroup
Tiktok : https://www.tiktok.com/@npasiagroup
0 Pandangan: