Bufet Buka Puasa,
Bufet Ramadan Yang Murah Dan Sedap 2023 Di Lugar De La Boda Puchong
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kurang dari dua bulan untuk kita sambut bulan penuh berkat iaitu bulan Ramadhan. Kali ini bufet dan tempat makan yang menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa? Tahun ni HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi.
Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam. Selalu memang ramai dan juga penuh kena booking awal. Diantara kemudahan yang disediakan di Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong. Jadi keselesaan itu menjadi pilihan orang ramai untuk berbuka di sini.
Selain dari itu mestilah menu buka puasa yang bakal dihidangkan diatas meja buffet yang begitu banyak dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Menu yang menjadi pilihan ramai seperti Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.
Seterusnya, tidak terlepas dengan konsep 12 buah gerai makanan dan 'Live Cooking' yang WAJIB dicuba bila berbuka di sini. Gerai menu istimewa dari Hanana Station seperti :
- LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'
- SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar
- Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung
Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di gerai-gerai lain yang ada pada masa berbuka itu nanti seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.
Korang mesti nak tahu harga yang murah dan berbaloi sangat tu. Bufet Ramadan di Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :
Early Bird boleh dibeli Sehingga 25 Mac 2023 (Hanya sah untuk pembelian dalam talian sahaja)
Satu orang dewasa RM79.00, Satu orang kanak-kanak (Bawah 12 Tahun) RM49.00 dan Satu orang warga emas (60 Tahun Ke Atas) RM49.00 sahaja ok.
Harga Super Duper Special untuk Early Bird pembelian sehingga 23 Mac 2023
Satu orang dewasa RM69.00 (Jika pembelian lebih 1 pax)
Harga biasa adalah masih kekal seperti berikut:-
Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)
1 Meja (10 Pax) - RM690
Juga ada peraduan dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, anda berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10 x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan.
Sebarang pertanyaan harga dan tempahan Buffet Ramadhan Di Lugar De La Boda, korang boleh ke link ini (https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022) atau sila hubungi:
Zuraini - 0163111074 | Liana - 016-4318434 | Shaidatul - 0166700473 | Kak Lin - 0166700752
Alamat :
Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.
Website: www.hananagroup.com
0 Pandangan: