Belayar Cruise,
Cara Nak Bercuti Menaiki Genting Dream Cruise Yang Mewah Dan Bergaya Dengan Mudah
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha dah kongsikan percutian dalam hutan melihat kehijauan alam semulajadi yang masih terpelihara. Mungkin ramai yang berminat bolehlah tekan artikel kat link Sekeping Serendah ini. Mana tahu dapat inspirasi lak nak pergi bercuti ke sana satu hari nanti. Kali ni Maha nak kongsikan pula percutian mewah dan juga level kayangan yang berlaku beberapa hari lepas.
Kalau siapa ada ikuti IG story Maha adalah nampak Percutian Mewah Atas Cruise. Sekali sekala dalam seumur hidup nak cuba rasa pelayaran mewah atas kapal yang 10kali ganda besar dari Titanic pada zaman dulu lah. Maha naik Resorts World Cruise iaitu nama kapal tu tak silap Genting Dream. Semua ni perancangan bukan sekejap tapi lama. Maha dah plan setahun lebih nak menaiki cruise ni dah telah mula menabung sikit demi sikit untuk cukup kewangan menaiki cruise ini. Akhirnya hajat tercapai juga walaupun tidak dapat berlayar dengan orang yang sepatutnya tapi tidak apa puas hati seronok dan gembira.
Kumpul Duit Sikit Demi Sedikit
Macam Maha bagi tahu sebelum ni yang duit untuk beli tiket naik cruise ini Maha simpan selama lebih setahun sikit demi sikit. Akhirnya cukup untuk beli tiket dengan dapat bilik yang selesa besar dan juga ada balkoni. Sebenarnya nak naik cruise ni ada banyak pilihan ikut kepada kemampuan dan bajet kita sebenarnya. Kalau ikutkan bilik dalam kapak tu ada beberapa jenis yang paling murang untuk bilik namanya Interior iaitu bilik yang tiada tingkap dan balkoni. Hanya ada katil dan juga bilik mandi yang lengkap lah untuk siapa yang nak naik kapal dan menikmati semua mainan yang ada di atasnya.
Juga ada bilik nama Oceanview iaitu bilik yang ada tingkap sahaja boleh tengok pemandangan luar dan juga pelayaran di laut luas Selat Melaka. Bilik yang Maha ambil hari tu adalah bilik Balcony Stateroom yang mana ada ruang branda yang terbuka dan juga boleh bersantai sambil nikmati udara laut dan juga melihat pemandangan indah tengah laut. Juga ada yang level lagi tinggi iaitu Balcony Deluxe ni lebih besar balkoni dan biliknya. Juga ada level kayangan lagi bilik Palace Deluxe Suite dan juga Palace Penthouse. Kalau ada duit lebih boleh ambil yang mewah ni.
Bilik yang Maha dapat tu pun luas sangat memang sesuai untuk 2pax dalam tu dan bagi pasangan yang bulan madu memang sangat-sangat best. Beli tiket semua melalui whatsapp dengan hubungi ejen tu terus and kita pilih lokasi mana nak belayar dan juga jenis bilik. Mereka juga akan sediakan katalog pada kita untuk mudah nak pilih siap tarikh pelayaran. Ada masa kapal tidak belayar. Bayaran booking tu buat melalui dalam talian dan guna Ringgit Malaysia. No ejen dan alamat nanti Maha share kat last posting ni ok.
Harga tiket yang Maha beli hari tu termasuk harga bilik, makan atas kapal untuk enam kali iaitu sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam. Juga harga termasuk sekali semua aktiviti mainan atas kapal serta juga termasuk port charges. Jadi sekali bayar semua dah lengkap tu. Sangat mudah dan senang urusan tak perlu nak fikir-fikir lagi. Ini kerana bayaran atas cruise tu nanti setiap charge yang dikenakan adalah dalam SGD tau bukan murah-murah.
Korang boleh buat tempahan awal sebulan takut tarikh yang korang nak tu dah penuh. Juga kena pastikan yang passport masih hidup enam bulan sebelum tarikh tamat. Juga kena ada vaksin dua dose dan juga bagi ibu mengandung tak lebih kandungan 24minggu boleh belayar. Lain tu untuk cancel atau tukar tarikh pelayaran ada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ejen kena baca betul-betul. Juga korang boleh tukar nama teman korang kalau seorang lagi tu tidak dapat pergi sekali. Setiap petukaran nama dikenakan bayaran RM105 tapi ada syarat yang dikenakan jadi baca terma dan syarat betul-betul ok.
Mudahnya Untuk Check In
Maha hari tu pilih pelayaran untuk 4hari 3malam iaitu perjalanan dari Port Klang - Penang - Singapore - Port Klang semula. Juga ada trip untuk 3hari 2malam iaitu Port Klang - Singapore - Port Klang ini murh sikit. Juga ada trip ke Phuket Thailand dan juga ada ke Hong Kong dan Vietnam. Tu harga lagi Mahal lah kerana jauh perjalanan lama korang atas kapal tu.
Naik dekat Port Klang Cruise Terminal (PKCT) perjalanan dari KL ambil masa 45 minit sahaja. Dekat situ ada parking disediakan kalau bawa kenderaan sendiri dan dikenakan bayaran RM20 per entry sahaja. Murah sangat bebaloi naik kereta tapi parking terbuka lah panas sikit. Sebelum naik cruise tu Maha kena daftar dalam talian 48 jam sebelum waktu pelayaran. Semua buat pendaftaran dalam talian sahaja senang buat kat rumah. Dah sampai kat pelabuhan tu Maha check in beg kat ruang yang disediakan meraka akan bawa beg kita naik terus atas kapal dengan menunjukkan tiket cruise pada mereka.
Cuma kat pelabuhan tu tidak ada signal telefon yang ada hanya Maxis sahaja. Kalau nak buat semakan pelepasan dari Imegresen Malaysia kena buat awal-awal dan print screen pelepasan keluar negara tu senang nanti kat pelabuhan tunjuk sahaja pada mereka. Kat situ pun tak tunggu lama untuk naik ke dalam kapal hari tu Maha sampai dalam pukul 11.00pagi terus check-in beg, lalu kat Imegresen Malaysia, kena tunggu turn dipanggil dan scan beg lepas tu terus boleh naik kapal. Kita kena serahkan pasport yang sah kepada mereka dan nanti mereka akan berikan kita kad pendaftaran diri kita yang mana kad ini untuk kegunaan semua akses atau pembelian di atas kapal.
Nak dijadikan cerita Maha tak perasan tidak dibenarkan bawa plug extension ke atas kapal. Jadi Maha bawalah yang panjang melebar lak tu. Terus kena tahan dan mereka ambil plug extension tu dah bungkus dalam beg plastik dan mereka bagi no untuk kita tuntut balik barang tu bila masa pulang nanti. Bagus mereka ni. Jadi peringatan barang elektrik seperti cerek elektrik, iron baju, hair dryer, plug extention tidak dibenarkan bawa naik atas kapal. Tak apa itu semua akan dibagitahu oleh ejen kepada kita baca segala maklumat yang diberikan secara detail untuk elak masalah.
Apa pun staf atas cruise ni sangat ramah membantu dan mesra sangat. Tidak lengkang dengan senyuman. Yang Maha perasan pekerja mereka banyak daripada Indonesia, Philippines, Malaysia adalah sikit dan ada sikit warga Singapura kot. Kalau tak tahu boleh bertanya pada mereka dan kalau nak perlukan bantuan angkat beg atau nak bantu yang naik wheelchair mereka akan tolong tolak dan angkatkan lagi bagus staff mereka.
Cruise 10kali Ganda Saiz Kapal Titanic
Bila dah jejak kaki kat atas cruise tu memang satu pengalaman yang mengujakan dan lain daripada lain. Tak sangka yang ada kapal sebenar ini dan juga seluas ini. Genting Dream ni ada 19 tingkat semuanya dan juga ada 16 buah lif yang boleh akses keberapa tingkat. Bilik Maha hari tu berada di tingkat 9 dan juga paling belakang kalau duduk kat balkoni tu boleh nampak air yang bergelombang dipukul oleh enjin. Tapi tiada langsung gegaran yang kuat dan tidak bunyi yang tidak menyenyangkan langsung selesa sangat. Kalau yang mabuk laut tu naik pun rasa macam duduk dalam hotel.
Tingkat 5 hingga 8 adalah tingkat untuk mall, restoran dan juga bahagian kedai serta yang lain-lain lah. Korang boleh jalan dalam tu tiada halangan masuk keluar nak tengok tepi cruise pun boleh. Memang selesa dan juga sangat bersih dalam kapal tu. Kemudian tingkat 9 hingga 14 tak silap adalah tingkat untuk bilik yang ada balkoni juga aras bilik mewah VVIP tu lah kot. Manakala tingkat 15 sampai 16 adalah tingkat hiburan. Kat situlah adanya pawagam, ada bowling, ada indoor game, ada spa dan macam-macam lagi.
Tingkat 17 hingga 19 adalah outdoor game kat situlah ada kolam renang, ada jakuzi, ada mainan gelongsor, mainan bola keranjang, wall climbing, dan macam-macam lagi lah. Tingkat 16 adalah tempat dimana letaknya satu-satu restoran yang mendapat pengiktirafan Halal sepenuhnya. Kat sini tempat kami makan enam kali satu hari tu. Namanya Lido Restaurant. Tak perlu risau nak makan memang dijamin Halal dan bersih.
Makan pula ada waktu-waktu yang ditetapkan dan kena datang awal kerana mereka memang cukup punctual dalam penyediaan waktu makanan ni. Kalau lambat semua makanan yang ada akan dikemas untuk penyediaan makanan waktu seterusnya. Makanan semua ala bufet dan banyak pilihan. Masa Maha datang ada pelancong dari India dan China jadi ada ruang bufet untuk vegetarian khas. Makan puas hati Maha boleh bagi dalam 9/10 kerana banyak pilihan dan juga ada rasa sedap. Nak makan kena tunjuk kad yang diberikan pada kaunter dan mereka akan bagi no meja dan duduk makan kat meja yang ditetapkan.
Masuk Penang Dan Singapore Melalui Laut
Oleh kerana trip Maha kali ini adalah 4hari 3malam akan pergi dua destinasi yang disinggah iaitu pertama cruise akan berhenti di Penang. Kat situ diberi masa dari pukul 9pagi hingga 3petang untuk berjalan sekitar Penang bahagian pulau tu. Ikut kita nak pergi mana dan nak beli apa sahaja boleh beli bawa naik kapal. Janji pukul 3petang tu dah ada dalam kapal untuk mereka berlepas. Masa tu Maha turun Penang kejap sahaja pergi kat Padang Kota beli Starbuck dan juga Jeruk Pak Ali. Ia akan berhenti betul-betul dekat Cruise Pear Penang area bandar Georgetown jadi nak jalan dekat sangat.
Ada juga beberapa orang yang akan naik daripada Penang untuk trip seterusnya jadi memang kena naik awal supaya tak bertembung dengan orang ramai. Lepas tu cruise akan terus pula perjalanan ke Singapore ini yang sangat dinantikan. Mereka akan berikan risalah setiap hari perjalanan berhenti kat mana dan berapa lama masa diberikan. Masa nak turun Singapore ni kena siap sedia awal-awal kerana ramai orang akan turun. Kalau macam Maha pelancong dari Malaysia kena ambil siap-siap passport dekat kakitangan yang disediakan kat mana perlu ambil. Itu semua mereka ada maklumkan dalam risalah tersebut.
Masa diberikan untuk jalan-jalan kat Singapore dari jam 11.00pagi hingga 7.00malam memang agak lama juga. Jadi kita kena rancang perjalanan agar dapat pergi tempat yang menarik kat Singapore. Hari tu Maha naik MRT mereka dari Marina Bay Sands tu dan pergi kat tugu air pancut Merlion serta juga pergi dekat Little India. Naik MRT senang pakai sahaja kad Visa atau Mastercard untuk naik MRT tu touch sahaja. Memang Maha tak tukar duit langsung semua pakai kad sahaja senang.
Habis perjalanan naik cruise semula and kapal akan berlepas malam tu untuk pergi ke destinasi akhir iaitu Port Klang semula untuk pulang. Bestlah satu pengalaman yang sangat lain daripada lain dan juga merasai bagaimana berada atas cruise besar itu. Korang kena cuba dan main semua permainan yang ada disediakan atas cruise tu sebab ia dah masuk dalam harga. Makan pun kena makan setiap masa kerana dah dikira dalam harga baru puas hati.
Petang dan pagi duduk kat tepi deck kapal sebab nak tengok matahari terbit dan juga matahari terbenam waktu senja. Sekali sekala tengok air laut dan layan lagu healing best juga hehehe. Kat aras atas sekali tu banyak tempat duduk yang disediakan memang boleh bergambar kat semua sudut menarik belaka. Nak buat video pun boleh tiada masalah. Maha tak tahu nak cerita macam mana lagi pengalaman sangat berharga ini pertama kali naik cruise. Biasalah rakyat marhain B40 sekali dapat naik memang terujalah.
Malam-malam ada masa boleh pergi kat bahagian panggung terbuka mereka akan sediakan movie terkini dan tonton cecara percuma sambil baring kat kerusi disediakan. Minuman kalau nak kena order bayarlah. Macam Maha cerita tadi semua bayaran tambahan lain dikena charge dalam SGD. Tapi tak perlu bayar terus. Semua duit tu akan dikumpul dalam kad merah yang diberikan pada setiap penumpang. Bila masa nak turun balik nanti korang kena pergi kat kaunter pembayaran untuk langsaikan semua bayaran yang dikena melalui card tersebut. Cuma nak turun kat Malaysia tu kena tunggu sikit kerana ada procedure daripada Imegresen Malaysia yang ketat dan ia dilakukan sangat teratur.
Kalau siapa ada pengalaman naik cruise ini boleh kongsi kat ruang komen sini pengalaman menarik atau yang kurang menarik boleh tambah pengetahuan sikit-sikit pada yang nak mencubanya. Maha kongsi apa pengalaman Maha sendiri dengan duit sendiri merasai menaiki cruise. Kalau nak tahu info lanjut boleh ke laman sesawang mereka kat bawah ni ok. Juga boleh hubungi ejen yang Maha tempah untuk tiket naik cruise ni. Kalau nasib ada promosi boleh dapat harga lebih murah.
Info dan juga pembelian tiket hubungi :
Tel/Whatsapp : 018-237 4553 (Liza) / 016-733 1816 (Lee)
Alamat :
Vacation Hub Travel & Tours Sdn Bhd
No 6, Jalan Enau 15, Taman Teratai,
81300 Kangkar Pulai, Johor Baharu
Laman Sesawang : https://rwcruises.com/
hi..nak tanya ..transport masa di singapore tu nanti macam mn.masa turun kapal kita cari transport sendiri ke
BalasPadamWah menarik..teringin juga nak rasa pengalaman mcm ni :)
BalasPadamTake Part in Exclusive Activities:
BalasPadamParticipate in exclusive activities provided by the ship. This might include a cooking class with a famous chef, an exclusive spa session, or the chance to meet an invited celebrity.es un dui un delito grave en virginia
Genting Dream is a cruise ship experience that includes various aspects such as departure planning, port arrangements, port transfers, port fees, port charges, port opening, port opening, port insurance, port departure, port check-in, port navigation, port meals, port excursions, port excursions, port excursions, port excursions, port activities, port activities, port departure, port departure, port departure, port departure, port departure, and port departure fairfax gun lawyer.
BalasPadamYour blog is very interesting! I have a recommendation for you, Just click the link below: Abogado de Divorcio Alexandria VA | Alexandria VA Abogado de Divorcio
BalasPadam