AirBnB,
Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Harit u Maha dah kongsi percutian mewah di atas Resorts World Cruise untuk 4hari 3malam. Kalau nak dapat harga yang berpatutan dan bebaloi boleh rujuk balik artikel tu mungkin boleh membantu siapa yang nak plan percutian atas cruise lepas ni. Kali ni bukan lagi atas laut tapi atas awan bermalam di ketinggian 45 tingkat di residence mewah menghadap dengan KLCC, Menara KL dan juga Menara Merdeka 188. Kat mana tu?
Hari tu Maha sebenarnya rancang untuk menginap kat sini pada hujung tahun lepas untuk menyambut tahun baru sambil melihat bunga api dari atas tu. Tapi sayang bukan rezeki kerana perancangan Allah lebih baik. Tak apa sebab dah booking jadi Maha plan untuk tukar tarikh bermalam satu malam sahaja di atas Lalaport Infinity Pool tu. Nama di rahsiakann kerana atas faktor keselematan tapi kalau nak korang boleh cari sahaja di laman web AirBnB tu ada.
Konsep Studio rumah kat situ disewakan ada satu bilik tidur dan juga ada ruang tamu dan juga satu bilik air memang cukuplah kalau nak berehat ala orang kaya kat situ. Harga pun berpatutan untuk satu malam tapi kalau malam tertentu di dah penuh kena booking awal-awal. Cara booking semua buat kat dalam talian website AirBnB jer mudah. Nanti bila dah dekat dengan tarikh owner akan terus berhubung dengan kita bagaimana nak masuk dan juga peraturan yang dikenakan untuk bermalam kat situ.
Maha nak kongsikan kemudahan yang ada kat situ studio memang luas dan cantik kemas perabot semua dah ada lengkap dengan fully aircond dan juga ada wifi yang laju yer. Cuma boleh duduk untuk 2 orang sahaja kalau nak ramai kena ambil yang besar kot. Studio yang Maha ambil ni memang siap dapur untuk masak serta peti sejuk dan mesinn basuh jadi komplete. Kat tingkap ada balkoni yang boleh lihat pemandangan luar waktu siang dan malam memang cantik giler. Pemilik studio pun sangat baik dan membantu kita kalau ada apa-apa pertanyaan memang bagus. Sebab mereka ni jaga ranking dalam AirBnB yang bagus baru ramai orang lagi sewa.
Itu kemudahan dalam rumah memang Maha bagi 10/10 lah lengkap dan bersih tersusun siap ada tuala lagi. Cuma cadar katil tu jer kurang menarik mungkin boleh ubah pakai yang lebih selesa kot. Kemudian part kemudahan lain yang ada kat sini. Kalau nak bermalam sahaja boleh tapi rugi tak pergi bermandi-mandi atau bergambar di Infinity Pool mereka. Kolam renang yang sanga luas dan juga ada lubang yang boleh lihat ke bawah mall tu Ya Allah takutnya.
Tapi sangat cantik view kat sini waktu malam dan siang kalau nak bergambar memang best. Kolam renang ini mengadap Menara Merdeka 188, Menara KL dan KLCC. Boleh lihat dan bergambar 3 sekali menara ikonik yang menjadi kebangaan kita semua. Buat video TikTok kat sini pun layan sangat memang best. Buat video healing pun menarik hehehe puas hati mandi kat kolam renang ni. Boleh pergi bila-bila masa sahaja tapi kena perkenakan pakaian yang sesuai dan dibenarkan sahaja.
Kolam renang ni berada di tingkat 35 tau dan juga kat siru ada kemudahan lain seperti bilik wap panas, kolam air panas, bilik mandi, bilik persalinan dan semua ada. Juga yang nak main gym menghadap Kuala Lumpu pun ada Bilik Gym dan Bilik Yoga yang besar dan kemudah lengkap semua boleh akses.
Ini adalah satu pengalaman yang sangat menarik dan best gilerrr dapat bermalam walaupun satu malam sahaja kat situ. Bawah tu turun dah boleh terus akses untuk masuk Lalaport Bukit Bintang City Centre. Lain kemudahan nak pergi kat Monoril Hang Tuah dekat. Nak pergi Bukit Bintang dekat. Sebelah tu pula adalah Berjaya Time Square Mall. Best semua boleh akses jalan kaki sahaja.
Korang nak rasai macam mana Maha rasa ni boleh booking kat laman web AirBnB cari Lalaport Infinity Pool adalah. Parking pun ada banyak sangat mudah disediakan kepada korang oleh pemilik-pemilik rumah ni. Sekali sekala nak jadi warga T20 boleh lah wakakakaka... Pengalaman menarik dan best walaupun kat tengah Kuala Lumpur ia satu yang lain daripada lain. Maha boleh bagi markah penuh lah 10/10 untuk AirBnB ni. Selamat bercuti dan selamat beristerehat.
0 Pandangan: