Buffet Ramadhan,
Nasi Briyani Dan Daging Masak Hitam Menu Pilihan Buka Puasa Di Hotel Royal Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih lagi mood mencari tempat untuk berbuka puasa. Almaklumlah rakyat Malaysia ni kaya dengan pelbagai jenis makanan terutama bila tiba musim perayaan memang meriah. Juga seperti bulan Ramadan. Semua berebut-rebut nak buat Bufet Ramadan lah, menu buka puasa lah. Tidak salah pun yang penting niat kita untuk ibadah dalam bulan mulia itu masih tidak tersasar betul tak.
Bebel jer Maha ni jom kali ni kita pergi satu lagi lokasi disebuah hotel yang berada betul-betul di tiga segi Bukit Bintang yang mana dah biasa akan tahu yang belum tahu jom kita ambil tahu. Hotel yang Maha maksudkan kali ini adalah Hotel Royal Kuala Lumpur. Hotel ni betul-betul berada di belakang Lot10 Bukit Bintang dekat Jalan Walter Grenier. Korang cari kat Waze dan Google Maps akan jumpa dan dibawa terus kat pintu depan hotel ini.
Janga tidak percaya yang Hotel Royal Kuala Lumpur ini menyajikan lebih daripada 150 jenis menu makanan untuk berbuka puasa. Paling menarik perhatian dan menjadi pilihan orang ramai yang tiada kat bufet buka puasa tempat lain adalah Nasi Briyani dan Daging Masak Hitam Nasi Kandar. Ia dihidangkan bersama Papadom, Acar Jelatah dan Air Asam Tomato. Ini paling istimewa kat sini yang menjadi signature chef setiap tahun untuk menu buka puasa. Orang yang makan menu ni akan nak lagi dan menjilat jari kerana kesedapannyalah.
Menurut kata Chef Hafif iaitu Executive Chef kat sini beliau menggabungkan kesemua hidangan makanan dengan berdasarkan masakan – masakan ibunda dari semua rantau kampung. Sebab itu tema buka puasa di sini adalah 'Citarasa Desa' yang dekat dengan jiwa orang kampung seperti kita. Kalau tidak boleh balik kampung untuk buka puasa bersama keluar datang makan di sini sudah memadai untuk menghilangkan rasa rindu dengan makanan ibu di kampung. Sampai begitu sekali kesedapan makanan yang disajikan di sini.
Selain itu juga menu yang menarik Bufet Ramadan pada kali ini adalah Pembuka Selera yang terdiri daripada aneka Ikan Masin Ikan Sepat, Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama, telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong, Ketupat Palas, Serunding Daging dan Serunding Ayam.
Juga ada beraneka Kerabu seperti Kerabu Ikan Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda Kerabu Tomato dan Kerabu Ayam. Di sedapkan lagi dengan aneka Sambal seperti Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu dan Sambal Kicap. Dah meleleh air liur baru sikit tu ada lagi.
Pilihan aneka SUP seperti Sup Ekor Sapi, Sup Tulang Rawan & Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan Beraneka Roti. Juga ada bahagian Gerai Goreng-Gorengan iaitu Cucur ikan bilis. Pisang goreng, Keladi, Keledek, jemput pisang. Aneka pilihan Gerai Ikan Bakar seperti Ikan Bakar – Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal dan dicicah bersama Air Asam, Chilli Kicap.
Menu yang lazim ada didalam list buka puasa seperti Gerai Roti seperti Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Kari, Sambal Sardin. Juga tidak ketinggalan Gerai Pilihan Mee seperti Asam Laksa, Mee Curry, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan Mee with Condiment. Gerai untuk Roasted Whole Lamb, Black Pepper Corn Mint Sauce, Mushroom Sauce. Akhirnya pilihan pencuci mulut seperti Agar-agar buah & Agar-agar Cendol, Sago Gula Melaka, Cream Caramel Bread Butter Pudding, sepuluh jenis kuih-muih tradisional Melayu dan Nyonya seperti Kuih Bahulu, Tapai Pulut, Tapai Ubi, Kurma, Ice Kacang Stall dan banyak lagi.
Tak tertulis kat sini walaupun tengok kecil jer tapi kat dewan sini boleh muatkan sehingga 150 orang tetamu yang datang. Tapi mereka galakkan kepada tetamu untuk buka puasa kat sini buat tempahan dahulu untuk elak meja yang penuh dan terpaksa menuggu lama. Sebab sini bukan setakat pilihan makanan banyak dan lazat semuanya tapi juga harga yang sangat berbaloi ditengah-tengah Bukit Bintang.
Harga berbuka puasa 2023 di Hotel Royal Kuala Lumpur:-
- Satu orang dewasa RM88.00nett
- Satu orang kanak-kanak usia 5-12 tahun RM58.00nett
- Satu orang warga emas 60 tahun ke atas RM58.00nett
Harga pembeluan Early Bird
- RM75.00nett
*Selling from 15 Feb – 15 March 2023
*Group: Every 10 paying guest FREE 1
Selain daripada makanan Hotel Royal Kuala Lumpur juga memberikan hiburan halwa telinga dengan menampilkan dua artis tanah air iaitu Kelly Azman dan Ani Maiyuni. Mereka bukan sahaja akan menyanyi malah menghiburkan para tetamu sepanjang Ramadan nanti. Berbagai hadiah cabutan bertuah akan di berikan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur. Menarik giler best tu. Kemudahan untuk ruangan solat dan juga tarawih dibimbing oleh ustaz jemputan juga di adakan di hotel ini.
Jadi jika nak tahu lanjut padal Bufet Ramadan dan buat tempahan boleh hubungi :-
Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier
55100 Kuala Lumpur
Tel : (603) 2148 6888 /2855/2813
Fax : (603) 2142 5359
Emel : info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com
0 Pandangan: