Brickfields,

Restoran MTR 1924 Original Makanan Vegetarian Daripada Selatan India Kini Di Malaysia

Selasa, Februari 28, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Jarang sebenarnya untuk Maha mencuba makanan daripada negara India yang original. Tapi semua orang tahu bahawa makanan India banyak yang vege atau berasaskan sayur dan tumbuhan tanpa ada bahan protien. Itu Maha sendiri baru tahu bila dapat menikmati hidangan hebat di sebuah restoran makanan vagetarian Selatan India  yang telah lebih dari 100 tahun. Kini ada cawangan di Malaysia tak jauh pun terletak di Jalan Thambipillay Brickfields Kuala Lumpur.



Inilah dia restoran yang Maha maksudkan itu iaitu Restoran MTR 1924. Kalau tengok dari luar ia macam restoran India biasa tidak banyak dekorasi tapi ia sangat bersih. Sedikit sejarah bagaimana perusahaan perniagaan ini bermula ia diasakan oleh tiga orang adik-beradik iaitu Parameshwara Maiya, Ganappayya Maiya dan Yagnanarayana. Mula berniaga secara kecilan di sebuah restoran kecil di Lalbagh Fort Road Bangalore. Kini setelah lebih bertahun-tahun mereka mengembara dan belajar pelbagai perkara maka ia sampai ke Malaysia pada tahun 2004.




Pada hari ini mereka telah mempunyai rangkaian lebih 10 restoran di India dan juga telah berkembang ke Singapura, Dubai dan London juga. Kini ia adalah generasi yang ketiga menguruskan perniagaan ini yang mengutamakan produk berkualiti. Restoran ini cukup popular dengan minuman kopi yang teliti dari memilih biji kopi, memanggang dan mengisarnya setiap hari, supaya tidak hilang rasa. Susu kerbau digunakan untuk meningkatkan rasa rebusan apabila dicampur. Bagi mengekalkan keasliannya, cawan perak digunakan untuk dihidangkan kopi di atasnya dengan tepat 1/4 inci buih.




Itu sikit tentang sejarah bagaimana perniagaan Restoran MTR 1924 ini bermula dan kini menjadi pilihan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Kalau korang nak baca sejarah lebih detail dalam restoran tu mereka ada letakkan pada dinding bagaimana peniagaan ini dimulakan juga mana asal nama MTR. Hari tu juga Maha telah mencuba beberapa masakan yang popular dikalangan rakyat Malaysia seperti Rava Idly (1pcs), Neer Dosa (2pcs) dan Uddin Vada (2pcs).

Rava Idly (1pcs)


Rava Idly adalah salah satu yang signature di sini di mana kek semolina kukus yang dibuat dengan campuran yogurt, ketumbar, kacang gajus, daun kari dan biji sawi. Dihidangkan bersama minyak sapi, chutney & sagu kentang. Pertama kali Maha makan ni sangat sedap rasa nasi kukus yang boleh mengenyangkan menarik gabungan ini.

Neer Dosa (2pcs)


Neer Dosa adalah makanan istimewa krep diperbuat daripada tepung beras. Ia sangat ringan dan juga kurang kalori sesuai untuk orang yang berdiet ni. Ia dihidangkan bersama jaggery, kelapa parut segar dan santan kelapa. Satu padanan yang kenalah.

Uddin Vada (2pcs)


Uddin Vada pula adalah lebih kurang donut lentil goreng dihidangkan bersama sambar & chutney. Kalau makan ia sahaja tiada rasa hanya kosong seperti makan tepung goreng kena makan dengan padanan yang disediakan baru ada urhmmmnya kat situ.

Masala Dosa


Lepas tu mereka juga ada kat sini seperti Masala Dosa, Rava Masala Dosa dan Podi Dosa. Korang tanya apa itu Dosa sebenarnya orang kita panggil Tosei iaitu sejenis makanan lempeng. Kalau Masalah Dosa dibuat dari nasi & krep gram hitam disumbat dengan kentang berempah, renda dengan minyak sapi dan dihidangkan dengan chutney hijau & sambar lentil. 

Rava Masala Dosa


Manakala Rava Masala Dosa dibuat dari semolina crepe disumbat dengan kentang berempah, berperisa dengan cili hijau, ketumbar, biji jintan manis, kelapa parut & minyak sapi (mentega jernih). 

Podi Dosa


Podi Dosa pula dihasilkan dari nasi tebal & krep gram hitam di atasnya dengan serbuk chutney dan kentang berempah, dihidangkan bersama chutney dan sambar lentil.

Mangalore Buns (2pcs)


Akhir Maha cuba hari tu adalah Mangalore Buns (2pcs) dan Bisi Bele Bhath. Mangalore Buns adalah adalah roti goreng manis yang dibuat dengan pisang lecek, tepung, gula dan dibumbui dengan sentuhan jintan kisar. Ia ada beberapa cara untuk membuatnya dan ia dibuat secara tradisional dengan tepung serba guna. 

Bisi Bele Bhath


Kemudian Bisi Bele Bhath pula adalah hidangan nasi yang dibuat dengan lentil, pelbagai jenis sayuran, rempah ratus, daun kari dan pulpa asam jawa. Dihidangkan bersama raitha. 

Vadai 


Satu lagi yang popular dikalangan orang Malaysia juga orang Melayu suka makan adalah Vadai atau, disebut 'Wah-dei'. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Masala Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Ini memang Maha suka sangat kalau  nak resipi cara orang Melayu buat boleh tengok kat Resipi Vadai yang Maha pernah cuba ni ok.



Kalau minuman sini memang banyak terutama minuman susu. hari tu Maha cuba adalah Susu Kacang Badam yang dibuat sendiri memang sangat sedap. Minum susu panas atau sejuk best gilerrr kerana makanan India penuh dengan rempah buat rasa perut lega. Kalau kopi atau teh memang terbaik kat sini kena cuba juga beberapa jenis minuman mereka.



Restoran MTR 1924 dibuka setiap hari kalau hari biasa dari 8.00pagi hingga 3.30petang dan 5.00petang hingga 10.30malam. Manakala kalau hujung minggu Sabtu atau Ahad pula dari jam 8:00pagi hingga 10:30malam. Siapa mencari makanan vegetarian yang sebenar restoran ni boleh cuba memang betul tiada satu pun masakan dari daging. Juga sesuai untuk yang nak diet memang sihat juga makanan mereka ni. Kalau dah cuba nanti korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Info lanjut boleh layari:









0 Pandangan: