Armada Hotel,
Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat korang yang mencari penginapan hotel yang mewah tapi harga murah sekitar Selangor untuk stay atas tujuan berkerja atau saja-saja nak beristirahat, ada satu hotel yang Maha boleh rekemen pada korang. Mana lagi kalau bukan kat Hotel Armada Petaling Jaya Selangor.
Lokasi hotel ini sangat strategik kerana berhampiran dengan penganjutan awam seperti stesen LRT Asia Jaya dan juga bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur ke Shah Alam. Kalau korang nak menginap di hotel ini ia menawarkan akses mudah ke destinasi popular seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral Shopping Mall juga yang terbaharu iaitu KL ECO City dan KL Gateway. Ia menjadikannya pilihan yang strategik untuk kedua-dua aktiviti iaitu pelancongan perniagaan dan percutian.
Maha cerita ini sebab baru-baru ni sahaja nak healing-healing kat hotel jadi menginap untuk 2 hari 1 malam di Hotel Armada ini. Sebab harga yang berpatutan dan juga pilihan bilik hotel yang banyak. Sini ada sebanyak 257 bilik pelbagai jenis mengikut keperluan dan bajet kita. Jenis bilik daripada Bilik Deluxe, Bilik Grand Deluxe, Family Deluxe, Premier Deluxe dan Admiral Suite. Sangat selesa dan ada pilihan katil untuk yang King Size atau Twins Bed.
DELUXE ROOM (TWINS BED) |
FAMILY DELUXE ROOM |
GRAND DELUXE ROOM |
ADMIRAL SUITE ROOM |
PREMIER DELUXE ROOM |
Kalau korang yang nak bermalam untuk urusan kerja sini sesuai sebab dalam bilik ada internet akses yang sangat laju. Kemudahan lain seperti kotak simpanan barang berkunci, wardrobe untuk menyangkut pakaian, kelengkapan untuk membancuh kopi dan teh, juga ruang kerja yang sesuai untuk duduk mengadap pemandangan indah.
Ruang bilik air pun selesa ada ruang shower untuk mandi dan cermin yang besar sebab Maha suka dalam bilik air mengadap cermin besar nampak semua sudut muka hehehehe. Kelengkapan peralatan mandian pun ada jadi tak perlu nak bawa atau kalut nak beli guna yang hotel sediakan sahaja. Ye lah kadang-kala travel untuk kerja ni tak nak bawa banyak barang.
Selepas seharian bekerja, hotel ini juga menawarkan tempat yang sesuai untuk berehat di The Merchant Bar. Ia terkenal kerana mempunyai kaunter bar terbesar di Petaling Jaya. Bar memenuhi keperluan peminum malam dan meningkatkan pengalaman dengan muzik yang merehatkan. Merchant Bar juga menyediakan bilik karaoke dan meja pool, mewujudkan tempat yang ideal untuk perhimpunan kecil dan hiburan bersama kawan. Ia mampu untuk menampung sehingga 20 orang dalam satu-satu masa.
THE MERCHANT BAR |
KARAOKE ROOM |
GYMNASIUM |
Bagi yang suka untuk merehatkan minda dengan cara bersenam di hotel ini juga ada bilik gynasium yang besar dan pelatan yang lengkap. Beristerehat ikut cara anda kerana segala disediakan. Kalau yang suka untuk beli belah peralatan untuk sukan atau perkhemahan kat sebelah sahaja hotel ini ada cawangan Decathlon Petaling Jaya. Ruang membeli barang yang sangat besar dua tinggkat semua barang ada.
Hotel ini ada sediakan juga ruang bilik untuk mensyuarat atau seminar yang banyak. Ada enam bilik mesyuarat, di Aras Tiga dan tempat berbilang acara premium serba baharu dengan tiga suite baharu di Aras Satu. Hotel ini juga merupakan tempat yang ideal untuk majlis perkahwinan, persidangan, makan malam tahunan, pembentangan, mesyuarat lembaga pengarah, seminar dan majlis koktel kerana mereka ada dewan yang besar mampu untuk memuatkan seramai 350 orang dalam satu-satu masa.
Kalau bab makan jangan bimbang kerana Utara Kafe di aras G hotel ni menyediakan makan untuk sarapan pagi, Buffet Seafood makan malam untuk hari Sabtu sahaja, dan juga Buffet High-tea untuk hari minggu Ahad sahaja pun ada. Sekarang ni mereka tengah adakan promo untuk set Hot-Pot. Itu nanti Maha akan kongsikan dalam posting seterusnya boleh klik kat situ. Makan tak perlu risau memang sentiasa ada sahaja di sini.
Sekarang ini Hotel Armada sedang menjalankan promosi bilik yang menarik untuk bulan Ogos & September:-
1) Tawaran Merdeka : Raikan semangat kemerdekaan dengan kadar eksklusif kami RM166+ untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe! Tingkatkan pengalaman anda dengan sarapan pagi untuk dua orang di RM66+! Tempoh penginapan yang sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 - Hanya 10 bilik setiap hari.
2) Istimewa Jom Undi - Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang dari 11hb hingga 13 Ogos 2023. Tunjukkan jari berdakwat anda selepas mengundi dan terima 30% eksklusif diskaun di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau bufet makan malam yang mewah.
3) Bersantai & Recharge - Penggunaan Harian - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 hingga 2:00 PTG. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).
Wow ada promo hebat sangat bertuah orang KL dan Selangor yang nak menginap hotel macam ni. Maha pulak yang rasa nak datang lagi menginap sini tak puas lak hari tu untuk satu malam hehehe. Kalau korang travel dengan kenderaan sendiri sini tak perlu bimbang kawasan parking banyak luas dalam dan luar ada. Amacam hotel yang Maha rekemenkan kali ini ok tak. Kalau korang ada pengalaman bermalam di sini boleh tinggalkan pendapat di ruang komen ok. Selamat beristirahat dan selamat bercuti.
Waktu check-in hotel adalah pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari
(untuk tambahan daftar keluar lewat dikenakan bayaran RM20+ sejam)
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi :-
Telefon : (03) 7954 6888
E-mel : armada@armada.com.my
0 Pandangan: