Boat Noodle,

Thong Bowl Modern Thai Cuisine Sri Petaling Bawakan Mee Mangkuk Gergasi

Isnin, Julai 24, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama tak update review tempat makan yang best-best. Koranglah tak rekemen pada Maha mana tempat best di sekitar tempat korang. Kalau ada tinggalkan komen mana tahu kalau diizinkan Maha boleh sampai sana. 



Tapi kali ni Maha nak bawa korang makan kat satu tempat makan baharu di kawasan Sri Petaling. Rupanya kat sini ada Thong Bowl yang menyediakan Modern Thai Cuisine. Ye lah sebelum ni Maha ada update posting percutian kat Hatyai yang korang boleh baca kat posting sebelum ini. Kat situ sahaja ada lebih dari tujuh tempat makan sedap-sedap Maha ceritakan dalam tu. 



Cuma kali ni korang tak perlu nak pergi jauh-jauh rupanya kat Sri Petaling Kuala Lumpur ni dah ada yang konsep makanan Boat Noodle juga. Tapi kat sini bukan dalam saiz yang kecil-kecil malah saiz gorgon. Kalau tak caya korang baca sampai habis memang besar gilerr saiz mangkuk yang disediakan.



Kat restoran ni mereka sediakan makanan berasaskan mee yang popular di Thailand dengan menggunakan rempah ratus daripada sana. Cuma daging tu mereka gunakan daging Wagyu diimport dari Australia. Korang tahulah kalau daging wagyu tu macam mana rasanya memang lembut dan sedap gilerrrr.

Super Australian Beed Bowl (Soup)


Hari tu Maha datang bertiga jadi Maha orderlah Super Australian Beed Bowl (Soup) yang boleh makan untuk 3 ke 4 orang. Korang tengok sendiri saiz gorgon yang Maha maksudkan tu tadi memang besar. Kalau orang saiz kecil-kecil memang tak boleh habis banyak sangat dalam mangkuk tu. Ada daging wagyu ada sayur dan juga sup yang special. Sup tu korang boleh pilih tahap kepedasan daripada 1 hingga ke 3. Hari tu Maha ambil tyang kedua punya tahap kepedasan pun dah menganga nak habiskan mee ni memang pedas terangkat tapi nak makan juga sebab sedap.



Pulak tu daging di dalam mee tu ada yang dipotong nipis, ada yang dipotong bentuk kiub dan juga ada yang dijadikan bebola daging memang penuh. Daging wagyu yang lebih dan berjus dalamnya. Makan pulak dengan mee yang korang boleh pilih daripada pilihan iaitu Thai Fleet Noodle, Glass Noodle dan Vermicelli (Bihun). Hari tu Maha pilih Glass Noodle dan ia tak boleh campur setiap mee kerana tahap kematangan masakan berbeza.

Kangkung Fritters

Fried Wonton Skin


Memang sangat puas hati makan memang banyak sedap hirup sup sambil suap mee dan juga ada daging perhhh puas hati. Disamping tu juga ada sediakan side dish seperti Taugeh dan juga daun Thai Basil. Campur tu pun lagi tambah tahap kesedapan memang tak berhenti menghirup walaupun perluh sama meleleh wakakaka.

 Butterfly Pea Coconut Water, Lychee Pandan Cooler dan Signature Three Layer Thai Tea


Menu pembuka selera Maha order hari tu iaitu Kangkung Fritters dan juga Fried Wonton Skin. Rangup dan cicah dengan sos Thai best layan kunyah-kunyah bila pedah kunyah tu baru rasa lega sikit. Tapi tak habis lagi order minuman pula. Hari tu order tiga minuman popular yang hanya ada jual kat sini iaitu Signature Three Layer Thai Tea, Butterfly Pea Coconut Water dan Lychee Pandan Cooler. Ini lah jadi penyegar tekat dan penghilang kepedasan makan mee tadi.



Tempat ni sangat sesuai untuk datang bawa keluarga makan beramai-ramai atau juga datang dengan kawan-kawan baru meriah. Suasana dalam restoran pun selesa dan bersih jadi menyelerakan untuk makan. Cuma kat sini tempat parking agak susah sikit kawasan Sri Petalingkan. Kalau nak datang naik grab atau public transport ok jer.



So korang rasa macam mana dengan tempat Thong Bowl ni nak datang makan tak. Ada juga menu yang set untuk satu orang makan jangan risau. Cuma Maha rekemen yang besar senang untuk datang beramai. Nak datang walkin sahaja tak perlu nak booking tapi kalau waktu makan tengah hari boleh tahan ramai juga. Maha datang hari minggu pun hampir penuh juga. Jadi selamat mencuba menu yang Maha dah cuba ni nanti kalau korang dah pergi makan tinggal komen kat sini ok. Selamat menjamu selera.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 11.30pagi hingga 9.45malam (break time 3pm-5.30pm)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum (open all day 11.30am-9.45pm)

Lokasi
Thong Bowl 
No 9-G, Jalan Radin Bagus, 
Bandar Baru Sri Petaling, 
57000 Kuala Lumpur






0 Pandangan: