Agro Pelancongan,

Dari Pertanian Tradisional Kepada Agro Pelancongan Berkonsep Ladang Buah Naga Di Sepang

Selasa, Ogos 08, 2023 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang sikasihi sekalian. Dalam negara kita banyak lagi yang boleh ditambah nilai menjadi sesuatu yang lebih memberi pulangan daripada yang tradisional kepada argo pelancongan. Sepeti sebuah ladang Buah Naga yang Maha pergi baru-baru ini.



Semuanya secara kebetulan sahaja tak dirancangkan pun. Ia berlaku hari tu waktu keluarga Maha ada kat Putrajaya. Niat hanya nak menyambut kepulangan bonda tercinta dari tanah suci menunaikan Haji. Jadi kerana penerbangan akan mendarat di KLIA pada waktu malam jadi siang tu kami jalan-jalan lah. Cari kat Google nampak ada kawan-kawan blogger lain pergi ladang buah naga di Sepang.



Jadi sebab dekat dan juga ada banyak masa kami terus pergi pagi tu. Dari Putrajaya lebih kurang 40 minit juga nak sampai ke ladang buah naga tersebut. Ia memang berada kat pekan Sepang tu dan kawasan dekat-dekat situ juga ada banyak ladang buah naga rupanya. Jadi sebab kawan dah promote HL Dragon Fruit ECO Farm maka kami pun pergi situ.



Sebab kat situ bukan sahaja ada ladang buah naga yang ditanam secara komersial. Malah ada juga mercu tanda "Menara Buah Naga Terbesar di Malaysia" di Sepang. Replika itu telah tersenarai dalam "The Malaysia Book of Records" pada tahun 2021. Juga ada sebuah kafe yang ada status Halal menghidangkan makanan yang berasaskan buah naga memang menarik.



Sampai situ kami nak masuk ladang buah naga tu kena bayar ada tiket orang dewasa RM10 seorang dan RM5 untuk kanak-kanak. Tak besar mana sangat ladang tu tapi telah dikemas dan dicantikkan untuk tujuan ECO Pelancongan jadi menarik. Ada tempat OOTD dan juga pokok buah naga pelbagai jenis. 



Rupanya buah naga ni ada dua jenis yang popular di Malaysia iaitu buah naga kulit warna merah dan juga kulit warna kuning. Kalau buah naga kulit merah tu ada dua jenis pulak yang isi merah juga dan juga isi putih. Kalau ikut pasaran buah naga isi merah tu lebih mahal harganya dan rasa juga sangat sedap dan manis. Manakala buah naga merah isi putih tawar dan jarang orang export keluar negara. Sama dengan yang kulit warna kuning.



Masa Maha pergi tu bukan musim buah naga berbuah walaupun ia berbuah setiap tahun tapi mungkin baru lepas dituai jadi hanya tinggal sikit-sikit. Sebab kat rumah di kampung Maha ada tanam pokok buah naga ni dan ia baru mula belajar berbuah. Isi merah dan manis sangat hari tu buah sulung pertama seronok sangat tengok pokok tanam sendiri berbuah.



Dah penat berjalan tu singgah makan dan minum kat kafe mereka ni. Macam-macam jenis makanan dan minuman berasaskan buah naga. Ada  Jumbo Dragon Bun, Dragon Fruit Srispy Fish, Dragon Fruit Chicken Burger, Dragon Fruit Noodle dan banyak lagi. Ada juga kalau nak beli bawa pulang Kerepek Buah Naga yang dikeringkan rangup.



Minuman lak ada Dragon Fruit Sparkling, Dragon Fruit Tea, Dragon Fruit Ice-cream, Dragon Fruit Waffle dan macam-macam lagi. Harga berpatutan dan juga rasa buah nada dalam tu sangat segar sebab dipetik dari ladang yang dekatkan. Kalau nak balik boleh juga beli stock buah naga yang dijual kat luar tu harga berpatutan juga.



Satu perkara yang kita boleh pelajari bila datang tempat macam ni adalah negara kita masih banyak lagi yang boleh diusakan dalam pertanian untuk dimajukan menjadi prospek perlancongan macam ni. Lagi berganda pulangan dan dapat tambah nilai selain daripada jadi pertani tradisional. Juga ia boleh jadi tempat keluarga bawa anak-anak waktu cuti dan pelajari banyak perkara menarik kat situ selain dari jalan-jalan kosong sahaja. Lepas ni ladang mana lagi Maha nak pergi tunggu masih banyak tau hehehe. Selamat bercuti dan selamat jalan-jalan semua.






2 ulasan:

  1. Buah fave anak-anak ni. Mesti diorang suka kalau dapat pegi sini tgk buah naga besar tu hehe

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11 Ogos, 2023

    Betul tu tempat ini sesuai bawa anak-anak untuk berjalan dan belajar..

    BalasPadam