Ekstrak Bitter Melon,

Goya Heal Adalah Amalan Awal Untuk Penyakit dan Luka Di Kulit Dari Bahan Alami

Isnin, Ogos 14, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. Semenjak dua menjak ni Maha ada buat kebun tanaman di kawasan rumah di kampung. Biasalah duduk kampung bercucuk tanam tu sebagai sebahagian daripada riadah. Seronok berbudi pada tanah ni kerana kita dapat tengok hasil yang sangat memuaskan. Bila tanam pokok sayuran tu ia tumbuh subur dan sihat.



Namun dalam keseronokkan itu Maha lali untuk mengamalkan pemakaian pakaian yang sesuai untuk bercucuk tanam. Jadi kulit tangan terdedah terus kepada tanah yang pelbagai bakteria yang baik untuk tumbuhan tapi bukan untuk kulit manusia. Sejak tu Maha perasa ada mengalami kegatalan pada bahagian jari tangan kerana selalu menggunakan tangan terus kepada tanah tanpa memakai sarung tangan.



Walaupun dah cuci bersih dengan air dan sabun cuci ada masa rasa gatal itu datang dan secara automatik tangan nak menggaru sahaja. Bila dah sedap garu tak sedar ia meninggakan kesal luka garu yang terlalu kuat kerana gatal tadi. Jadi boleh lihat pada sesetengah bahagian tangan Maha ada kesan garu. Malah gatal tidak hilang tapi kasan garu makin teruk.



Jadi buat research apa yang patut Maha gunakan untuk merawat kesan ini agar tidak terus merebak dan menjadi makin teruk. Jadi terjumpa dengan GOYA HEAL. Mula tak percaya juga tapi sejak baca akan bahan yang digunakan dalam produk ni adalah bahan alami yang bagus dan Selamat jadi yakin nak menggunakannya.



GOYA HEAL Penyembuhan Antibakteria Semulajadi dan Semburan Antiseptik Formulasi Semulajadi dengan Ekstrak Bitter Melon dan Ekstrak Tembikai Peria menggalakkan penyembuhan luka dan peratusan antioksidan yang tinggi mencapai fungsi bakteria yang komprehensif. Berkesan dalam pensterilan, dan pembaikan luka. Ia juga mengandungi 




Ia Pemulihan Luka dapat membantu dengan mencipta salutan protein tersintesis yang membolehkan kaedah penyembuhan yang lebih cepat dan lebih cekap untuk pesakitnya. Ini membolehkan pesakit mendapat imuniti untuk jangkitan pada masa hadapan.



Ia juga ada Unsur Protein iaitu sebatian protein adalah penting dalam memerangi jangkitan bakteria dan pembinaan tisu seterusnya membawa kepada pembaikan tekstur kulit. GOYA HEAL meningkatkan sintesis protein yang membolehkan pencegahan penyakit dan jangkitan selanjutnya.



Semenjak itu Maha mula menggunakan produk ini yang mudah nak dapat dalam talian sahaja nanti Maha tunjuk kat mana korang boleh beli. Sekarang dah lebih 3 minggu penggunaan nampak perubahan pada kulit yang gatal dan meninggalkan kesa itu mula pulih sikit demi sedikit. Sekarang Maha masih terus menggunakan untuk melihat tahap keberkesanan yang boleh pada produk ini. Kadang-kadang kita guna sekali dua memang tiada kesan jadi kena kerap guna tambahan ia adalah dari bahan yang Selamat.



Cara nak menggunakanya pun tidak susah kerana ia telah datang dalam bentuk botol spry yang senang digunakan. Ia sangat mudah digunakan, hanya sembur pada luka 3 ke 4 kali sehari. Keputusan penjanaan semula akan perlahan-lahan muncul dalam beberapa hari selepas itu.

Langkah 1
Kenal pasti Kawasan jangkitan atau kecederaan atau luka pada kulit 

Langkah 2
Semburkan GOYA HEAL secara perlahan pada kawasan jangkitan atau kecederaan atau luka

Langkah 3
Tutup luka dengan plaster jika perlu

Ia juga tidak melekat dan tidak berminyak kerana ada sebatian Oxygenated H20 dan Nano Zinc buat rasa lebut. Juga tiada bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Lepas sembur tu nanti ia akan kering dan meresap dalam kulit untuk bertindak. Sekarang ada dalam botol spry yang bersaiz 200ml dan satu lagi mini 20ml yang mudah nak dibawa kemana-mana letak dalam beg atau poket. Bila kecemasan nak guna sebab ada rasa kurang selesa pada kulit sembur sahaja.



Sebab itu Maha yakin dan mula menggunakan produk GOYA HEAL ni. Kalau korang bertanya mana nak dapat sekarang semua dihujung jari sahaja. Boleh beli di Shopee https://shopee.com.my/cansun.official klik link ni sahaja. Nanti mereka akan hantar terus sampai kerumah tak perlu nak keluar jauh-jauh. Serata Malaysia mereka boleh pos pada korang. 






Ia bukan sahaja boleh guna untuk orang dewasa kanak-kanak pun boleh. Terutama yang ada masalah kulit seperti Ekzema, Psoriasis dan Kulit Kering. Juga sesuai untuk pembersihan antiseptik seperti luka kecil dan melecur. Juga kepada yang ada luka daripada diabetic untuk kegunaan pembersihan dan penyembuhan luka tersebut.



Kalau nak maklumat lanjut boleh layari laman web atau sosial media GOYA HEAL kat sini bayak info dan video disediakan. Kita kena berusaha cari penawar tapi yang menyembuhkan tetap Maha Esa.
 


#GoyaHeal #HealwithGoya #GoyaHealingSpray #woundhealingspray #diabeticwoundcleaning  #100percentplantbased #antisepticspray #childsafe #eczematreatment #Mahamahu







0 Pandangan: