Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih,
Mencari Masakan Asli Pahang Di Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih Kampung Sungai Ling Luar Maran
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau cuti panjang hujung minggu macam cuti ada tiga hari Maha akan pulang ke kampung untuk habiskan masa bersama keluarga. Maha ni bukanlah kampung yang sebenar sebab duduk kat Felda Jengka jadi kampung jugalahkan. Yer lah 18 tahun membesar kat situ sebelum sambung belajar dan terus berkerja kat kota KL ni.
Jadi masa yang ada tu sangat terhad bersama keluarga. So cuti panjang macam ni balik dan habis masa berharga dan menggembirakan orang tua selagi mereka masih ada. Pada yang dah tak ada ibu bapa tu boleh kunjungi pusara dan rumah pusaka. Ini kebetulan hari tu Maha balik dan cuti lama jadi keluarga ajak pergi makan kat luar.
Maha tak tahu sangat kalau tempat yang menarik dan sedap sekitar Felda ni. Tapi rupanya ada yer banyak dan semua unik dan konsep tersendiri. Macam satu kafe yang Maha nak pergi ni. Nama kafe ini iaitu Kafe Teratak Bonda Setuhan Kasih yang terletak di Kampung Sg Ling Luar Maran Pahang. Maha tak tahu tempat ini tapi adik dan mak yang duduk kat kampung ni bagi tahu bahawa ada satu kafe yang sangat sedap dan menarik untuk pergi makan.
Jadi sebab dengar cerita mereka yang memang menarik tu dan memang kafe tu pun tidak jauh dari rumah kami gerak dalam pukul 12 tengah hari. Sebab kafe ini ia dibuka untuk makan tengah hari sampai malam sahaja tau. Jadi kami sampai memang ngam-ngam dalam 30 minit perjalanan dari rumah ke kafe ni.
Kafe ini memang tersorok kedalam sikit tapi nasib ia adalah papan tanda yang besar dah jelas. Kalau korang yang selalu melalui jalan lama dari Temerloh ke Maran akan perasan kafe ni selepas sahaja betul-betul Sg Ling. Jangan ikut jalan LPT memang tak jumpa lah korang. Tapi kalau dari LPT tu boleh juga keluar ikut Exit Maran dan ikut jalan lama akan jumpa kafe ini.
Bila sampai memang betul apa yang keluarga Maha ceritakan tempat ni tersorok tapi landskap dan juga konsep sangat menarik. Bagaikan kafe dalam taman. Kawasan parking pun besar luas banyak tempat. Pastu tempat duduk pun banyak dan dikelilingai dengan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan yang sangat menenangkan. Kalau nak OOTD pun best kat sini ada jer sudut yang menarik.
Tempat duduk boleh pilih nak duduk dalam gazebo yang disediakan atau nak duduk kat kerusi meja yang tersedia. Maha hari tu pilih untuk makan ala kampung style duduk bersila kat gazebo yang luas dan selesa ada meja. Banyak juga Maha ambil gambar dan video sebab tempat cantik dan juga menarik. Nak tengok video kat Instagram Mahamahu dan TikTok Mahamahumakan ada upload.
Kalau bab makanan kat sini memang banyak pilihan. Setiap hari ada menu istimewa yang disediakan. Menu istimewa akan ditulis pada papan tulis sewaktu nak jalan masuk jadi boleh standby nak pilih menu. Masa Maha datang hari tu ada menu Nasi Briyani dengan Gulai Kawah atau juga makan dengan Daging Opor masakan original orang Pahang memang wajib cuba.
Selain tu menu yang selalu ada macam kalau nak ringan-ringan boleh ambil Lempeng dan juga Roti Bakar. Juga ada menu macam Laksa dan Nasi Lemak itu yang sentiasa ada kat kafe ini. Korang kena cuba menu masakan Pahang kat sini yang Maha bagi tahu tadi memang berminyak mulut boh betul-betul original. Dengar derita dah ada menu baharu iaitu Patin Masak Tempoyak, Maha tak cuba lagi mungkin korang boleh pergi cuba. Pencuci mulut kat sini korang kena cuba mereka punya Cendol memang terbaik toq sedap manis cukup rasa santan pekat best. Juga ada kuih muih dan juga kek ikut hari.
Suasana yang nyaman tenang dalam hutan tu makan yang sedap memang membuka seleralah. Sebelum kafe ini ada ia menyediakan khidmat katering untuk majlis-majlis. Kemudian ada modal bantuan pemilik besarkan jadi kafe dan juga akan datang dengar kata nak buat dewan besar untuk majlis kenduri-kendara pulak. Makin ramailah orang datang makan kat Kafe Teratak Bonda Sentuhan Kasih.
Kalau korang nak datang kafe ini buka setiap hari kecuali hari Jumaat tutup. Buka pula dari jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam. Kalau nak datang ramai-ramai boleh booking dulu takut penuh. Tapi kalau datang satu keluarga tempat Insha-Allah ada besar banyak tempat duduk. Nanti Maha nak datang sini makan makanan kampung mereka macam Lempeng kata orang sedap. Nanti Maha cuba lak ok.
0 Pandangan: