Carta,

Roti Canai Dinobatkan Sebagai Roti Terbaik Di Dunia Jangan Harga Makin Naik Sudahlah

Selasa, September 19, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Satu Malaysia tengah bangga sekarang ni yer lah dalam masa negara menghadapi situasi harga barang yang terus meningkat dan juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada harga makan. Kita tetap dinobatkan sebagai no 1 di dunia tau. Jangan main-main.



Itu lah yang tengah hangat diperkatakan apabila makanan sarapan pilihan hampir semua rakyat Malaysia iaitu Roti Canai dinobatkan sebagai Roti Terbaik No. 1 di dunia daripada laman sesawang Tasteatlas. Korang boleh search kat mana-mana ada jer orang update carta roti terbaik dunia dimana Roti Canai dari Malaysia dikedudukan pertama.

TasteAtlas, sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian, menerusi hantaran di Instagram pada Ahad lalu mengumumkan Roti Canai mengungguli senarai 50 roti terbaik di dunia selepas mendapat skor tertinggi 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.



Dalam masa sama menewaskan beberapa negara yang juga cukup terkenal dengan roti hebat mereka seperti India dengan Roti Naan dan juga dari Negara Eropah. Kita patut bangga tau kerana dalam diam makanan kita telah menambat hati bukan sahaja peringkat Asia Tenggara malah dunia. Lepas ni kalau ada pelancong luar datang tanya apa bestnya makanan Malaysia kita kena sebut Roti Canai sebagai roti no 1 di dunia tau.

Juga turut sama bangga dalam catatan di laman Facebook Rasmi Istana Negara adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda juga turut meminati Roti Canai dan juga harap ia menjadi makanan warisan yang dikekalkan sebagai lambang makanan tradisi Malaysia. Makin naik lah saham Roti Canai lepas ni hehehe. Tapi harga jangan naik lagi sudah lah gituwww....







0 Pandangan: