Buka Puasa,

Berbuka Puasa Dalam Petting Zoo Dengan Suasana Keaslian Kampung Di Farm In The City Seri Kembangan

Sabtu, Mac 02, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang makan dengan suasana lain daripada tempat buka puasa yang biasa Maha pernah pergi sebelum ini. Kali ni kita makan buka puasa di dalam kawasan Petting Zoo yang orang tak pernah buat lagi. Satu pengalaman yang menarik sebenarnya dapat makan dan juga dapat tengok haiwan-haiwan menarik di sini.



Tempat yang Maha maksudkan ini adalah di Farm In The City Sri Kembangan Selangor. Buat pertama kali makan buka puasa dalam suasan petting zoo. Kali ini mereka sediakan makanan terbaik masakan tradisi kampung. Buka puasa di sini korang akan dibawa dengan pengalaman nostalgia makan ala kampung dengan tema Nostalgia Desa 2024. Ia kembali untuk satu lagi musim yang tidak dapat dilupakan. 





Buffet buka puasa di sini akan bermula dari 13 Mac hingga 7 April 2024. Ia akan diadakan dalam sebuah dewan baru dibuka iaitu D'Pine Loghouse @ Farm di The City untuk pengalaman Iftar yang mengasyikkan. Nak alami rasa buka puasa di sebuah oasis di tengah-tengah pusat bandar, di mana terdapat banyak kehijauan yang subur dan juga haiwan yang comel dan jinak. 





Korang akan rasa sendiri enam kelebihan dan kesoronokkan berbuka puasa di Farm In The City dengan Nostalgia Desa 2024 termasuk:

1. Masakan Melayu Asli: Manjakan diri dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan dengan teliti oleh rakan kongsi kami, Hidayah Catering, yang mempunyai kepakaran lebih 30 tahun dalam masakan Melayu. Dalam juadah di sini ada lebih daripada 88 hidangan setiap hari. Korang boleh nikmati seperti Daging Masak Lemak, Daging Masak Gulai Kawah, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Kambing Grill, Udang Sambal, Ubi Kayu Rebus, aneka kuih muih tradisional dan pencuci mulut.





2. Petting Zoo Delight: Alami kegembiraan bertemu dengan haiwan kesayangan kami yang comel semasa sesi Iftar. Kagum dengan keanggunan dan daya tarikan haiwan comel semasa mereka duduk di tengah-tengah keindahan alam semula jadi. Juga ada masa haiwan ini akan dibawa menikmati hidangan bersama korang. Ada haiwan seperti Rakun, Llama, Arnab, Kura-kura Gergasi dan banyak lagi.






3. Permainan Tradisional Kampung: Berbuka puasa korang sambil bagi anak-anak permainan tradisional, sama seperti ketika korang pulang ke kampung. Temui semula keseronokan permainan tradisional kampung seperti Congkak dan banyak lagi, sesuai untuk mengimbau kembali kenangan indah dan mencipta yang baru bersama keluarga dan rakan-rakan.





4. Suasana Balik Kampung: Kalau korang melangkah masuk ke dunia nostalgia, pasti akan kagum dengan 100% struktur kayu. Ia akan membawa korang kembali ke suasana kampung yang tenang. Kompleks yang luas, dihiasi dengan hiasan Ramadan dan Raya, membangkitkan kehangatan dan semangat musim perayaan.





5. Persekitaran Mesra Keluarga: Nikmati tempat letak kereta tanpa kerumitan yang luas yang membolehkan korang menumpukan pada mencipta detik-detik berharga bersama orang tersayang. Kanak-kanak boleh bermain-main dan berlari-lari seperti di halaman rumah kampung. Ia memastikan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.





6. Pengalaman unik di Lembah KlangNostalgia Desa menonjol sebagai destinasi utama bagi mereka yang mencari dan pengalaman berbuka puasa yang tulen dan mengasyikkan di Lembah Klang. Selami pemandangan, bunyi dan cita rasa iftar kampung, mencipta kenangan yang akan kekal seumur hidup.





Jangan terlepas satu-satunya peluang buka puasa dengan suasana yang menarik dan perjalanan yang luar biasa ini. Harga biasa pula hanya RM98 untuk seorang dewasa dan RM58 untuk seorang kanak-kanak. Manakala pomosi harga beli awal sebelum 20 Marc 2024 hanya RM88 untuk seorang dewasa dan RM55 untuk seorang kanak-kanak. 





Juga ada Farm In The City promo iaitu setiap pembelian tiket baucer puasa dewasa akan dapat baucher untuk beli 1 percuma 1 tiket masuk ke Petting Zoo di Farm In The City. Tiket tu sah laku sehingga 6 bulan. Juga kalau korang beli dengan jumlah kumpulan yang ramai iaitu 10 pax akan dapat 1 tambahan baucer buka puasa secara percuma. Menarikkan dengan promosi yang disediakan. Bukan setakat dapat buka puasa tapi dapat masuk tengok haiwan comel dan bermain dengan haiwan yang manja-manja di sini. 

Sebarang pertanyaan dan juga tempahan boleh hubungi:-
Tel: 03-89413099
E-mel: enquiry@farminthecity.my
Alamat : 
Farm In The City
Lot 40187-40188 Jalan Prima Tropika Barat 1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan Selangor.


0 Pandangan: