Ara Damansara,
Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara Tawarkan Dua Dalam Satu Buffet Ramadan Dan Pakej Perkahwinan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalina. Buat penghuni residen atau juga mereka yang bekerja di area Ara Damansara, Subang Jaya, Petaling Jaya dan yang berhampiran dengannya. Ini ada satu pengumuman menarik dan tawaran istimewa. Sekarang telah dibuka secara besar-besaran Grand Pacific Ballroom yang terletak di Tingkat 3, Evolve Concept Mall @ Ara Damansara.
Grand Pacific Ballroom ini kini dikendalikan oleh pengurusan baharu iaitu GPB Marketing & Management gabungan antara Makngah Catering dan Khm Wedding. Dimana ballroom ini untuk Ramadan akan datang menawarkan bufet buka puasa paling grand. Menyediakan lebih dari 60 jenis menu yang bertemakan 'Selera Orang Kita'. Buffet ini akan bermula dari 15 Mac 2024 sehingga 7 april 2024 dari jam 6.30petang hingga 10.00malam.
Buffet Ramadan Selera Orang Kita
Pada hari Isnin hingga Khamis kami bufet di khaskan kepada syarikat-syaikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang, dengan harga RM78 seorang. Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad terbuka kepada semua dengan harga dewasa RM88, manakala kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68. Sebab itu Maha cakap orang yang berada berhampiran dah boleh nikmati juadah buka puasa yang hebat dan sedap dengan suasana paling mewah dan gah dalam ballroom yang berhawa dingin.
Menu-menu yang dijanjikan lazat bakal korang nikmati bila berbuka di sini dengan pilihan pembuka selera seperti Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom, Kerabu Taugeh & Hati Ayam, Kerabu Pegaga dan banyak lagi. Kemudian menu utama yang berat sikit ada Nasi putih, Ayam Masak Minang Cili Api, Asam Pedas Tetel, Kari Ikan Masin Talang & Terung Pipit, Sambal Tumis Udang Petai, Sayur Goreng Campur dan macam-macam lagi.
Juga disekeliling dalam dewan ada gerai-gerai yang dikhususkan untuk menu pilihan seperti Gerai Mee. Ia menyediakan pilihan Mee Goreng, Koay Teow Goreng, Mee Kari dan Mee Hun Sup Utara. Gerai yang lebih kebaratan juga ada menyediakan menu seperti Macaroni pasta, Fusili pasta, Marinara sauce dan Beef boloqnaise. Juga ada gerai bakar-bakar yang ramai orang nantikan di bulan puasa ini. Boleh pilih antara Kambing bakar, Ayam bakar, Roasted potatoes, Coselow, Black paper sauce, dan Mushroom sauce.
Bahagian goreng-goreng juga ada seperti Keropok Lekor Goreng, Cucur Bawang dan Cucur Udang bersama Cili sauce. Tak lengkap buffet tiada pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional iaitu Cucur Badak, Kuih Cara Berlauk, Popia Bersira, Kuih Seri Muka, Kuih Talam Bingka Ubi, Kuih Talam Keladi dan Koleh Kacang.
Bahagian minuman pun banyak pilihan air dalam balang seperti Ice Lemon Tea , Air Sirap Selasih, Air Bandung , Air Jagung dan Air mangga. Manakala minuman panas juga ada seperti Teh Tarik dan Kopi O. Last paling orang suka adalah Cendol Santan Sawit sangat menyegarkan. Sambil sembang boleh juga makan kudap-kudapan seperti Potato Stick, Chocolate Bear, Muruku Campuran dan Mini Cookies.
Pakej Perkahwinan Yang Lengkap Dan Menarik
Grand Pacific Ballroom ini boleh memuatkan 700 tetamu dalam satu satu masa. Jadi pada bulan-bulan biasa ballroom ini boleh diadakan pelbagai jenis majlis. Kalau nak buat acara termasuk Majlis Korperat Syarikat, Majlis Perkahwinan, Seminar, Reunion, Anual Dinner dan apa jua majlis keraian. Di sini dilengkapi fasiliti seperti ruang tempat kereta yang banyak, tandas yang bersih, dan surau yang selesa di Tingkat 2.
Juga mereka sediakan juadah pilihan sebelum mengadakan majlis bagi memberi kepuasan kepada pelanggan. Kalau menu Nasi Kenduri akan ada banyak pilihan seperti Nasi Beriani Makngah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayuran, Jelantah Nenas dan macam-macam ikut pada bajet pelanggan. Semua disediakan bagi memberi ketenangan jiwa untuk mereka yang mengadakan majlis bermakna sekali dalam seumur hidup nak pastikan semuanya terbaik.
Bagi yang nak buat majlis perkahwinan di sini juga mereka ada menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system dan pengacara majlis, serta event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan menjadi lebih bermakna dan lebih meriah.Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej yang ditawatkan di sini bermula dari RM43,500 untuk 500 tetamu, dan RM51,000 untuk 300 tetamu secara hidang.
Jadi penduduk area Ara Damansara atau Subang atau juga Petalng Jaya sangat mudah dengan adanya Grand Pacific Ballroom ini. Kalau tetamu yang nak datang ke sini sangat senang kerana Evolve Concept Mall terletak bersebelahan dengan stesen LRT Ara Damansara, dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang. Juga bagi yang datang dengan kenderaan sendiri pun ada parking yang banyak.
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi:
Tel: 013 610 1329 – Fazi
016 8734032 – Khairul
017 3201292 – Adibah
#buffetramadhan2024 #iftarramadan #buffetramadan #buffetramadanselangor #privatebuffetramadhan #pakejkahwin #pakejperkahwinan #weddingpackage #eventspace #dewanperkahwinan #eventhall
0 Pandangan: