Buka Puasa,

Restoran Chopsticks Asia Menyajikan Bufet Buka Puasa Masakan Chinese Muslim Yang Asli

Isnin, Mac 04, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nak cari lain punya menu untuk berbuka puasa. Apa kata kali ni kita cuba pula makanan Chinese Muslim yang cukup popular di Kuala Lumpur ini. Kita rasa pula buka puasa dengan menu masakan cina yang mesti memberikan kelainan dalam rasa dan penyediaannya. 



Korang boleh datang ke Restoran Chopsticks Asia cawangan TTDI. Untuk info Restoran Chopsticks Asia menawarkan menu tradisi kulinari selera masyarakat Cina Malaysia. Cara penyediaan dan bahan masakan mengikut syariat Islam serta  gaya tradisi original masyarakat Cina. Menjadikan rasa setiap hidangan yang disediakan memang autentik dan disukai oleh semua kaum di Malaysia. Tapi untuk bufet buka puasa ini hanya ada di sediakan di Cawangan TTDI dan juga Cawangan Cyberjaya sahaja. 





Sepanjang bulan puasa tahun ini,  Restoran Chopsticks Asia ada menawarkan bufet ramadan dengan lebih 20 sajian masakan cina muslim yang akan ada sedikit perubahan setiap hari bagi ia ada variasi. Akan disediakan bermula dari 12 Mac 2024 sehingga 9 April 2024, dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam.







Di antara hidangan menarik yang boleh nikmati semasa buka puasa nanti seperti Yong Chow Fried Rice, Singapore Fried Meehoon Fried Chicken Lobak and Tofu, Signature Nyonya Fish Fillet, Creamy Butter Baby Crab, Sweet & Sour Chicken, Kam Heong Prawn, Chili Padi & Garlic Lala, Ginger & Spring Onion Beef, Fried Chicken, Mixed Vegetable, Vegetarian Popiah, Sizzling Tofu, Salted Egg Squid, Foo Yong Omelette with Shrimp dan pelbagai lagi.






Juga ada pencuci mulut manis yang lazat dan menyejukkan serta juga ada minuman yang segar iaitu Ice Lemon Tea, Teh Tarik dan macm-macam lagi. Sangat berbaloi dengan rasa dan juga pilihan menu ada serta harganya yang ditawarkan dalam kedai yang cantik selesa dan berhawa dingin ni.







Harga bufet yang ditawarkan seperti Maha bagi tahu ia padan dengan makanan dan juga suasana tempat makan cukup berbaloi. Dari segi rasa dan pilihan sajian yang ditawarkan memang memang sedap dan puas hati. Harga untuk seorang Dewasa hanya RM89.90, harga untuk seorang Warga Emas (lebih 60 tahun) hanya RM69.90 dan harga untuk seorang kanak-kanak (bawah 12 tahun) hanya RM49.90.






Jadi mungkin ini boleh masuk dalam list untuk tempat buka puasa Ramadan yang akan tiba nanti. Nak cuba yang lain daripada lain. Mungkin dah selalu makan masakan Melayu kita cuba masakan original Chinese Muslim ni. Jangan risau mereka sangat menjaga kualiti dan juga pembekal bahan-bahan kerana mereka ada orang muslim dalam pantau bekalan bahan mentah.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

Tel: 019-7779635







0 Pandangan: