Flowers,

Ceriakan Hari Orang Tersayang Dengan Jambangan Purple Carnations Dari Happy Bunch

Selasa, Jun 25, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau kita buat salah atau juga terlupa sesuatu hari penting orang yang kita sayang apa akan kita buat? Adakah kita akan belanja dia makan, atau juga bagi hadiah untuk gembirakannya. Mungkin sedikit penghargaan ini buatkan hari seseorang yang kecewa atau sedang sedih menjadi kembali gembira.



Mungkin cara ini korang boleh buat dengan menghadiahkan sejambak bunga segar sebagai tanda ingatan dan kejutan kepada si dia. Tidak perlu pun bebelanja mahal ikut pada kemampuan kita sahaja. Macam yang Maha dapat hari ni, iaitu sejambak bunga daripada orang yang selalu sokong apa sahaja yang Maha lakukan dan menjadi kekuatan dalam kehidupan Maha. Bunga Purple Carnations cukup buat hari Maha jadi berubah.



Koleksi cantik rekaan bunga yang sederhana tapi bagi impak yang besar pada penerima. Bunga Purple Carnations dipadankan sempurna dengan daun Eucalyptus segar untuk sentuhan keindahan semula jadi. Dalam jambganan minimalis disalut dengan balutan sarang lebah mesra alam, menjadikannya bukan sahaja cantik, tetapi juga baik kepada Bumi.



Jadi tak perlu nak beli yang plastik atau juga yang banyak cukup sekadar sederhana tapi bermakna. Tapi kalau ada budget lebih tak salah beli saiz yang besar sikit kerana ada dekorasi dengan 12 kuntum dan juga 18 kuntum bunga bermula dengan harga RM58 sahaja. 



Nak beli bunga ni hanya buat dalam talian sahaja dan mereka akan hantar pada hari yang sama kepada penerima untuk mengekalkan kesegaran. Tapi bunga ini tahan lama seminggu pun masih belum layu tau. Tempahan dan penghantaran mereka buat setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kat mana nak tempah layari laman sesawang Happy Bunch dan korang boleh cari bahagian Purple Carnations



Jadi lepas ni tiada alasan lagi kita tak sempat nak bagi supprise atau hadiah kepada yang tersayang. Nak buat sebagai jambangan bunga untuk ulangtahun perkahwinan, atau juga jambangan bunga untuk hari bermakna, atau juga nak wish congratulation pun boleh hadiahkan bunga seperti ini. Banyak lagi bunga lain tapi semua bunga segar dan berkualiti dari Happy Bunch.





0 Pandangan: