Brown Petshop,

Kedai Makanan Keperluan Kucing Murah Dan Banyak Pilihan Di Temerloh Pahang

Khamis, Jun 27, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Khas buat pecinta haiwan peliharaan terutama kucing yang mencari keperluan seperti makanan, makanan basah, pasir kucing dan juga barang penjagaan kucing korang mesti kena singgah kat kedai Brown Petshops ini. 



Hari tu Maha emergency nak cari pasir kucing, maklumlah kita punya majikan ni memang cerewet nak yang dah biasa mereka gunakan jadi terpaksa cari jenama yang selalu pakai. Kalau guna jenama lain yang baru mulalah tercium sana-sini, dan last-last tak buang pun dalam pasir tu kat tepi pintu jugalah. Jadi nasib kat kedai Brown Petshop ini banyak jenama pasir kucing yang ada. Malah ada juga pasir kucing yang di sahkan Halal tau.




Maha ingat makanan manusia sahaja yang perlu logo Halal, tapi pasir kucing pun ada yang cop Halal. Senang rasa lega sangat dapat cari kat sini. Jenama seperti QQ Cat, Love Sand, Tornado Cat Litter yang ni ada cop Halal tu terkejut Maha. 




Kemudian tu baru pasir kucing, ada juga banyak pilihan makanan kucing yang kering atau yang basah. Dari yang kucing T20 hingga kepada kucing B40 punya harga pun ada tau. Jenama yang terkenal seperti Royal Canin memang diva-diva sahaja makan ni. Lepas tu ada juga yang jenama Whiskas, ProDiet, PowerCat, Snappy Tom, Kucinta, Me-O, QQ Cat, Carry's dan banyak lagi jenama lain.
 



Sebab itu Maha suka datang sini nak cari makanan dan juga pasir kucing. Daripada yang bungkus cantik kepada yang bungkus semula. Juga daripada yang bungkus kecil kepada bungkus sebesar 5 kilo ke 10 kilo pun ada. Kalau bertuah korang datang time mereka buat promosi harga murah memang sangat berbaloi beli banyak-banyak kat sini. Lepas tu mereka ada juga buat kad cop untuk setiap pembelian RM20 ke atas akan dapat satu cop. Cukup sahaja lima atau sepuluh cop dah boleh dapat diskaun untuk pembelian seterusnya baguskan.




Kalau nak cari bosster untuk menggalakkan kucing banyak makan dan sihat pun ada jual kat sini. Juga ada barangan seperti mainan kucing, ada rantai kucing, ubat mata kucing pun ada. Bekas untuk makanan dan juga bekas pasir kucing pun ada juga jual sini jadi kalau yang baru nak jinak-jinak membela kucing datang sini beli banyak-banyak semua ada.




Bukan itu sahaja tau ada juga makanan dan juga beberapa barang untuk binatang peliharan lain seperti anjing dan juga arnab. Mereka ada jual dalam repack semula memudahkan untuk beli pada kuantiti yang sikit. Kedai ni pun senang sahaja nak cari kalau korang lalu jalan lama Termerloh-Kuantan berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaaan Seberang Temerloh tu nampak signboard Brown Petshop. Kalau korang ikut LPT kena exit kat Temerloh dan menghala ke Kuantan nanti nampak kedai ni tepi jalan sahaja.





Kata pemilik kedai lepas ni mereka akan tambah lagi barangan untuk haiwan peliharan lain. Tapi kalau nak grooming atau pet hotel sini tiada yer jangan datang. Mereka hanya menjual dan membekal makanan dan keperluan binatang peliharaan sahaja. Nak senang boleh pergi ke laman sosial media mereka sahaja situ pun ada atau whatsapp dan contact no di bawah ni ok. Dah selesai membeli keperluan majikan baru lah pergi kedai nak beli keperluan kita pulak. Majikan kena utamakan dulu ni hehehehe.



Waktu Operasi :
Hari : Isnin hingga Ahad (Buka Setiap Hari) 
Waktu : 10.30pagi- 8.30malam
Tel/Whatsapp : 01168268445

Alamat Kedai: 
Brown Petshop
No 3, Tingkat Bawah, Jalan Seberang Temerloh 1/A, 
Taman Seberang Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Sosial Medai :
Facebook : Brown Petshop






0 Pandangan: