IOI City Mall,

Makan-makan Sedap Dan Mewah Sepanjang Menginap Di Hotel Moxy Putrajaya

Selasa, Julai 23, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha ada update tentang percutian di Hotel Moxy Putrajaya. Maha kongsi pasal bilik dan segala aktiviti yang kami buat kat situkan. Kali ni Maha nak sambung lak posting kedua kat sana. Kali ni lebih menarik sebab ada banyak gambar makanan sedap-sedap. Sebab kat Moxy Putrajaya ini korang boleh makan sepanjang hari.



Mereka ada sediakan bukan sahaja makan sarapan pagi. Kat restoran Three.6.5 yang ada dalam hotel tu korang boleh juga nikmati bufet makan malam. Bufet untuk Fun Tea dan juga Tea Set untuk minum petang. Sebab itu kalau menginap kat sini tak akan lapar.

Lok Me Up Dinner


Hari pertama kami check-in masuk hotel malam tu kami dihidangkan dengan Lok Me Up Dinner Buffet. Bufet ini ada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari jam 6.30petang hingga 10.30malam. Korang boleh makan sepuas-puasnya kat situ. Harga pun berpatutan bagi Maha kerana dengan jumlah makanan yang ada sangat berbaloi. Harga untuk dewasa RM120nett dan untuk kanak-kanak RM64nett.




Bufet ini mengutamakan hidangan lebih daripada 30 jenis Lok-Lok atau orang kita panggil steamboat lah. Bila masuk tu ada kat stall yang depan sekali. Boleh pilih nak cucuk-cucuk tu direbus atau juga digoreng. Pastu makan pula dengan pilihan sos yang ada kat situ perhhh terbaik. Ada makan laut segar, ada fish ball, dan macam-macam lagi lah. 





Itu baru satu bahagian dalam bufet ini juga wajib cuba mereka punya Otak-otak Fried Kuey Teow. stall ni ada kat bahagian luar restoran kerena ia akan dimasak panas-panas bila ada order sahaja. Korang boleh tengok skill chef tu masak Kuey Teow memang best. Rasa pun sedap tak pedas sangat dan makan panas-panas perhhhh menganga.





Juga ada stall khas untuk manis dengan Cromboloni buatan sendiri dan Air Pancut Coklat yang berbuih. Ini memang tempat wajib Maha akan pergi ambil semuanya. Juga kalau korang sempat ada eksperimen di gerai menyediakan Mocktail. Macam-macam mereka sediakan mocktail yang segar dan menyegarkan. Banyak lagi pilihan lain yang ada kalau nak western ada, nak makan nasi dengan lauk pauk pun ada atau juga yang nak makan mee pun macam-macam jenis. 




Selain makan semua pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan dari band dengan nyanyian lunak dan merdu. Bertambah selera lagi nak makan.

Breakfast At Three.6.5


Malam tu memang kenyang makan baru sahaja check-in dah ada makanan. Untung juga duduk kat Moxy Putrajaya ini. Kemudian bangun pagi esoknya pula macam biasa hotel sediakan sarapan untuk pelanggan yang menetap dihotel mereka. Masih kat restoran  Three.6.5 yang sama juga di bahagian lobby hotel. Sarapan ini bermula dari jam 7.30pagi hingga 10.30pagi.

 





Sarapan pagi macam-macam ada dan Maha nak rekemen pada korang cuba mereka punya Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang. Tak besar saiz cukup untuk seorang makan dan memang terpaling sedap. Nasi Lemak yang cukup rasa santan dan juga kepedasan sambalnya. Juga ada bahan lain seperti kacang goreng, ikan bilis goreng dan telur rebus. Maha hari tu makan berbungkus-bungkus sedap.






Sarapan lain pun ada juga kat situ kalau nak yang western, atau juga makan pastri dengan pelbagai jenis roti serta donat. Juga ada Dim Sum dan juga ada prata makan dengan kuah dhal atau kari terangkat. Jadi sarapan situ memang boleh kenyang. Kalau yang ada anak-anak kecil boleh jer pilih ada makanan serial dan juga susu. Minuman juga ada seperti stesen kopi serta mereka ada sediakan Teh Tarik panas kena cuba memang pekat melekat sedap.

Fun Tea Buffet


Dah habis makan sarapan apa lagi buat aktiviti lah dan merayap lah kami kat sekitar hotel tu. Bila dah penat dan perut lapar ada pula sediakan Fun Tea Buffet kat restoran yang sama. Ia hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.30 petang sahaja. Harga pula RM98nett untuk dewasa dan RM49nett untuk kanak-kanak.





Cuma hari tu kami dapat demonstrasi memasak istimewa daripada Chef Jerremy. Beliau merupakan salah seorang chef yang pakar dalam penyediaan western cuisine di hotel ini. Resipi yang diajar oleh chef adalah sangat mudah iaitu Pasta On Wheel By Moxy Putrajaya. Ia dimasak dalam cheese bulat yang besar Maha tak tahu nama cheese tu. Tapi memang nampak kepekatan dan rasa sangat-sangat wow yerrr. Pertama kali Maha makan masakan ni best giler makan tengahari sini. 







Selain itu, bufet ini kita boleh berseronok dan bermain-main dengan perasa pilihan yang ada untuk menghasilkan makanan sendiri. Juga ada Rojak Johor dan kita boleh buat sendiri Sotong Kangkung. Kalau yang ada anak-anak mesti suka bila boleh campurkan dan padankan sandwic dengan lebih daripada sepuluh perasa. Ia satu pengalaman menarik sambil makan dan mengerat hubungan kekeluargaan gituwww.

Bello Tea Set


Banyak lagi makan macam biasa bufet boleh makan sepuasnya tapi ingat jangan bazir sudah yer. Lepas habis makan kami terus aktiviti seterusnya jalan-jalan lagi kat sekitar IOI City Mall. Kalau belah petang rasa nak makan dan minum petang kat hotel pun mereka ada sediakan yang dipanggil Bello Tea Set. Set ini ada setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari jam 3.00p.m hingga 6.30petang. Satu set tu dapat makanan dan minuman untuk dua orang dengan harga hanya RM69nett. Wahh bagus minum petang mewah kat hotel sekali sekala.



Belah lewat malam pula boleh lagi lepak santai sambil minum dan berborak dengan kawan sehingga lewat malam di Moxy Skybar Putrajaya. Aras paling atas hotel dan boleh lihat pemandangan malam dipenuhi bintang dan juga sekitar Putrajaya tu. Tak silap Maha ia buka sampai 12.00tengah malam kot.





Itulah yang Maha nak kongsi dan ceritakan pengalaman sebenarnya kalau menginap kat Moxy Putrajaya ini memang sentiasa ada makan dari pagi hingga ke malam. Semua ni selagi promosi masih ada tau. Kalau lambat habis mungkin bulan lain akan tukar promo lain pula. Korang ada pengalaman menarik menginap kat sini boleh kongsikan dengan Maha diruang komen di bawah ok. Itu sahaja pengalaman menginap Maha di Moxy Putrajaya semoga berguna buat korang semua ok.


Info Lanjut dan sebarang promosi boleh layari:
Tel : 603-83281111






0 Pandangan: