Comfirm Sedap,

Mencari Kedai Makanan Sup Yang Mengimbau Masakan Tradisi Kampung

Rabu, Julai 03, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat pecinta makanan yang berteraskan sup korang mesti masih nak cari yang betul-betul rasa supnya macam masakan di kampung. Sup tak berapa pekat dan juga tidak banyak rempah ratus dalamnya. Ada setengah tempat tu bahan rempah lebih banyak dari isi dalamnya apa yang nak dimakan.



Tempat yang Maha pergi kali ini adalah di Confirm Sedap. Korang bolah juga datang sini kerana sup ia yang menawan hati. Ia ada sup dengan pelbagai isi protein yang boleh pilih seperti ayam, kambing dan juga daging lembu. Paling best Maha cuba adalah sup daging lembunya sangat lazat dan juga daging lembut hancur dalam mulut tidak liat. Mereka menggunakan daging import dari Australia dan daging kambing dari New Zealand sebab itu ia kurang lemak.



Kat sini nak makan sup dengan banyak pilihan. Kalau suka makan dengan nasi putih pun boleh atau juga makan dengan pilihan me seperti me kuning, bihun atau juga kueh teow.  Nak lagi uhrmm Maha tambahlah dengan cili padi yang disediakan. Kalau siapa kurang pedas cukup makan sup ni panas-panas. Rasa nak ulang lagi datang makan kat sini.



Selain tu, ada juga pilihan makanan lain seperti set nasi putih dengan Rendang Daging atau Rendang Kambing. Tak perlu nak tunggu hari raya kat sini setiap masa ada tau. Juga ada pilihan Set Nasi Ayam Goreng Cili Padi atau bagi yang tengah bajet-bajet simpan duit nak kahwin, korang boleh pilih Set Nasi Bujang yang ada sekalu Sup Kosong, Nasi Putih dan juga Telur Dadar. Itu pun dah buat kenyang memang best.



Nak tambah hidangan sampingan lain pun ada juga nak bagi variasi makanan tu. Boleh tambah antara Terung Cili Padi, Kangkung Belacan, Ayam Berempah, atau Telur Dadar. Tapi kalau datang sekarang sebulan hingga hujung Julai ada New Seasonal Menu. Special boleh pilih yang jarang dapat iaitu Ayam Masak Kicap, Ayam Masak Merah atau Pucuk Paku Goreng.



Maha datang hari tu cawangan baru buka mereka tahun ni iaitu kat Damansara Damai. Kalau yang selalu naik MRT Putrajaya-Kwasa Damansara, turun sahaja kat stesen Damansara Damai and jalan kaki tak sampai 5 minit dah jumpa kedai Confirm Sedap ni. Dekorasi sangat simple dan minimalist buat rasa selesa dan tenang nak makan.




Kalau tanya apa yang paling Maha suka sudah pasti mereka punya Sup Daging dan juga Pucuk Paku Goreng memang jarang dapat. Mereka ada sediakan khidmat penghantaran makanan melalui Grab Food kalau korang tak sempat nak singgah kat kedai. Satu lagi mereka juga ada khidmat katering untuk tempahan makanan dalam kuantiti yang banyak. 



Bagi Maha ini nikmat sebenar makan bila kita makan rasa puas hati dan berbaloi dengan harga yang kita bayar. Kemudian kita nak repeat lagi datang makan sebab sedap. Korang kena cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Mereka ada juga cawangan lain iaitu :
📍Lalport Bukit Bintang
📍Mitsui Mall Sepang 
Tel : 018-2482011








0 Pandangan: