Hotel,

Moxy Putrajaya Keselesaan Dan Keseronokkan Dalam Satu Tempat

Khamis, Julai 04, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam usia yang makin meningkat dan juga tubuh yang makin kurang kekuatan tidak segagah dulu banyak perlukan masa untuk merehatkan diri. Menurut kata pakar motivasi "Pada usia sebegini kamu menyadari bahwa setiap hari adalah anugerah dan mulai menjalani setiap hari dengan rasa syukur dan penghargaan".



Sebab itu sekarang ni Maha dah rasa masa usia ini perlu banyak habiskan masa untuk rehat dan menjaga diri sendiri. Jadi mulai tahun ini kena start setiap bulan ada masa untuk rehatkan diri jalan-jalan walaupun tidak jauh dalam negara. Nak rehat walaupun hanya sekadar bermalam di hotel. Sebab tu baru-baru ini Maha dan kawan-kawan geng kita orang baru-baru ini pergi berehat dan santai di Moxy Putrajaya.




Kalau korang perasan dekat IOI City Mall tu ada satu bangunan baru tengah-tengah bahagian wing baharu kat situ lah terletaknya Moxy Putrajaya. Hotel yang berkonsepkan bar dan juga moden. Sebab apa Maha cakap macam tu bila korang masuk sahaja bahagian receptionis tu sahaja dah seperti sebuah bar. Ada kerusi rehat, ada tempat minum-minum dan juga pentas untuk orang nyanyi-nyanyi. 





Satu vibe yang lain sebenarnya bila berada kat Moxy Putrajaya ni. Kalau situ korang nak parking masuk ikut depan hotel dan park bahagian bawah ada tulis Moxy. Khas parking untuk tetamu hotel dan ia adalah percuma tau untuk penghuni hotel. Hari tu Maha dan kawan-kawan kami menginap kat hotel tu untuk tiga hari dua malam sahaja. Habiskan masa hujung minggu bertemu dan berborak-borak itulah aktiviti kami.





Bilik yang Maha dapat hari tu adalah bilik Moxy Twin Golf View harga satu malam dalam lingkungan RM400 ke RM500 boleh tahan juga. Mungkin sebab cuti hujung minggu harga lain sikit. Kami pilih bilik mengahadap pemandangan indah padang golf korang. Bila Maha masuk sahaja bilik tu memang terus nampak tingkap yang besar terbentang dengan pemandangan hijau. Bilik tak begitu besar tapi segala keperluan ada dalam lengkap cukup.





Seperti fully air-conditioned, hair dryer, meja kerja, electrical outlet, port USB, natural mineral water, complimentary, mini peti sejuk, internet laju dan juga TV 55inchi. Maha paling suka ada model telepon yang digunakan di sini sangat klasik bentuknya. Cuma kalau korang cari almari kat bilik ni, ia tiada almari gantung. Kat mana nak letak baju dan beg-beg yer?. Jangan risau sebenarnya kat bawah katil yang korang tidur tu ada rak yang boleh ditarik untuk meletak barang dan pakaian. Maha sendiri pun baru tahu rupanya konsep hotel ni macam ni. 





Bilik air pun cantik kemas bersih dan ada segala keperluan dengan cermin besar. Cuma tiada bath tab lah dalam bilik air tapi shower pun dah puas mandi dengan air panas dan sejuk. Seronoknya nak tidur dengan nyenyak kat hotel ni tanpa gangguan. Bilik ni sesuai untuk mereka yang travel solo atau juga yang travel untuk business sebab dekat dengan mall dan juga kawasan tumpuan. Nak pergi ke KL atau Putrajaya pun mudah. Tu baru tengok bahagian bilik. Maha memang suka menjelajah satu bangunan hotel kalau menginap kat mana-mana hotel.





Kat moxy ni serba lain. Kalau korang nak iron baju, di setiap tingkat mereka ada sediakan bilik khas untuk seterika baju. Bilik tu besar dan juga ada almari untuk sangkut baju-baju yang dah siap iron. Lepas tu Maha turun lak kat bawah ada biasalah gymnasium yang boleh digunakan bila-bila masa oleh tetamu hotel. Di sebelah gym pula ada kolam renang terbuka yang mengahadap mall. Tapi jangan risau orang dalam mall tak nampak.








Turun ke bawah lagi setingkat atas dari lobby ada ruang untuk santai dan lepak-lepak. Kat situ adanya ruangan untuk bilik mesyuarat dan juga nak adakan event. Ada 6 bilik yang besar boleh memuatkan dalam 25 ke 30 orang satu-satu masa. Bilik tu nak buat ruangan presentation atau fashion show atau press conference dan juga nak makan-makan pun mereka sediakan. Juga ada satu wedding hall rupanya kat Moxy Putrajaya ni yer. Dewan tu pun besar juga boleh muat beratus orang. 






Satu aras dengan lobby ada pula THREE.6.5 iaitu ruang makan untuk mereka sediakan makan sarapan pagi, makan tengah hari, dan juga makan malam. Hari tu Maha sempat pergi cuba mereka punya juadah buka puasa kat ruang makan situ lah. Dekorasi menarik unik dan banyak tempat duduk. Bab makanan tu nanti Maha kongsikan kemudian ok untuk posting akan datang. 







Belah malam pula yang nak hiburan mereka ada Sky Bar tingkat paling atas iaitu tingkat 18. Ada pemandangan indah 180darjah sekitar IOI pada waktu malam. Ni boleh lah lepak-lepak sampai lewat malam nak rest sambil borak dan berhibur. Tapi Maha biasa dah pukul 11 atau 12 tu dah masuk bilik tidur lah apa lagi hehehe. 





Bila berada kat Moxy Putrajaya ni banyak sudut yang menarik untuk mereka yang suka OOTD atau bergambar bergaya. Sebab setiap sudut mempunyai motif dan design yang berbeza bukan tradisional tapi moden dan campuran jazzy sikit. Anak-anak muda suka lah konsep-konsep macam ni hehehe. Tapi kami ni tak kisah layan jer apa-ap pun. Tempat untuk mainan pun ada macam-macam boleh lepak lobby sambil main permainan yang ada.






Hari kedua kami kat situ sarapan pagi kat hotel sebab memang ia sediakan sekali sarapan. Lepas tu kami siap-siap dan terus ke IOI Citu Mall sebelah tu sahaja. Tak perlu keluar jalan ikut escelator sajo. Nak pergi ke IOI City Farm. Ia merukan taman haiwan yang unik dalam mall tapi besar tau. Dekorasinya seperti hutan semulajadi dan alam yang banyak tumbuhan serta pelbagai haiwan menarik.






Nak masuk kat sini kena bayar RM58 untuk dewasa dan RM32 untuk warga emas dan OKU. Kanak-kanak bawah dua tahun free sahaja. Masuk-masuk kami terus diperkenalkan dengan haiwan exotik yang ada kat situ dan juga yang menggelikan seperti ular dan juga biawak. Siap mereka keluarkan untuk pegang dan bergambar dengan haiwan tu. Ada masa yang tertentu mereka akan bagi makan kepada haiwan-haiwan yang ada dalam tu. 





Budak-budak sukalah masuk sini tapi lagi suka orang dewasa terlajak usia macam kami ni wakakaka. Jarang-jarang nak masuk farm city ni. Selain tu juga ada haiwan dari serata negara yang jarang-jarang kami tengok seperti monyet kecil, burung. ikan dan juga serangga yang comel-comel dalam tu. Habis juga masa sejam lebih kat dalam tu selain dari tengok-tengok mereka juga ada beri penerangan tentang habitat dan juga makanan haiwan-haiwan exotic ni. Lepas melawat farm city tu kami pulang hotel dan nikmati juadah makan bufet tengahari. Nak tunggu malam sebab belah malam kami ada aktiviti lagi menarik iaitu karaoke. 






Kami habiskan masa malam tu karaoke dua jam kat Mahajara Karaoke IOI City Mall. Memang besar dan cantik tempat tu. Maha ni pertama kali masuk karaoke tu. Dekorasi macam istana kat arab lah, dengan lampu chandelier yang cantik-cantik. Bilik pun luas dan kami boleh muat lapan orang dalam bilik karaoke tu siap ada bilik air sendiri. Puas nyanyi sampai tiada suara semua orang malam tu hehehe. Memang betul enjoy yer kami kalau dapat habis masa bersama macam ni. 




Habis karaoke kat situ kami balik hotel sambung lak karaoke kat lobby hotel tu. Situ ada orang buat persembahan sampai lewat malam. Siap nyanyi lagu hindustan dan juga lagu dangdut memang gilerrr lah semua. Penat betu hari tu walaupun tak banyak aktiviti tapi habis masa bersama kawan lagi berharga. Jadi satu hari kat Moxy Putrajaya dan juga IOI City Mall yang menyeronokkan. Malam tu kami balik bilik dan terus tidur. Bila tidur kat hotel ni sekejap sahaja rasanya memang 3 hari 2 malam tu sangat pendek rasanya. Tapi kalau korang nak duduk Moxy Putrajaya memang Maha rekemenlah. Segala kemudahan ada dan juga dekat dengan tempat menarik.


Info Lanjut dan sebarang promosi boleh layari:









0 Pandangan: