Bubur Asyura,

Resipi Memasak Bubur Asyura Sempena Bulan Muharram

Jumaat, Julai 26, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sekarang kita masih lagi dalam bulan Muharram iaitu bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Bulan Haram dalam kalender Islam. Kenapa di panggil bulan Haram?. Ini kerana dalam bulan ini tidak dibenarkan peperangan dan juga perkara buruk. Umat Islam digalakkan untuk banyak beribadah seperti Puasa Sunat, bersedekah dan juga berdoa.


Juga bulan ini ada satu hari dipanggil Hari Asyura dimana menjadi tradisi rakyat Malaysia untuk memasak bubur Asyura. Hari Asyura ini disandarkan kepada kisah Nabi Nuh AS dan umatnya ketika dilanda badai sebagai ibrah dan pedoman. Kali ni Maha nak kongsikan kepada korang resipi Bubur Asyura yang Maha dapat daripada pempengaruh iaitu @Chenom. Sebab Maha suka Asyura yang Manis.



Resepi Bubur Asyura

Bahan-bahan untuk bubur :
1 pek / 500g tepung beras
2 ketul keledek oren
1 cwn kacang merah
1 cwn kacang hijau
1 cwn kacang kuda
1 cwn kacang tanah
1-2 tongkol jagung
6-10 biji pisang
3 helai daun pandan
5 cwn santan pekat
3 cwn santan cair
Nota: Santan hasıl dari perahan dari 2 biji kelapa parut
2-3 cwn air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk air gula:
1 cwn serbuk gula merah
1/2 cwn gula melaka
1 cwn gula putih
1 helai daun pandan
1 cwn air

Cara Penyediaan:

1) Keledek oren potong dadu dan rebus 15 minit atau sampai keledek lembut dan kemudian tapis air.
2) Pisang potong bulat. Jagung potong ambil isi (nak guna yang dalam tin pon boleh).
3) Kacang kuda rendam semalaman kemudian rebus sampai lembut dan buang kulit . Kacang tanah sampai lembut. Kacang hijau dan kacang merah rendam 3-4 jam dan rebus sampai lembut.
4) Rebus gula merah Thai, gula Melaka dan gula putih dengan air dan daun pandan sampai cair.
5) Bancuh tepung beras dengan santan cair dan air putih. Kacau sebati dan tapis.
6) Masuk santan pekat, daun pandan dan garam dalam kuali. Buka api perlahan dan kacau sampai santan naik wap.
7) Tuang masuk semua bancuhan tepung beras. Masukkan kacang merah dan kacang hijau.Kemudian tapis dan masuk air gula.
8) Masukkan kacang tanah dan teruskan kacau. Bila bubur dah mula pekat, boleh tuang masuk kacang kuda. Sambung kacau sampai pekat dan berkilat.
9) Masukkan keledek oren dan jagung dan sambung kacau pekat bertali. Akhir sekali masukkan pisang.
10) Masa masak santan, kacau sampai naik wap ja, jangan sampai mendidih takut pecah minyak.
11) Kacau bubur dengan cara tolak sudip macam kita kikis bahagian bawah kuali, jangan sampai berkerak bawah tu.
12) Siaplah dan ia dihidangkan waktu sejuk.







0 Pandangan: