Hotel,

Aktiviti Menarik Dan Lokasi Pelancongan Sekitar Hotel Royal Chulan Seremban

Selasa, Ogos 27, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau nak keluar dari kesibukan kota Kuala Lumpur tapi tidak mahu travel jauh-jauh mana lokasi yang korang akan pilih?. Kalau bagi Maha lokasi dan tempat paling dekat dan mudah untuk diakses melalui lebuh raya utama adalah Seremban. Mungkin korang rasa ia lokasi yang tidak banyak tempat menarik tapi korang silap. Mai Maha kongsikan apa aktiviti yang boleh buat dan lokasi yang menarik boleh pergi jikalau menginap di Seremban.



Hujung minggu lalu Maha dan kawan-kawan habiskan masa untuk menginap di Hotel Royal Chulan Seremban. Sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Nak sampai ke sana pun sangat mudah hanya satu jam perjalanan sahaja dan juga hotelnya selesa. Maha check-in hotel ni hari tu Jumaat lepas pukul tiga petang. Hotel ini juga mempunyai kawasan parking yang banyak tidak perlu bimbang dan ia percuma untuk semua tetamu yang menginap di hotel ini.






Hotel ini terletak di lokasi yang strategik, ia sesuai untuk datang atas urusan kerja atau nak berehat bersama keluarga. Ia hanya terletak 30 minit pemanduan yang mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 dan 2), dan kurang daripada 45 minit dari Cyberjaya dan Putrajaya. Jadi sebelum waktu penerbangan  bagi yang datang jauh-jauh boleh menginap kat hotel ni.






Masa Maha sampai dan masuk ke dalam bilik memang terpersona kerana biliknya sangat besar. Bagi yang datang bekerluarga bilik sangat muat untuk empat orang dengan katil saiz King. Kalau lihat kat luar cermin tingkap yang luas tu ada pemandangan indah Taman Tasik, landskap berbukit Seremban dan pusat bandar korang boleh pilih. Juga dalam bilik segala kemudahan ada penyaman udara yang sejuk, televisyen skrin rata 32 inci dengan 18 saluran, pembancuh kopi/teh, bar mini, telefon dengan IDD, akses internet Wi-Fi yang laju, peti besi keselamatan, meja kerja, kunci pintu elektronik, seterika dan papan seterika sekali ada setiap bilik.




Juga paling best adalah bilik air yang juga luas dan antara hotel yang ada bath tab yer. Selama ni Maha cari hotel yang ada bath tab susah nak dapat kat sini ada dan boleh rendam puas-puas. Juga lengkap dengan peralatan mandian dan pengering rambut. Jadi kalau yang perempuan tak berlu nak sibuk bawa semua tu dah ada dalam bilik air. Cermin dalam bilik air pun besar sangat boleh nampak sekeliling.





Bagi ibu bapa bawa anak kat sini boleh bermandi-mandi di kolam renang hotel, yang menampilkan air terjun buatan manusia yang melimpah, jakuzi terbuka dan gelongsor kanak-kanak. Kemudahan yang popular kalau datang kat sini tak perlu nak keluar. Kemudahan lain juga ada seperti gimnasium yang serba lengkap dan dua restoran iaitu Restoran Asiatique, yang menawarkan hidangan à la carte dan gaya bufet Asia dan Barat, dan Restoran Han Pi Yuen, menyajikan masakan Cina halal asli. Pakej bilik sekali dengan sarapan untuk dua orang, jadi makan pagi tak perlu nak fikir dah. Bab makan Maha akan kongsikan pada blogpost yang akan datang special untuk makan-makan sahaja ok.





Juga ruang lobi hotel ni sangat luas sebenarnya. Boleh nak santai-santai atau mereka selalu buat pelbagai aktiviti hotel. Pada tarikh 9 hingga 10 November 2024 nanti akan diadakan Children's Day Festival. Buat pertama kali hotel buat aktiviti khas untuk kanak-kanak. Jadi ibu bapa boleh datang bawa anak-anak. Macam-macam aktiviti ada seperti pertandingan mewarna, fashion show kanak-kanak, pertandingan lego, pertandingan menari dan menyanyi, perlawana chess untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Boleh tengok pada poster di bawah ni. Ibu bapa juga yang datang teman anak-anak ada juga aktiviti seperti cabutan bertuah dan banyak juga jadi seronok masa bersama anak-anak yang sangat berharga. Boleh daftar sekarang whatsapp dinombor 6016-9209880 atau email childrendayrcs24@gmail.com.

Lokasi Menarik Yang Boleh Di Kunjungi Sekitar Seremban


Persoalan yang Maha tanya mula-mula tadi, apa tempat menarik yang boleh pergi kalau menginap kat Hotel Royal Chulan Seremban ini. Sebenarnya banyak kalau duduk satu hari tak habis nak pergi tapi ni antara tempat menarik yang sempat Maha sendiri pergi dan buat sepanjang menginap di hotel ini. 





Tempat pertama yang Maha dan kawan-kawan pergi adalah Lorong Seni sebab ia dekat sangat dengan hotel dalam 10 minit perjalanan menaiki kereta sahaja. Lorong seni ini adalah antara lorong yang penuh dengan mural sepanjang 250meter dan paling panjang yang Maha pernah pergi. Kat sini memang banyak mural dan juga gambar hasil tangan anak seni tempatan yang dicurahkan pada dinding bangunan. Boleh tengok lakaran sejarah, tokoh-tokoh terkenal dan juga tempat indah dan menaik di seluruh Malaysia ada sepanjang lorong ini.







Nak jalan tu boleh mengah juga, tapi Maha sarankan korang datang waktu pagi atau malam kerana ia lebih teduh dan tiada terik matahari. Kalau malam kata orang lagi indah kerana ada lampu-lampu warna-warni menerangi sepanjang lorong ini. Nak bergambar atau nak buat Vlog pun sangat cantik dan menarik. Bawa keluarga atau datang sendiri ambil gambar guna traipod pun boleh. Tapi pastikan telefon korang banyak ruang untuks simpan kenangan gambar yang cantik-cantik dan mengagumkan ini.







Kat situ sahaja habis dah hampi setengah hari. Lepas tu kami teruskan pula pergi ke Muzium Negeri yang tak jauh juga hanya 10 minit dari Lorong Seni tu. Muzium dengan reka bentuk Bangunan Teratak Perpatih yang menjadi tradisi warisan di Negeri Sembilan ini. Dalam muzium masuk boleh kenal sejarah raja melayu dari turun temurun keturunan Negeri Sembilan dari dulu hingga sekarang. Juga pelbagai artifak sejarah yang menjadi identiti Negeri Sembilan yang melambangkan bangsa yang telah wujud beratus tahun dahulu. Masuk muzium ini pun percuma sahaja tau jadi dah jimat bawa anak-anak boleh mengetahu banyak sejarah Negeri Sembilan secara lebih dekat.






Kalau kat luar muzium pula ada bangunan rumah tradisi Negeri Sembilan. Rumah ni bentuk dan saiz sebenar yang boleh masuk dengan juga bergambar dalam tu tau. Memang menarik Muzium Negeri ini Maha suka datang sambil kenali sejarah. Kalau bernasib baik ada pelbagai aktiviti yang dibuat dekat kawasan muzium tersebut. Dah cukup setengah hari kat Seremban tapi tak puas lagi Maha dan kawan-kawan teruskan lagi perjalanan.






Kemudian kami pergi pula Galeri Tuanku Ja'afar. Ia adalah galeri diraja yang mempamerkan segala barang peniggallan Tuanku Ja'afar. Korang kenal ker siapa Tuanku Ja'afar ini? Nama penuh baginda iaitu Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10. Selepas sahaja kemangkatan Tuanku Abdul Rahman, yang kalau korang tengok gambar dekat duit kertas Malaysia tu muka Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu.






Dalam galeri ini korang boleh lihat barang-barang sukan yang diminati baginda iaitu Kriket dan Golf. Juga barang pertabalan dan juga beberapa barang adat istana. Juga baginda begitu minat dalam seni lukisan dan ada beberapa hasil lukisan yang telah dihasilkan baginda di pamerkan di sini. Galeri ini ada dua tingkat jadi pastikan korang melawati seluruh pelusuk galeri ini baru puas hati. Kat sini nak masuk dikenakan bayaran RM10 sahaja untuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. So cukup setengah hari berjalan kat sekitar Seremban. 



Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang dekat boleh pergi seperti  Taman Tasik Seremban, Ladang Burung Unta, Taman Ular Ulu Bendul, Tokong Lipan, Extreme Park Kampung Jikin, dan Gunung Angsi. Penggemar membeli-belah akan menikmati berdekatan dengan pelbagai pusat membeli-belah, Nilai 3 dan Mitsui Outlet Park KLIA, semuanya dalam jarak 30 minit pemanduan. Juga ada satu pusat ice skating terbesar di Malaysia yang baru sahaja dibuka di Seremban iaitu Pegasus Skate. Itu Maha tak sempat pergi lagi korang kena cuba nanti tau.

Merakam Memori Matahari Terbenam Di Tengah Laut Port Dickson 


Kali ini aktiviti sangat menarik yang menjadi memori terindah semasa menginap di Hotel Royal Chulan Seremban sahaja. Pihak hotel ada sediakan pakej menaiki cruise dan juga melihat matahari terbenam yang indah ditengah laut. Nak tahu pekej tu boleh terus hubungi hotel kerana tempat terhad. Pakej untuk naik cruise ini termasuk dengan pengangkutan dari hotel ke pantai Port Dickson, makan malam dan juga tiket cruise. Jadi dah jimat dan mudah segala diuruskan oleh pihak hotel.



Ini pengalaman pertama Maha nak naik cruise kat PD kerana sebelum ini tak tahupun ada khidmat ini kat sana. Selalu kalau sebut PD orang akan ingat tempat mandi-manda dan juga nak berkhemah yang disediakan. Tapi kat hotel ni ada pakej naik cruise, korang kena berada sana seawal jam 5.30petang kerana cruise akan mula bergerak dan juga akan berada tengah laut untuk bergambat menghadap matahari terbenam. Masa sangat singkat untuk bergambar tapi mereka sediakan sudut yang betul-betul menarik untuk diabadikan dalam gambar memeori. Satu sudut bucu cruise macam dalam filem Titanic untuk bergambar seperti yang Maha ambil ni. Mereka akan bantu dan tolong untuk ambil gambar korang tak perlu risau tu mereka sangat pakar.





Selain itu juga banyak lagi aktiviti boleh buat atas cruise ini seperti ada karaoke korang boleh nyanyi puas-puas pelbagai lagu untuk berhibur. Juga ada tempat untuk mandi di jakuzi air masin tau. Ia ada di belajang cruise mandi sekitar jaring yang disediakan tapi kena hati-hati kalau terlepas hanyut lah korang tengah laut tu hehehehe. Mereka sediakan jaket keselamatan dan juga penjaga sepanjang korang mandi dalam jakuzi tu. Mereka sediakan bilik air untuk tempat tukar pakaian dan juga air untuk mandi cuci lepas mandi air laut.






Menarik giler aktiviti atas cruise kerana ia ada dua tingkat tapi selalu tingkat atas tu penuh orang booking khas. Makanan memang ada disediakan dalam pakej dari pihak hotel jadi tak perlu risau nak makan dah. Cruise tu akan berlayar sekitar laut Port Dickson selama lebih kurang 2 jam dan akan berakhir pada jam lebih kurang 8 malam pulang semula ke jeti. Pengalaman menariklah dan ia sangat sesuai bagi yang nak honeymoon dan juga menyambut ulang tahun perkahwinan duduk jer Hotel Royal Chulan Seremban dan ambil pakej cruise dengan mereka.





Lepas sahaja habis aktiviti laut tu ada masa lagi kami terus pergi ke satu lagi lokasi yang wajib singgah kalau dah berada di Seremban ini. Mana lagi kalau bukan Masjid Sri Sendayan yang merupakan antara masjid yang tersenarai dalam masjid paling cantik di Malaysia. Datang pulak waktu malam memang kena sebab dapat lihat reka bentuk masjid yang begitu indah dan penuh kesenian Islam. Juga turut dilimpahi dengan cahaya, rasa sangat tenang dan sejuk berada di sana. Tapi kena pastikan pakaian yang sesuai dan juga untuk orang Islam solat dalam masjid tu kerana ia peluang keemaasn jarang dapat.






Rasa insaf kejap bila berkunjung kat sana. Habis sahaja melawat Masjid Sri Sendayan kami terus balik hotel sebab dah malam dan nak rehat penat seharian dengan pelbagai aktiviti. Menarik bukan aktiviti yang boleh buat kalau menginap di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Siapa kata Seremban bosan dan tiada yang menarik. Sangat penuh dengan aktiviti mengunjungi tempat sejaran, tempat seni dan juga tempat keinsafan. Next nanti Maha kongsikan posting makanan yang ada di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Tak akan lapar lah nak makan kalau menginap di sini. Selamat bercuti semua dan selamat beristirehat. Kita sambung lagi next post ok salam semua.


Sebarang pertanyaan dan juga tempahan hubungi :

Royale Chulan Seremban
Jalan Dato’ A.S. Dawood, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 606 766 6666
Fax: 606 766 6000
Email: booking.rcs@royalechulan.com
            enquiry.rcs@royalechulan.com








0 Pandangan: