Dessert,

Dessert Viral Snow Ice Jelly Bucket Di The Kiosk Cafe & Vendor Kuantan

Selasa, Ogos 20, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang datang kerja atau bercuti ker Bandaraya Kuantan korang wajib kena singgah kat satu kafe ini yang telah tular di sosial media. Tular kerana apa? Kerana kat sini adanya special dessert Snow Ice Jelly Bucket pelbagai perisa. Apa tu Snow Ice Jelly Bucket ni?



Ia adalah manisan yang dicipta dengan pelbagai bahan dalamnya yang dicedok sehingga penuh satu bekas plastik dan atasnya nanti disagat dengan snow ice pelbagai perisa. Isi dalam tu korang boleh pilih nak mereka cedok apa. Kalau tak nak pilih mereka akan cedok semua bahan yang ada sehingga penuh satu bekas tu.




Bahan dalam tu ada manisan seperti puding pelbagai perisa, jelly pelbagai perisa, ada buah-buahan, ada bubble atau pearl dengan pelbagai perisa. Juga ada corn flake atau juga yang rangup-rangup pelbagai perisa. Memang penuh satu bucket tu. Makan sejuk-sejuk memang sedap gilerrr dan rasanya tidak berapa manis walaupun ada macam-macam dalam tu.



Sesuai untuk makan kat situ kalau nak bawa balik nanti ia akan cair dan mungkin rasanya tidak sesedap yang masih sejuk. Harga pula satu bucket tu RM15 memang kenyang makan tu sahaja lah berbaloi. Nama kedai ini adalah The Kiosk Cafe & Vendor yang terletak di Indra Mahkota 3 Kuantan. Melalui Jalan Bypass Kuantan untuk pergi ke Terengganu. Kedai tak besar pun kecik cenonek jer tapi barang dalam kedai tu macam-macam ada.




Selain yang viral tu, ada juga makanan untuk lunch box atau ready to eat yang boleh beli untuk makan tengah hari atau bungkus bawa bekal makan dalam perjalanan. Ada jual nasi, mee, kuih muih, burger, spageti atau pasta, fish and chip, chicken chop, makan Korea puna ada. Itu semua vendor-vendor tempatan yang hasilkan dan letak kat kafe ini.




Harga pun sangat berpatutan murah dan berbaloi beli banyak-banyak. Sebab tu kalau datang waktu tengah hari memang ramai orang sebab mereka suka beli lunch box untuk makan berat yang ada jual di sini. Maha hari tu singgah sini sebab ada urusan kerja jadi search kat Google tempat viral dan keluarlah nama The Kiosk Cafe ini. Terus singgah dan memang banyak makanan dan cuba dessert yang viral tu sangat puas hati.



So orang yang kebetulan lalu atau memang datang bercuti ke Kuantan ni boleh singgah sini untuk cuba mekanan dessert yang ada di sini. Kat Kuantan sebenarnya banyak tempat jualan atau kedai yang viral. Kedai kopi hypster pun dah banyak tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Pilihan cuma ditangan kita nak pergi yang mana satu. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.







0 Pandangan: