Belinjo Cafe,
Mencari Juadah Masakan Johor Di Belinjo Cafe Setia Alam
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Perhatian kepada semua bangsa Johor, terutama yang duduk di Lembah Klang ni. Kalau korang nak menikmati masakan original Johor boleh datang cuba di Belinjo Cafe Setia Alam Shah Alam. Agak jauh juga tapi demi nak nikmati sajian Johor kena cuba makan di sini. Walaupun Maha bukan orang Johor tapi suka makanan yang ada di sini.
Belinjo Cafe ini adalah milik seorang anak Johor yang dah lama menetap kat Lembah Klang mencari rezeki dengan membuka sebuah kafe ini. Masa Maha datang hari tu agak keliru juga nak jumpa kafe ini kerana ia berada di tingkat satu bangunan kedai. Juga papan tanda kedai yang tertera nama kafe ini pun kecil. Maklumlah menurut kata pemiliknya cafe ini baru sahaja setahun beroperasi.
Tapi tak jumpa pusing banyak kali tetap juga semangat nak cuba, sebab nak rasa juadah Bangsa Johor ni. Jejak sahaja kaki kedalam kafe ini mata terus terpegun dan rasa jiwa tenang. Ini kerana dalam cafe ini begitu banyak tumbuhan hijau. Konsep dekorasinya adalah seperti makan di rumah sendiri. Serta susun atur meja dan juga hiasa yang dikenakan dalam kafe sangat estatik. Kalau korang kaki selfie atau Instagrammable memang suka sangat kafe ni, setiap sudut nak bergambar sahaja.
Menu makanan kena order kat kaunter dan juga ada senarai makanan dan harga pun sangat berpatutan. Hari tu Maha mencuba mereka punya best seller kat kafe ini iaitu Tauhu Begedil Goreng. Juadah berat sikit Maha order juga sekali dengan Nasi Ambeng dan juga Lontong Darat.
Memang betul Tauhu Begedil tu sangat rangup di luar dan juga lembut isi di dalamnya. Dihidangkan panas-panas lagi. Saiz tauhu tu bukan biasha-biasha tau memang gedabak besarnya. Dua ketul tu pun dan buat rasa kenyang. Makan pula cicah dengan sambal kicap terangkat tu perhhhh bagaikan rasa di awan. Ini wajib kena cuba yer memang resipi asal mereka daripada zaman dulu lagi. Semenjak pemilik kafe ini berniaga jualan secara dalam talian. Kalau korang kenal Resipi Nani Rostam, dari zaman tu mereka meniaga tauhu ni.
Kemudian untuk Lontong Darat tu buat pertama kali Maha rasa yer. Selalu lontong ada sekali dengan kuah lemak tapi Lontong Darat lebih kering dengan kuah kacang. Juga ada tambahan sampingan seperti Sambal Goreng Jawa, ada Serunding, ada Ayam Masak Merah dan juga Lontong atau kita panggil Nasi Impit. Satu pinggan tu memang saiz hidangan sesuai untuk seorang makan dan kenyang. Segala cukup rasanya.
Terakhir sekali Nasi Ambeng tu pun cukup satu pinggan dengan adanya Nasi Putih, Mee Goreng, Sambal Goreng Jawa, Serunding, Ikan Masin dan Ayam Masak Merah. Gaul sekali dan makan semua tu sangat meletop dalam mulut yer. Ayam Masak Merah sangat lembut dan tidak pedas manis-manis macam orang Johor juga gituwwww. Puas hati Maha datang makan sini.
Sebab hari tu Maha datang berdua dengan kawan blogger Rawlins Glam jadi kami kongsi-kongsi makana nak rasa. Minuman lak kami order satu air kopi ais dan satu lagi chocolate ais. Pencuci mulut lak hari sebab setiap hari ada pelbagai dessert yang berlainan. Hari tu dapat makan Nani's Butter Cake yang menjadi signature kat kafe ini.
Kafe ini buka setiap hari kecuali Isnin mereka tutup. Waktu operasi lak dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Selain dari dijadikan kafe ia juga boleh jadi event space untuk buat majlis reunion, sambutan hari jadi, majlis pelancaran produk dan macam-macam lagi. Masa tengok kat Instagram Belinjo Cafe mereka juga ada sediakan service penghantaran makanan yang pre order kepada kawasan Lembah Klang sehingga ke Bangi dan Putrajaya. Juga kalau nak order makanan untuk katering pun boleh juga sebab sedap-sedap semua makanan kat sini.
Buat pasangan yang tengah hangat bercinta masih manis sesuai datang dating kat sini jauh dari orang ramai gituwww. Parking pun tak ada masalah banyak jer kat area sini. Dari segi rasa Maha boleh bagi 9/10 memang sedap. Semua juadah kat sini di masak sendiri oleh pemilik kafe ini tau jadi memang sedaplah. Korang kena datang cuba nanti ok. Selamat menjamu selera semua.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:
Instagram : https://www.instagram.com/belinjo.my/
Whatsapp : 6013-918 7857
Alamat : 29-1F, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, 40170 Setia Alam
Satisfied with all the information I found in this article. Very helpful.
BalasPadamI’m hoping to check out the same high-grade blog posts. Keep on Writing.
BalasPadamWonderful items from you, man. You’re making it entertaining blog. Thanks
BalasPadamWhat’s up, everything is going nicely in this blog here, keep up writing.
BalasPadam