Hotel,

Restoran Makan Yang Lazat Dan Menjadi Pilihan Ramai Di Hotel Royal Chulan Seremban

Rabu, Ogos 28, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakana-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ni Maha ada kongsikan tentang bilik penginapan yang di Hotel Royal Chulan Seremban dan juga beberapa lokasi menari berhampiran yang boleh dikunjungi kalau menginap di hotel ni. So seperti yang Maha janjikan kali nak kongsikan restoran atau tempat makan yang ada di Hotel Royal Chulan Seremban.



Dalam hotel ni ada dua restoran iaitu satu restoran masakan china iaitu Restoran Han Pi Yuen. Manakala satu lagi restoran kat bahagian lobi hotel iaitu Restoran Asiatique yang menyajikan bufet makanan masakan melayu, timur dan juga barat. Jom kita terjah satu-satu restoran yang ada dalam hotel ni. Lepas ni korang tak perlu keluar lagi untuk cari makan boleh jer pergi restoran mereka dijamin sedap.

Restoran Han Pi Yuen Memperkenalkan Hidangan Cina Asli Citarasa Tempatan


Jangan risau restoran cini yang ada dalam Royal Chulan Seremban ni dijamin halal. Sebab tu Maha berani makan kat sini. Restoran Han Pin Yuen ini terletak di aras mezanin hotel dan restoran ini dibuka setiap hari (kecuali pada hari Isnin) untuk makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Manakala makan malam dari 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari.





Hari tu masa Maha sampai petang Jumaat lepas sahaja check-in dah penat jadi malas nak keluar jadi pilih untuk makan malam di sini dengan kawan-kawan. Kami pilih set hidangan yang ada  Ayam Kung Pao dengan Kacang Gajus, Makanan Laut Claypot dengan Dadih Kacang, Telur Scramble Gaya Cina, Sayur Tumis, Nasi Putih, buah-buahan tempatan dan Teh Cina.





Set ini sangat sedap yer memang kena dengan tekak Melayu walaupun masakan chinese style. Rempah ratus dan juga bahan masakan semua segar cukup rasa. Makan pulak panas-panas memang mengancam giler. Memang rekemen sebenarnya untuk korang yang menginap sini cuba makan kat restoran ini. Layan daripada mereka punya pelayan pun bagus kita tanya sahaja semua mereka jawab dengan lemah lembut. Memang kenyang makan malam hari tu tak perlu nak drive keluar hotel dah penatkan.






Selain itu juga kat restoran ini ada juga set lain yang menjadi menu seperti Set Bento. Set ini ada harga yang berbeza dan juga hidangan berlainan untuk banyakkan pilihan kepada tetamu yang datang. Juga kalau tak nak ambil set boleh sahaja pilih A La Carte. Lauk pauk dari senarai menu yang mereka ada untuk selera berlainan. Dalam menu tu ada Chicken Chop dengan Mango Sauce. Itik Asap Cili Kering dan Bawang Merah, Daging Tumis Halia dan Bawang Besar, Asparagus Sambal, Kailan Goreng Ikan Bilis Perak, Udang Telur Masin dan Nestum, Ikan Tongkol Kari Nyoya, Sotong Goreng Kacang Sauda dan macam-macam lagi.




Dekorasi dalam restoran ni pun menarik dan sangat selesa. Dalam tu boleh muat lebih kurang 50-80 orang tetamu dalam satu-satu masa. Kalau datang rombongan beramai-ramai boleh booking satu retoran. Menarik dan keluar dari restoran tu perut kenyang dan rasa mengantuk sebab dah malam. Jadi masuk bilik terus terbaring tidur sahaja lah. Sambung untuk esok lak nak makan kat mana?

Restoran Asiatique Saji Juadah Lokal Hingga Antarabangsa


Menginap kat hotel ni akan dapat sekali pakej untuk sarapan pagi bagi dua orang. Jadi sarapan pagi tu bufet style yang di adakan di Restoran Asiatique. Restoran ni berada kat aras lobi hotel sahaja dan juga besar sangat. Kalau sarapan pagi sini memang ada menu yang menjadi pilihan masakan tempatan seperti Nasi Lemak, Bihun Goreng, Nasi Bubur, Roti Jala, Nasi Goreng dan macam-macam lagi.





Juga ada hidangan pastri seperti roti bakar, muffin kek, croissant bread, sosej dan nugget untuk kanak-kanak kena ada. Style sini bufet makan berapa banyak selagi mampu tapi jangan membazir. Sarapan pagi hotel bermula dari 7.30pagi hingga ke 10.00pagi. Kalau makanan habis mereka akan tambah untuk memastikan semua tetamu dapat. Setiap hari sarapan pagi mereka akan rotate dengan menu-menu lain untuk bagi kepelbagaian.






Hujung minggu pun kat restoran ini ada sediakan bufet makan tengah hari. Lagi banyak pilihan makanan untuk makan tengah hari kat sini. Makanan Asia seperti Gado-Gado, Mee Kuah, juga pilihan nasi dan lauk pauk dari masakan daging dan juga makanan laut. Kalau nak makanan barat mereka sediakan pasta dan speghati. Menarik masakan barat ni chef akan masak depan mata kita untuk pilihan kuah Cabonara atau juga Bolognese bersama cheese yang banyak. Kena makan panas-panas baru sedap cheese boleh tarik. 





Pilihan makanan salad dan juga side dish lain pun ada baru lah variati dan sihat. Buah-buahan segar juga ada. Minuman nak yang panas mahupun yang sejuk disediakan. Mesin automatik bancuh kopi ada juga untuk pilihan kopi Cappuccino, Latte, Americano dan banyak lagi. Air cordial buah pun ada kat situ. Makan bufet tengah hari pula bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang





Menarik Restoran Asiatique ia ada pemandangan kolam renang. Lepas makan nak berenang pun boleh hehehe. Nampak orang mandi manda dan juga air kolam yang bersih dan juga kehijauan pokok-pokok. Bagi Maha hotel ni menarik untuk bermalam tanpa perlu keluar pun kalau datang atas urusan kerja. Tapi kalau bawa famili jalan-jalan boleh perti tempat menarik yang Maha dah kongsikan pada posting sebelum ini.






So itu sahaja posting Maha untuk staycation singkat dan dekat di Hotel Royal Chulan Seremban ni. Kalau korang ada pengalaman menarik kat hotel ni boleh kongsikan di ruangan komen di bawah ni. Kalau nak tanya sebarang persoalan boleh hubungi mereka terus kat no yang Maha kongsikan di bawah ini ok. Bagi Maha hotel ni dalam list untuk stay dan pengalaman menarik berada di Seremban. Jumpa lagi dan selamat bercuti semua.

Sebarang pertanyaan dan juga tempahan hubungi :

Royale Chulan Seremban
Jalan Dato’ A.S. Dawood, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 606 766 6666
Fax: 606 766 6000
Email: booking.rcs@royalechulan.com
           enquiry.rcs@royalechulan.com








0 Pandangan: