Cik Roses,

Sarapan Pagi Di Restoran Kunyet Kunyet Malaya Taman Medan Petaling Jaya

Khamis, Ogos 15, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang untuk pergi cari makan sarapan pagi juadah popular dari Pantai Timur dari negeri Kelantan dan Terengganu. Kalau sebut dua negeri ini sahaja mesti akan terbayang dalam fikiran korang makanan seperti Nasi Dagang atau Nasi Kerabu betul tak?



Memang pun, kali ni kita pergi ker Restoran Kunyet Kunyet Malaya yang terletak di Taman Medan Petaling Jaya. Nama pun dah kunyet mesti ada masakan Nasi Berlauk jugakan. Restoran ini telah tular di platform TikTok melalui akaun pemiliknya iaitu Cik Roses. Beliau selalu buat live daripada restoran ini untuk buat kita terliur.



Maha yang tengok pun dah terliur teruslah apa lagi pergi cuba sendiri kat sana. Sampai-sampai sahaja orang dah ramai berbaris kat luar restoran tu. Nak makan ker atau nak tengok Cik Roses yang comel tu hehehe. Jaga-jaga milik orang Cik Roses tu wakakakaka. Gurau jer Cik Roses. Jadi memang datang kena awal satu takut lauk habis dan kedua kena berbaris panjang. Tapi jangan risau service sini pantas cuma kadang-kadang tu tempat makan penuh.



Mereka siap buka meja kat luar tepi jalan untuk yang nak makan di situ. Juga kalau nak bungkus bawa pulang pun boleh juga. Macam Maha bagi tahu kat sini ada juadah sarapan pagi masakan Pantai Timur seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Laksam Lemak dan juga macam-macam kuih muih tradisi yang ada dijual di sini.



Kalau lauk tu korang bukan sahaja boleh pilih nak makan dengan Gulai Ikan Aya atau juga dengan Daging Salai. Tapi juga ada laun macam Masak Lemak, Ayam Goreng Kunyit, Daging Goreng Kunyit dan macam-macam lagi. Pulak tu mereka isi bukan sikit tapi dicedok sebanyaknya penuh satu bungkus kerta nasi tu. Korang kena bagi tahu nak nasi lebih atau lauk lebih. Supaya mereka boleh isi berapa banyak yang korang perlu.



Bukan setakat makan kalau nak minum pun ada kat sini dan juga ada Roti Canai juga dimasak panas-panas. Nasi Lemak pun ada juga tau jangan pelik nama pun dah sarapan pagi kena ada semua tu. Dari segi rasa Maha bagi 8/10, manakala dari segi service Maha boleh bagi 9/10 memang pantas. Pelanggan kat sini bukan sahaja dari KL atau Selangor malah ada juga dari luar sanggup datang nak cuba sarapan pagi kat sini. 



Jadi nak datang sini ia buka setiap hari dari awal pagi pukul 7.00 pagi hingga lauk habis, tapi selalunya sampai pukul 12.00 tengah hari sahaja untuk sarapan pagi. Makan tengah hari pun ada juga kat sini mereka jual kena datang sebab ramai katanya berbaris nak makan tengah hari. Untuk makan tengah hari nasi campur ada kat sini serta juga set nasi dengan lauk pun ada pelbagai pilihan.



Tak lama lagi pula Restoran Kunyet Kunyet Malaya akan buka untuk makan Nasi Lemak waktu malam. Bermula dari jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Bila tu nanti mereka akan umumkan di laman sosial Kunyet Kunyet Malaya. Jadi kena follow Facebook. Instagram dan TikTok mereka rapat-rapat. 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.







0 Pandangan: