Bukit Bintang,

Bufet Hari Ahad Dengan Harga Bawah RM100 Di Hotel Lima Bintang PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Khamis, September 19, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Jom kali ni Maha nak tunjukkan korang bufet makan tengah hari di bawah harga RM100 di sebuah restaurant dine-in. Ia dalam sebuah hotel tapi bukan kaleng-kaleng hotel, ia bertaraf Lima Bintang dan juga berada di tengah-tengah kawasan strategik lubuk emas Bukit Bintang. Mana nak dapat bufet makan sehebat itu. Makanan bukan sahaja dari negara Asia malah antarabangsa yang dihidangkan. Itu yang buat lagi rasa nak mencuba ni jom.



Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Thyme di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Nama pun dah gah seperti mana hijaunya tumbuhan begitu juga dekorasi dalam restoran ini. Mula-mula masuk sahaja dah di sambut dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan segar yang hidup. Restoran ini berada di aras LG dan parking banyak tak perlu risau.





Kali ini Maha mencuba mereka punya Sunday Hi-Tea Buffet yang hanya ada pada hari Ahad sahaja dari pukul 12.30 tengah hari hingga jam 3.00 petang. Tempat sangat luas dan juga bayak tempat duduk yang selesa untuk nikmati bufet. Konsep bufet makan sampai kenyang tapi jangan membazir tak baik. Kalau datang bufet ini korang kena cuba mereka punya hidangan utama yang menjadi tanda bahawa ia adalah restoran hebat.



River Prawns In Rice Spring Roll berada betul-betul dimeja hadapan menyambut ketibaan korang yang nak makan dengan penuh selera di sini. Menggunakan Udang Galah yang bersaiz besar tengok lah kat atas meja tu semua segar-segar dengan warna yang menggoda. Isi udang padat dan lembut dimasak pada suhu yang sebenar. Menarik chef akan buat Spring Roll ini bila korang order sahaja menggunakan sayur segar dan isi udang yang tebal.




Pembuka selera yang sangat lazat dan menyegarkan makan pula dengan sos khas Vietnam yang ada rasa masam manis, digandingkan dengan salad sayuran segar. Satu tak cukup kot rasa boleh habis bergulung-gulung. Tapi kalau korang nak makan udang begitu sahaja pun boleh kerana ia telah dimasak. Walaupun di masak dahulu rasa manis udang galah masih kekal dalam isinya tu yang buat ia sangat istimewa.




Maha tahu kebanyakkannya orang kita kalau datang bufet mesti mencari hidangan kambingkan. Kat sini pun ada dipanggil Braised Australian Lamb Shoulder Rendang. Hidangan kambing yang lembut dan cair di mulut, dimasak mengikut kaedah tradisional Melayu yang digandingkan dengan nasi. Kambing dalam Nasi Kabsa satu kombinasi yang sangat padu meleleh wei.




Menu lain pun ada juga untuk masakan Asia seperti Nyonya Laksa, Pasembor, Sate dengan Kuah Kacang dan Nasi Impit, Sushi serta banyak lagi. Nak makan yang antarabangsa atau western boleh cuba Chicken Pot Pie, Penne Pesto, Lamb Ossobuco yang semua dihidang panas-panas yang menyerlah rasa dan kelazatannya.





Ehh banyak lah makanan yang buat korang tak tahu nak mula yang mana dulu. Kemudian untuk dessert mereka juga menyediakan Jonker Walk Cendol. Ia juadah ais kisar Malaysia dengan gula melaka manis dan butir cendol berperisa pandan. Nak banyak mana korang minta chef sediakan. Juga ada Aiskrim Teppanyaki Durian. Pada pecinta Raja Buah ni boleh cuba dibahagian makanan sejuk. Kek dan juga puding and pastri banyak lah jangan cakap semua ada.



Semua ini korang boleh makan sepuasnya dengan harga hanya RM98 untuk seorang dewasa. Manakala kanak-kanak 6-11 tahun RM49 seorang sahaja. Harga bufet ini sehingga hujung tahun ini iaitu 29 Disember 2024. Masih banyak masa lagi dan bolehlah bawa keluarga atau isteri nak meraikan ulang tahun perkahwinan ker. Makan ala-ala romantik dan mewah sekali sekala, atau nak belanja kawan istimewa pun boleh.



Kalau korang dah cuba dan nikmati makanan di sini nanti kongsikan dengan Maha kat ruang komen ok. Maha dan pergi memang kenyang dan puas hati dengan kesedapan dan juga suasana restoran Thyme yang sangat mewah tu. Selamat menjamu selera semua dan selamat hujung minggu.

Tempahan dan pertanyaan boleh layari 
Whatsapp : 6010 229 7156
Email : dining.prckul@panpacific.com






0 Pandangan: