Hari Kebangsaan,

MILO Semarakkan Semangat Malaysia Boleh Dengan Laungan ‘Dulu, Kini, Selamanya Demi Malaysia’

Selasa, September 10, 2024 Mahamahu 0 Comments

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, MILO, minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat Malaysia menyampaikan mesej penuh inspirasi ‘Dulu, Kini, Selamanya Demi Malaysia’ yang meraikan kesatuan hati dan kekentalan jiwa rakyat Malaysia. Cogan kata ini mencerminkan kehadiran MILO dalam kehidupan rakyat lebih daripada 70 tahun, terus menyemarakkan semangat ‘Malaysia Boleh’ dan membekalkan rakyat tenaga serta daya tahan yang diperlukan untuk terus maju. Komitmen berterusan ini terletak di hati MILO, yang sentiasa memberi khasiat dan memupuk generasi demi generasi dengan secawan MILO yang berkhasiat, dari dulu sehingga kini dan menuju masa depan, sentiasa berlandaskan semangat cintakan Malaysia.



‘Dulu, Kini, Selamanya Demi Malaysia’ menyanjung kejayaan dan detik cabaran yang menjadi asas perpaduan negara sempena sambutan kemerdekaan ke-67 Malaysia. Lori MILO ikonik kami mencetus nostalgia yang mengingatkan rakyat Malaysia tentang kenangan manis menikmati kelazatan MILO sejuk yang berkhasiat. MILO berbangga menjadi jenama Buatan Malaysia, yang dicipta oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia. 



Tumpuan utama sambutan MILO ialah peraduan ‘Malaysia Boleh Bersama MILO’ dari 1 Ogos hingga 30 September 2024, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan melebihi RM1,000,000. 



Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad, merangkumkan makna mesej tahun ini dengan berkata: “MILO sudah sekian lama menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, setia bersama baik di acara sukan, semasa sarapan pagi mahupun detik indah bersama keluarga. Jenama ini telah menjadi teman yang diyakini, sama ada semasa menyokong bakat muda di peringkat akar umbi atau atlet kita yang bertanding demi negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik, baik menjaga kebajikan komuniti B40 ataupun menghulurkan bantuan pada masa-masa sukar seperti semasa pandemik COVID-19. Malah MILO sentiasa berusaha membakar semangat dan bertekad untuk melangkah maju ke hadapan bersama negara. Kini kami meraikan sambutan hari kebangsaan dengan kempen yang menawarkan ganjaran yang paling lumayan sebagai cara mengabadikan detik-detik manis baharu bersama rakyat Malaysia!”.



Menyertai peraduan, pengguna boleh membeli produk MILO bernilai sekurang-kurangnya RM16. Enam pemenang hadiah utama bulanan akan menerima satu set lori Emas Tulen MILO dengan empat rekaan. Set koleksi eksklusif ini pasti akan dihargai oleh mana-mana peminat MILO. Para pemenang juga boleh merebut peluang sekali seumur hidup untuk menerima kunjungan lori MILO di lokasi pilihan mereka, di mana sehingga 5,000 cawan MILO akan disajikan kepada rakan-rakan, keluarga dan komuniti mereka. 



Selain daripada hadiah utama, terdapat 27 hadiah pertama mingguan, dengan setiap seorang pemenang juga menerima hadiah koleksi Lori Emas Tulen MILO edisi terhad. Di samping itu, sejumlah 10,800 lori koleksi MILO Warisan Malaysia dengan empat rekaan unik ditawarkan sebagai hadiah peserta awal mingguan. Pemenang boleh mengumpulkan keempat-empat lori dan melengkapkan set kerana setiap rekaan dilancarkan dalam selang masa dua atau tiga minggu. Set koleksi yang cantik ini melambangkan khazanah MILO di Malaysia, mencerminkan bukan sahaja warisan jenama tetapi usahanya memupuk dan membekalkan khasiat pemakanan kepada rakyat Malaysia sejak 1950. 



Bagi memeriahkan lagi sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, jenama kegemaran ramai ini telah memulakan acara jelajah ke seluruh negara untuk menghidangkan MILO secara percuma kepada orang ramai pada 31 Ogos dan akan melakukan satu lagi jelajah pada 16 September. Sila kunjungi saluran media sosial dan laman web MILO untuk maklumat tentang tempat persinggahan lori yang paling dekat dengan kawasan perumahan atau lokasi anda.

Butiran lanjut tentang kempen ‘Malaysia Boleh Bersama MILO’, layari https://www.milo.com.my/malaysia-boleh-bersama-milo-2024.










0 Pandangan: