Dapur,

Resipi Bujang Lala Masak Pedas Manis Campak Mencampak Mudah Dan Sedap

Selasa, September 24, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nak kongsi resipi yang Maha buat sendiri ikut kepala sendiri jer janji boleh makan dan sedap. Sebab hari tu masa beli bahan mentah untuk dapur ada nampak Lala. Jadi sebab lama tak makan beli tak tahu nak masak apa. Maha main campak-campak sahaja tapi boleh untuk makan sendiri.



Kalau korang nak cuba boleh jer tapi bahan tu dan sukatan ikut suka tiada yang tetap. Jaji ada rasa dan resipi ni Maha namakan Lala Masak Pedas Manis Campak Mencampak. Jom kita tengok bahan yang Maha guna dan cara nak masak tak sampai pun 15 minit hehehe.

Bahan-bahan utama:

200gram Lala
1/2 inchi Halia 
3 ulas Bawang Putih
2 biji Bawang Merah 
10 biji Cili Kering
1 Batang Serai
1 Keping Asam Gelugur
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu besar Sos Cili
1 sudu teh Sos Tiram
1 sudu teh Kicap Manis
1 sudu teh Gula
1 tangkai Cili Merah (dihiris)
2 sudu Minyak Masak
Garam secukup rasa
Penyedap rasa
Gula secukup rasa



Cara memasak: 

1) Basuh Lala sehingga betul-betul bersih supaya tiada pasir. Basuh dengan air mengalir. 
2) Kisar sehingga hancur Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili Kering.
3) Masukkan minyak masak dalam kuali dengan api pelahan dan tumis bahan dikisar tadi sehingga cili kisar masak.
4) Masukkan pula serai yang dititik dengan asam gelugur. Masak sekejap.
5) Masukkan Sos Tomato, Sos Cili, Kicap Manis dan Sos Tiram gaul sehingga sekata.
5) Masukkan Lala yang telah dicuci bersih dan gaul dengan kuah tadi dan tutup kuali untuk pastikan Lala masak. Masak dalam 5 ke 10 minit sehingga nampak kulit lala terbuka.
6) Lepas tu masukkan Garam, Penyedap Rasa dan Gula ikut rasa yang kita mahukan.
7) Tabur dengan cili merah yang dihiris gaul sekejap dah siap masak dan boleh masuk dalam pinggan untuk dihidangkan

Ni makan pula dengan nasi putih yang panas-panas dengan ulam-ulaman perhhhh memang terangkat. Sedikit tip nak kongsikan nak tahu Lala tu masak kulit semua dah terbuka. Kalau ada yang tidak terbuka jangan makan kerana dalamnya kosong dan kemungkinan ada pasir, buang sahaja ok. Resipi mudah dan pasti nak ulang lagi masak hehehe.

Selamat mencuba semuanya.....






0 Pandangan: