Awaygu Yakiniku,

Cari Kelainan Daging Wagyu Import Dari Jepun Di Restoran Awagyu Yakiniku Plaza Akadia Desa Parkcity

Selasa, Oktober 15, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang pernah cuba makan Wagyu? Apa yang bestnya kalau dapat makan daging wagyu ni? Ada daging wagyu harga boleh cecah sehingga ribu-ribu ringgit. Tapi demi nak dapat kepuasa makan daging dari lembu yang dijaga rapi dan berkualiti sanggup berhabis.



Bukan setiap hari kita boleh memanjakan diri dengan makan wagyu yang lazat ni. Kalau dapat sekali kena rasa juga. Jom kali ni Maha bawa kepada sebuah restoran makanan daging wagyu yang diimport khas dari negara matahari terbit. Ia di bawa dari sebuah ladang di Tokushima Japan yang cukup menjaga daripada makanan dan minuman lembu-lembu yang diperlihara.




Nama restoran ini adalah Awagyu Yakiniku yang menyajikan Wagyu A5 yang paling segar dan premium, serta pelbagai hidangan Jepun klasik juga. Mereka menyediakan lebih daripada 26 jenis wagyu di sini, dan semuanya diimport dari Jepun.




Restoran yang Maha pergi ini terletak di Plaza Akadia Desa Parkcity. Ia ada lagi cawangan lain seperti di IOI City Mall Putrajaya dan juga Johor Baharu. Buat pencinta daging restoran ini mesti kena cuba kerana ia mempunyai keutamaan pada bahagian daging yang menjadi kegemaran ramai orang. Ada yang dalam menu ala-cart dan juga ada yang dalam set premium.




Hari tu Maha datang dan cuba mereka punya Premium Yakiniku Combo Set. Ia set sesuai untuk makan 2 ke 3 orang memang banyak. Dalam set tersebut ada 8 jenis bahagian daging yang terbaik. Ada bahagian Sirlion, Riblion, Zaputon, Ichibo, Misuji, Tokujo Karubi, Katarosu dan Shinshin. Semua ia akan hidangan dalam set kotak yang cukup unik dan menarik. Ada dua dan tiga keping bahagian daging setiap satu tu.



Juga ada sekali side menu dalam set ini seperti Chawanmushi (2cup), Gyoza (2pcs), California Maki (2pcs), Chicken Thigh, Wafu Green Salad, Kimchi Pickles dan Miso Soup (2mangkuk). Memang banyak dalam set ini dengan harga berpatutan. Boleh lagi nak tambah side menu lain yang ada. Nak puas hati makan baik order banyak-banyak. Macam Maha hari tu tambah lagi seperti Takoyaki Ball (6pcs), Japan Wagyu Skewer (3steak) dan White Rice (2 bowls). Biasa orang Melayu nak makan mesti kena ada nasi putih. Sebab dah ada sup dan ada daging tak puas bagi Maha lah orang lain tak tahu. 




Cara nak memasak daging wagyu yang disediakan tu pun sangat menarik. Ini kerana tengah meja tu ada dapur panggan yang disediakan. Masak daging tu kena mula dengan sapu lemak daging yang disediakan untuk tidak melekat pada besi pemanggang. Lepas tu layurkan daging wagyu tu ikut pada tahap yang korang nak makan. Macam ada orang suka Rare, Medium Rare, Medium atau Medium Well. Maha suka masak sampai well done baru sedap makan daging. Kalau mentah-mentah ni takut lak nak makan. Daging wagyu yang disediakan tu tiada perapan apa hanya daging semata-mata. Dah siap masak boleh cicah dengan sos yang disediakan lepas tu terus ngap.



Walupun nampak macam sikit jer tapi sebenarnya kenyang yer makan kat situ. Pulak tu pilih minuman yang ada dalam senarai. Memang kenyang juga makan tu boleh tahan rasa. Daging tu kita boleh rasa ia sangat berjus di dalamnya. Tidak banyak lemak dan juga tidak liat langsung. Kunyah hancur di mulut. Padan dengan harga dan juga kualiti yang disediakan di sini.



Restoran Awagyu Yakiniku ini buka setiap hari dari jam seawal 12.00 tengah hari hingga jam 10.00 malam. Selalu orang suka makan yang daging salai-salai ni waktu malam. Maha hari tu datang tengahari sebab nak cuba. Jadi korang boleh datang dan rasai sendiri kualiti daging wagyu di sini. Mesti lain daripada daging yang korang pernah rasa sebelum ini. Nanti korang tinggalkan komen kat bawah ni ok. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.










0 Pandangan: