Beli Rumah,
Eka Heights - Projek Baharu Menggabungkan Ketenangan, Kehidupan Moden Dan Segala Kemudahan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa target korang untuk miliki rumah sendiri? Untuk dijadikan asset? Atau untuk dijadikan keperluan dalam keluarga. Tidak kisah apa sahaja yang kita mahukan untuk miliki rumah sendiri pasti kita akan cari rumah bukan sahaja untuk sebulan dua tapi untuk selamanya.
Mengimpikan rumah yang bukan sekadar tempat tinggal malah ia adalah permulaan kehidupan untuk bab seterusnya dengan menggabungkan ketenangan, kehidupan moden dan segala kemudahan. Ia yang boleh kita jadikan tempat yang sesuai untuk di gelarkan rumah Impian ataupun ‘rumah ku syurga ku’.
Kini ada satu pembangunan baru iaitu Eka Heights, di mana ianya di reka dengan teliti pada setiap komuniti oleh Matrix Concepts. Eka Heights merangkumi lebih 371 ekar di Seremban Barat dan merupakan pembangunan dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV). Ia dibangunkan untuk komuniti, tenang dan hijau, dengan dikelilingi alam semula jadi.
Eka Heights telah membuktikan ianya satu pembangunan perumahan berjaya dari mula majlis perancangan dan kini kepada pelancaran Presint 3 dan Presint 10. Permintaan yang kukuh menyebabkan penjualannya laris bagaikan ‘pisang goreng’. Kejayaan ini di terbitkan dengan keinginan untuk membeli rumah yang mencari keselesaan, kemudahan dan pertumbuhan disekitarnya.
Ciri-ciri Utama Pada Eka Heights
Ia juga bukanlah hanya khusus kepada keperluan keluarga yang semakin meningkat, malah profesional muda atau seseorang yang mencari tempat bagaikan sebuah percutian yang aman dan indah.
► Mempunyai keluasan 371 ekar tanah yang dibangunkan dengan teliti
► 3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai susun atur, yang disesuaikan untuk setiap gaya hidup dan saiz keluarga.
► Memiliki 25 unit komersial membawa kemudahan terus ke depan pintu dengan ada pusat perkhidmatan penting dan kedai runcit.
► Perumahan dalam taman dengan adanya Taman Mageka seluas 15.5 ekar. Iaitu pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai, beriadah dan bersosial.
► Keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights. Pagar keliling dan Pondok Rukun Tetangga yang diletakkan secara strategik memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga anda.
Lokasi Utama Untuk Kecapaian
Perumahan ini adalah ia berada di lokasi yang mampu di akses dengan mudah. Terletak di dalam Lembah Wawasan Malaysia, pembangunan ini dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang mantap dan mempunyai ketersambungan yang sangat baik.
Ia juga berhampiran dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Linkage untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi penting lain. Sama ada tujuan untuk berulang-alik ke tempat kerja atau menerokai bandar, Eka Heights meletakkan segala di tengah-tengah semuanya.
Taman Mageka Alam Semula Jadi di Depan Pintu
Satu ciri utama dalam Eka Heights yang diceritakan sebelum ini iaitu Taman Mageka. Ia adalah bagai sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan bermasyarakat. Ia lebih daripada sekadar taman permainan, malah tempat berkumpul untuk berehat dan membina hubungan yang akrab sesame kejiranan.
Taman ini mempunyai:
► Tasik seluas 8 ekar, sesuai untuk berjalan-jalan petang atau berkelah di tepi air.
► Kawasan mainan seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok dan slaid arca arnab, sesuai untuk pengembaraan kanak-kanak.
► The Sundial Plaza, menawarkan tempat yang indah untuk bertemu rakan-rakan atau menikmati perhimpunan keluarga.
► Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, daripada berbasikal hingga berjoging
Eka Heights Menawarkan Reka Bentuk Rumah Moden di Ferra Dan Meora
Jenis Ferra yang di gelar sebagai Lambang Kehidupan Kontemporari ianya menawarkan rumah teres 2 tingkat yang boleh di ubahsuai, bersaiz 20’ x 70’. Memiliki ruang tamunya yang luas dengan kawasan binaan antara 2,142 kaki persegi dan setiap rumah mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, menjadikannya ruang yang sesuai untuk keluarga dari semua saiz.
Mempunyai susun atur terbuka dan di datangkan dengan Sistem Rumah Pintar dan keahlian Clubhouse dan harga pinjaman bermula dari RM476,999.
Manakal jenis Meora pula yang berstatus pegangan FREEHOLD, ianya menawarkan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai reka Bentuk Luas, bersaiz 20’ x 70’. Tersedia ruang tamunya yang luas dengan kawasan binaan antara 2,245 kaki persegi dan setiap rumah mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi, menjadikannya ruang yang sesuai untuk keluarga yang lebih ramai dan besar.
Memmpunyai susun atur terbuka dan di datangkan dengan Sistem Rumah Pintar dan mendapat kemudahan Komuniti Eksklusif, harga pinjaman bagi Meora bermula dari RM574,999.
Jatuh cinta kepada khabar Eka Heights buat sesiapa yang melihatnya kali pertama. Ciri dan kemudahan yang saling melengkapi menjadi idaman abadi kepada peneroka yang terus menjelajah tanah indah yang ada di sini. Nak tahu lebih mudah dan segala maklumat lanjut mengenai perumahan Eka Heights. Hubungi Whatsapp Matrix WhatsApp Business Account: https://wa.link/ghtaxx
#EkaHeights #Meora #Ferra #TheHeartofaThrivingCommunity #MagekaPark #NatureatYourDoorstep #MatrixConcept
Rawlins berkenan sangat la dengan Ferra - chic, modern dan serba lengkap
BalasPadamUntung siapa beli rumah kat sini.. Lawa2 design, kemudahan pun lengkap
BalasPadamRumah moden,lengkap dengan sistem rumah pintar, dikelilingi alam semulajadi dengan pelbagai kemudahan untuk memudahkan kehidupan. Memang best nie!
BalasPadamSally mmg suka sgt dgn kediaman yg byk facilities...dia bukan semata rumah je...macam kalau duduk situ pun byk aktiviti boleh buat...kalau la Eka Heights ni dekat Ampang...hahahaha...dah lama beli seketul kekeke
BalasPadamEka Heights is a promising new project blending tranquility, modern living, and extensive amenities. Its serene setting is complemented by contemporary design, appealing to those seeking a balanced lifestyle. The thoughtfully planned facilities provide convenience and comfort, making it an attractive choice for individuals and families aiming for quality urban living.
BalasPadamDriving Without Proof Of License New Jersey