Dapur,

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Orang Bujang

Rabu, Oktober 16, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semenjak dua menjak ni rajin lak Maha masak kat rumah. Dah lama tak memasak untuk makan sendiri. Kali ni tiba-tiba mengidam nak makan ketam. Nak masak pedas dah biasa kali ni buat masak lemak cili padi lak.



Resepi ikut dari Youtube lupa dah. Maha cuma nak kongsikan orang dulu-dulu ada berpesan kalau nak beli ketam kena  beli waktu bulan penuh. Baru boleh dapat isi yang banyak dan sedap. Hurmmmm ada logik juga tapi tiada kajian secara saitifik. Apa pun masa nak pilih ketam kena pandai tengok tidak busuk atau hitam nanti tak sedap masakan kita. Nak kena ketam yang segar baru mengancam. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan untuk buat Ketam Masak Lemak Cili Padi.

Bahan-bahan utama:

8 ekor ketam 
2 inci Halia
3 ketul Kunyit Hidup
4 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 biji Cili Padi Merah
2 biji Cili Padi Hijau
1 inchi Halia 
1 batang Serai
1 kotak Santan
3 sudu minyak masak
Sedikit air kosong



Cara memasak:

1) Basuh ketam sehingga bersih tiada bau hanyir dan juga Maha suka buka cengkerangnya.
2) Kemudian sedia bahan menumis dengan kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cili padi merah dan hijau
3) Panaskan minyak dalam periuk ini kerana Maha gunakan santan kotak jadi ia kurang lemak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dan bau harum.
4) Masukkan ketam dan masukkan sedikit air kosong. Nak pastikan ketam masak biar sehingga mendidih.
5) Lepas tu perlahankan api dan masukkan santan kotak. Waktu ni kena selalu kacau dan pastikan tidak berketul santan tu.
6) Masukkan garam, perasa dan juga sedikit gula. Pastu kacau biar sebati.
7) Masakkan sekejap dalam 5 ke 10 minit dan rasa sikit cukup segala rasanya. Kalau cukup semua rasa dah siap. Sedia untuk dihidangkan.



Ada beberapa tips yang orang kongsikan jadi Maha rangkumkan kat sini:
- Pastikan guna Kunyit Hidup kerana rasa dan warna lebih menarik.
- Kalau guna santan kotak Maha akan masukkan minyak kerana ia jarang pecah minyak.
- Nak lagi menarik boleh masukkan hirisan halus daun kunyit lagi menyerlah rasa dan rupa masakkan tu.

Selamat mencuba korang semua. Kalau jadi kongsikan pengalaman memasak diruang komen bawah ni ok. 






0 Pandangan: