Bayu Sutera,
Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Mari-mari buat yang tengah cari-cari atau membuat perbandingan untuk miliki rumah sendiri yang lebih selesa dan juga menarik. Jom dapatkan di Bandar Sri Sendayan dibawah pemaju Matrix Concepts Holding Berhad.
Kenapa beli dengan pemaju ini kerana mereka telah stabil dan berada dalam industri Pembangunan hartanah sejak dari 1996 lagi dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak 2013. Matrix Concepts membina perumahan meliputi lebih 6,000 ekar di Negeri Sembilan terkenal dengan rumah bertanah premium mampu milik dalam persekitaran yang hijau dan direka bentuk secara mampan.
Pembangunan di situ juga telah melengkapi kemudahan kelas pertama seperti Sekolah Global Matrix, Kelab Desa d'Tempat yang diperakui GBI, Hotel Butik d'Sora Business, serta kemudahan awam dan sosial yang komprehensif untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan kehidupan bermasyarakat yang terbaik.
Kempen Hartanah Bumiputera Dari Matrix Concepts
Sekarang ini mereka menganjurkan Kempen Hartanah Bumiputera untuk memiliki rumah bertanah dan hartanah komersial. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan hartanah lokasi utama dengan pelbagai titik harga, memudahkan pembeli Bumiputera mencari rumah atau pelaburan ideal dengan faedah eksklusif.
Diantara tawaran yang pembeli bumiputera boleh dapatkan melalui kempen ini adalah seperti:-
1) Penjimatan yang ketara kerana pembeli boleh menjimatkan sehingga RM150,000 untuk hartanah terpilih. Antara penjimatan yang boleh diperolehi iaitu penjimatan dari kos keahlian rumah kelab, penjimatan daripada perkhidmatan internet jalur lebar percuma, Penjimatan dari yuran guaman, MOT & MOC serta Penjimatan daripada peralatan sistem rumah pintar
2) Ansuran bulanan rendah bermula dari serendah RM 2,083* sebulan, menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik.
3) Pilihan pembiayaan penuh sehingga 100% - 110%, meminimumkan kos kemasukan untuk pembeli.
4) Kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman rumah. Contohnya, sesetengah bank, seperti Ambank, Bank Islam, Hong Leong Bank mungkin menawarkan kadar faedah serendah 3.8%, bergantung pada profil kewangan pelanggan. Bank lain juga mungkin menyediakan kadar yang kompetitif.
5) Insentif eksklusif seperti perkhidmatan jalur lebar percuma, rumah yang dilengkapi sistem rumah pintar, dan keahlian kelab d’Tempat Country percuma.
6) Memiliki rumah dengan kos yang lebih rendah
Juga banyak lagi tawaran hebat yang bakal diterima sepanjang kempen ini berlangsung. Sangat bertuah kepada bumiputera yang memang nak cari hartanah untuk kediaman atau belaburan.
Jenis-jenis Perumahan Yang Terlibat Dalam Kempen Ini
Perumahan yang terlibat dalam Kempen ini banyak pilihan semua rumah atas tanah dan juga rumah 2 tingkat. Ianya seperti perumahan Bayu Sutera dari jenis rumah Izara II. Dimana ia adalah rumah jenis teres 2 Tingkat dengan saiz 20' x 70' kaki dan keluasan 2,315 kaki persegi. Mempunyai 4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air serta berkedudukan bersebelahan Tasik dengan landskap yang menghijau dan Taman Sentral seluas 9.5ekar. Berhampiran Pusat Komersial untuk kemudahan harian
Manakala rumah jenis Melora juga jenis teres 2 Tingkat 20' x 75'-92’ kaki 2,498 kaki persegi. Juga ada 4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air serta bekelebihan 1 Bilik Utiliti. Rumah ni ada show unit untuk dikunjungi bila-bila masa dan dapatkan nikmat memiliki rumah yang sangat luas dan cantik ini.
Jenis rumah Elonia III di bawah perumahan Bayu Sutera pula terletak di kawasan yang lebih tinggi dan dilengkapi dengan ciri kediaman pintar bagi menawarkan kemudahan serta keselesaan kepada pemilik. Rumah jenis teres 2 Tingkat 20' x 70' kaki dan berkeluasan 2,315 kaki persegi mempunyai 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air.
Perumahan lain iaitu Eka Heights dari jenia Ferra. Rumah teres 2 Tingkat dengan 20' x 70'kaki dan keluasan 2,142 kaki persegi dengan 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air. Ia berada di dalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV). Direka dengan teliti untuk keselesaan serta kondusif menjadikan kediaman ini sesuai untuk pelbagai saiz keluarga dan generasi.
Juga ada satu Kawasan komersial yang terlibat dalam kempen ini iaitu Irama Biz. Ia menawarkan Kedai 2 Tingkat dengan 22' x 75' kaki dan keluasan 3,105 kaki persegi. Ada Skim Pemilikan Usahawan Mikro-Ekonomi Disediakan*. Ia bakal siap pada tahun 2025 dan sekarang rancak dalam pembinaan. Menjadi pusat tumpuan ramai kerana ia laluan mudah orang ramai ke KLIA bila siap sepenuhnya nanti.
Jadi tunggu apa lagi memang banyak tawaran menarik untuk Kempen ini yang jarang-jarang diberikan khas buat pembeli Bumiputera. Rebut selagi masih ada dan jangan ketinggalan, war-warkan kepada keluarga atau rakan-rakan yang memerlukan rumah.
Maklumat lanjut layari laman sesawang https://hartanahbumimatrix.com/2
0 Pandangan: