Barang Memasak,
Resepi Kacang Panjang Goreng Telur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai bujang yang selalu makan kat rumah masak sendiri selalu Maha akan buat resipi mudah dan cepat untuk sediakan. Jadi kali ini nak buat Resepi Kacang Panjang Goreng Telur sahaja makan dengan nasi putih.
Sayur paling mudah nak sediakan. Kebaikan Kacang Panjang banyak antaranya ia berperanan dalam mengawal kadar gula dalam darah. Kandungan serat pada kacang panjang mampu memperlambat penyerapan gula dalam darah. Selain itu, sayuran ini juga memiliki indeks glikemik rendah sehingga tidak akan menaikkan gula darah secara drastik.
Jom tengok bahan digunakan dan cara penyediaan masakan resepi ini.
Bahan-bahan utama:
1 biji Telur1 sudu Minyak masak2 ulas Bawang putih (dicincang halus)2 biji Bawang merah (dicincang halus)1/2 inci Halia (dipotong halus)100 g Kacang panjang (dipotong panjang)1/3 tsp Serbuk lada hitam1/8 tsp Garam
Cara memasak:
1) Cuci kacang panjang dan toskan. Kemudian potong ikut kegemaran masing – masing.2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.3) Masukkan kacang panjang yang telah dipotong tadi dan masukkan sedikit air. Goreng sekejap hingga ia berubah warna.4) Kemudian pecahkan telur. Biarkan sekejap hingga telur masak dan kacau sehingga hancur.5) Tambah garam dan lada hitam kacau biar rata. Siap dihidang dengan nasi panas.
Kejap jer masak ni tak silap dalam 10minit termasuk penyediaan bahan. Nak cari bahan pun ada kat mana-mana sahaja. Rasa sedap dan juga khasiat. Masak jangan sampai kacang lembik sangat biar ada rasa rangup-rangup lagi lah baru sedap. Harap boleh cuba dan juga boleh kongsi hasil korang di sini.
0 Pandangan: