Choco Albab,

Choco Albab Maju Setapak Lagi Dengan Pelancaran Produk Baharu Choco Albab Hazelnut Spread

Selasa, Disember 10, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini kenal akan jenama produk coklat iaitu Choco Albab? Mesti ramai yang suka makan coklat dah familiar akan jenama ini. Maha sendiri selaku pecinta coklat pun suka produk keluaran tempatan yang setanding antarabangsa ini.



Tahun 2025 nanti Choco Albab, jenama tempatan yang semakin mendapat perhatian kini mengorak langkah dalam menjadikannya muncul sebagai jenama produk berasaskan coklat nombor satu di Malaysia. Ini dibuktikan apabila baru-baru ini 7 Disember 2024 mereka meraikan ulang tahun ke 3 jenama ini di pasaran Malaysia. 



Juga pada acara sama memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu Choco Albab Hazelnut Spread, yang disasarkan menjadi pilihan utama penggemar coklat tempatan. Produk baharu ini lebih premium dan rasa yang memikat. Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan. Namun masih boleh dinikmati seluruh rakyat Malaysia tidak kira usia, bangsa dan taraf.



Ia boleh dinikmati dengan makan bersama roti atau juga dalam hidangan lain yang sesuai disediakan buat sarapan pagi untuk keluarga yang sibuk dan tidak sempat menyediakan sarapan. Hanya buka dan sapu pada roti dah boleh terus nikmati rasa coklat yang premium dan juga tiada gula tambahan. 

Selain itu juga, pada majlis sambutan ulang tahun yang bertemakan Beyond The Star di Bangi Avenue Convention Center. Mereka juga turut meraikan sekitar 100 ribu agen dan puluhan Crown Leader. Itu adalah matlamat utama Choco Albab ditubuhkan bukan sahaja menjual produk tapi juga melahirkan lebih ramai usahawan yang boleh berjaya bersama mereka.



Sasaran pada tahun 2025 nanti Choco Albab akan mempunyai lebuh kurang 200 ribu usahawan tidak kira golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal, belia dan juga OKU yang ingin merubah kehidupan menjadi lebih baik. Pada hari itu juga seorang agen golongan kelainan upaya yang telah berjaya dari negara Singapura dibawa untuk menjadi inspirasi kepada orang lain juga. Beliau mampu menjana jualan SGD 10,000.



Pada majlis tersebut juga Said Saiful Fazli Said Aluwi iaitu Pengasas Choco Albab berkata mereka akan merancang untuk kembangkan perniagaan ini keluar negara. Seiring dengan matlamat dan keperluan tersebut juga mereka akan membuka kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran berskala lebih besar dan dilengkapi teknologi terkini. Ini dapat meletakkan Choco Albab sebagai jenama produk berasas coklat setanding dengan jenama luar.



Seronok apabila dapat melihat kejayaan peniagaan anak tempatan yang bersemangat tinggi dan juga beriltizam dalam perusahaan coklat seperti ini. Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.










0 Pandangan: