Dapur,
Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah
Baru-baru ini menjadi perbualan dan kegemaran ramai adalah salah satu menu Barat yang dikenali sebagai Loaded Nachos Cheese. Menu ini ‘menular’ dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yang menjualnya dengan harga yang mahal walaupun bahan-bahannya mudah sahaja.
Bukan itu sahaja, setiap kali ingin membeli juadah ini kena beratur selama beberapa minit atau jam kerana masih ‘viral’. Sekarang tak perlu pening-pening lagi kerana sudah boleh buat sendiri masakan ringan ini di rumah sahaja dengan ikut perkongsian resepi di bawah. Selamat mencuba!
RESEPI LOADED NACHOS CHEESE
Bahan-bahan utama:- Jajan Chacho’s TortillaBahan-bahan inti:- 500g daging kisar- 3 biji bawang putih- 1/2 biji bawang besar- 2 sudu besar serbuk lada hitam- 1 sudu minyak masak- Garam dan Gula**Goreng sampai daging masakBahan-bahan hiasan:- 1 biji Tomato (Potong dadu)- 1 biji Bawang Holand (Potong dadu)- Daun Salad (Potong halus)- Daun Ketumbar (Potong Hhlus)Sos Hijau- 1 sudu Mayonis- 3/4 biji cili hijau- 1/2 biji lemon/ limau nipis- Daun ketumbar- Sedikit airKisar semua hingga hancurSos Putih- 3 biji bawang putih- 1 sudu besar lada hitam halus- 1 sudu besar yogurt- 1 sudu besar cream cheese- 1/2 cawan mayonis- Garam dan gula secukupnya- Sedikit airKisar semua hingga hancur
Jom mencuba nak beli masih ramai berbaris panjang. Harga pun boleh tahan mahal. Tak puas lak makan baik masak sendiri sahaja. Selamat mencuba semua!!
0 Pandangan: